Wednesday, 18 March 2015

Nazim Othman Dedah Gambar Bekas Jahitan, Minta Ruang


Baru-baru ini pelakon Nazim Othman telah memuat naik gambar yang menunjukkan kesan jahitan di kepalanya di dalam laman Instagram miliknya. Nazim dipercayai menghidap penyakit barah otak dan telah menjalani pembedahan untuk membuang barah tersebut. 

Nazim Othman juga telah meminta untuk diberi ruang dan pemahaman daripada para peminat sementara dirinya sembuh sepenuhnya setelah pembedahan ini. Tulis Nazim.

All I need is some space and understanding in this healing period. I’m sorry I didn’t share much. I’m telling U it’s not easy to let someone crack my skull for the brain surgery although it’s for my good. So yea, some space please. If U can’t say something good and positive , I’d appreciate your silence. Thank U so much. May Allah bless us all. Amin. #nothereforsympathy #notsellingmystoryforpublicity

Tulis Nazim “Apa yang saya perlukan ialah sedikit ruang dan pemahaman ketika dalam proses pemulihan ini. Saya minta maaf kerana tidak banyak berkongsi. Saya nak beritahu yang bukannya mudah untuk membenarkan seseorang untuk membuka tengkorak saya untuk pembedahan walaupun ia adalah untuk kebaikan saya. Jadi ye, saya perlukan sedikit ruang. Jika anda tidak boleh bercakap apa-apa yang positif, saya menghargai kesenyapan anda. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.”


Semoga Nazim dapat menenangkan diri sementara menunggu parut di kepala pulih. Sama-samalah kita doakan yang baik-baik untuk beliau. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog