Madrid: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang bandar raya ini selepas mengaku menyembunyikan dadah bernilai £70,000 (RM369,000) dalam payudaranya.
Wanita warga Venezuela berusia 43 tahun itu menggunakan dua beg plastik mengandungi 1.7 kilogram kokain sebagai implan payu dara untuk memperdaya kastam di lapangan terbang di ibu negara Sepanyol ini.
Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas.
Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa pada bagasinya.
Wanita itu baru saja tiba dengan penerbangan dari Bogota, Colombia apabila pegawai menahannya kerana curiga dengan tingkah lakunya ketika berada di kaunter kastam.
Walaupun tidak ada apa yang ditemui dalam bagasinya, pegawai mengarahkannya menjalani pemeriksaan tubuh.
Langkah pegawai wanita yang meraba suspek mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya.
Dia serta-merta mengaku membawa implan kokain, menurut kenyataan polis Sepanyol.
Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan implan dari kedua-dua payudaranya, mengandungi kokain seberat 1.7 kilogram.
Polis Sepanyol melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang yang tiba dengan ‘penerbangan panas’ dari Amerika Latin. - Agensi
No comments:
Post a Comment