Sunday 15 March 2015

Kim Kardashian Ada Kembar Artis Pop Dari Serbia???



Bintang sensasi Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashians atau ‘Kim K’ tiru gaya penyanyi pop Serbia?





Isu yang semakin viral di laman sosial media ini telah mendapat perhatian daripada peminat-peminat kedua-dua bintang ini kerana mereka memiliki rupa dan gaya yang hampir sama selepas Kim K menukar gaya rambutnya baru-baru ini.
Jelena Karleusha, artis paling laris di Timur Eropah dan mendapat gelaran ‘Gaga of Serbia‘ oleh W Magazine itu telah memuat naik gambar yang ditulis caption ‘Lets play a game-Find me’ di laman sosial instagram miliknya.

Menerusi gambarnya itu, beliau telah selitkan beberapa keping gambar Kim K dan gambarnya untuk mengelirukan pengikut-pengikutnya di Instagram.
Sememangnya rupa dan gaya kedua-dua bintang tersebut serupa dan seiras sehinggakan menimbulkan isu dan persoalan siapa tiru siapa di kalangan peminat mereka.
Penyanyi pop berusia 36 tahun itu sememangnya sama seperti Kim K yang gemar menayang ‘lurah buah dada’ itu membuatkan persamaan mereka lebih jelas.
kim
Namun akibat daripada komen-komen pedas peminat Kim K di laman Instagram Jelena, dia telah memuat naik satu gambar yang menyatakan beliau sudah berkecimpung selama 20 tahun dalam industri muzik, mempunyai 10 album, dua orang anak dan dia tidak perlukan ‘stylist’ itu seolah-olah ingin membidas komen tersebut.

Beliau turut sertakan hashtag #keepcalmandstophate dalam gambar berkenaan.
Walau bagaimanapun, tiada tindak balas mahupun reaksi dari pihak Kim K lagi mengenai isu tersebut. 

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog