Bekas kekasih Neelofa, Hans Isaac akhirnya bersuara mengenai desas-desus perkahwinan pelakon tersebut dengan kerabat diraja Kelantan yang kini tersebar luas. Walaupun pihak istana sudah membuat penafian dan Neelofa sendiri enggan memberikan sebarang komen, Hans Isaac berpendapat gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya. Dalam erti kata lain, mungkin betul Neelofa akan berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan.
Selaku orang lama dalam industri hiburan, Hans Isaac ada teorinya yang sendiri mengenai gosip ini. Kata Hans menerusi Mstar Online:-
Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat.Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan.
No comments:
Post a Comment