![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t34.0-12/11079819_1409776879331630_1309049640_n.jpg?oh=1773b3153193e64ae96f78b83f81a26b&oe=550AC8FC&__gda__=1426775533_6c63811bf4e902e111398acd8178a03a)
Orang Mesir melakukan proses pemumian mayat sejak zaman kuno lagi . Namun sebuah lokasi di Colombia boleh memumiakan jenazah secara semula jadi .
Kubur San Bernardo di bandar kecil di Colombia yang mempunyai keunikan tersebut . Mayat yang dikebumikan di sana menjadi mumia dengan sendirinya dalam keadaan masih di dalam keranda . Keanehan ini ditemui pada 15 tahun lalu oleh penggali kubur bernama Eduardo Cifuentes .
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t34.0-12/11051048_1409776872664964_1004975412_n.jpg?oh=676188144914223bf2f0a7176e18b3ac&oe=550B0437&__gda__=1426851267_16a8ff80e5b8b00cdb727d0d15bd0fbb)
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t34.0-12/11063301_1409776875998297_1463134554_n.jpg?oh=df4e91d82e124afeb6935714d83d6af8&oe=550AF899&__gda__=1426774189_c1461eea0bb38b366c3ba5fbf8fbf384)
Eduardo mendakwa bahawa tubuh mumia telah ada sejak sekitar 1957 . Mumia itu mempunyai bentuk kulit kerepot dan pucat .Pun begitu dengan pakaiannya yang berubah warna jadi kecokelatan kerana berlalunya waktu .
Lokasi lain yang boleh memumiakan secara semulajadi adalah di Guanajuato , bandar Mexico , Amerika Latin . Kandungan gas di bawah tanah dan keadaan tanahnya menjadi rahsia proses pemumian natural ini . Tapi hal ini diyakini tidak berlaku di tanah perkuburan San Bernardo .
Sebab utama adalah keadaan di San Bernardo yang jauh berbeza dengan di Guanajuato . Pasalnya , jenazah disemayamkan di atas tanah ( seperti adat di Colombia ) , bukan dikubur di dalam tanah seperti di Guanajuato . Hal itu menunjukkan pemumian tidak berkaitan proses di dalam tanah .
Namun menurut warga tempatan proses pemumian itu kerana kandungan air , suhu tanah dan sekurang-kurangnya bahan kimia dalam makanan mereka . Beberapa orang berfikir faktor dua buah yang tidak biasa dalam makanan tempatan mereka iaitu guatila dan balu . Sedangkan lain menganggap pemindahan makam pada 1957 kerana di kuburan lama tidak pernah dijumpai mumia .
Kini mumia – mumia tersebut menjadi daya tarik pelancong yang berkunjung ke Colombia . Datuk Bandar pun telah memerintahkan pembuatan muzium khas di belakang kubur yang mempertontonkan 8 mumia di dalam kotak kaca . Meski mendatangkan pemasukan daerah namun tidak semua warga bersetuju projek pengkomersilan mumia ini .
No comments:
Post a Comment