Tuesday, 17 March 2015

Emma Maembong dan Kamal Adli Semakin Rapat???


Beberapa hari selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, tiba-tiba nama Kamal Adli dikaitkan dengan pelakon jelita tersebut. Desas-desus bertiup kencang yang Emma dan Kamal sedang mengenali antara satu sama lain. Malah ada khabar angin Kamal Adli pergi mengambil Emma di lapangan terbang, namun ia telah pun dinafikan oleh Kamal Adli. Ingatkan sudah tamat di situ, rupa-rupanya ada lagi desas-desus terbaru yang menyatakan hubungan mereka berdua semakin rapat.


Menariknya, ada sumber yang menyatakan Kamal Adli sudah membawa Emma Maembong bertemu dengan keluarganya. Namun yang pasti, Kamal Adli bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan menurut seorang sumber. Mereka hanya baik selepas perpisahan tersebut terjadi. Kata sumber tersebut:-

Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta.

Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka.

Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu.


Kalau betul pun mereka semakin rapat dan bercinta, apa salahnya kan? Kedua-duanya pun single. Kedua-duanya pun gagal dalam percintaan sebelum ini. Kedua-duanya pun sama cantik sama padan. Diharap kalau betul bercinta, jangan tunggu lama-lama untuk ke jinjang pelamin. Sumber Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog