Friday 17 October 2014
Pelanggan Jumpa Bangkai Tikus Dalam Kopi McDonald
Satu kejadian yang telah dilaporkan kepada pihak pengguna Kanada apabila seorang pelanggan telah menemui seekor bangkai haiwan yang jijik dalam air kopi McDonald. Penemuan yang menjijikkan ini telah berlaku di wilayah Fredericton, Kanada. Belum sempat dia menghabiskan kopinya, lelaki itu sudah mula berasa loya dan mual.
Pelanggan yang mahu dikenali sebagai Ron Morais kelihatan sangat kesal dengan syarikat berkenaan. Baginya, tidak pernah lagi dia menghadapi kes ini. Dia juga berasa agak kesal dan marah.
"Sebelum ini saya selalu menutup cawan kopi saya. Kali ini, apabila saya membukanya, alangkah terkejutnya saya apabila ternampak seekor tikus yang sudah mati," ujar Ron kepada media.
Rakan sekerja Morais juga seakan tidak percaya dengan kejadian yang diceritakan oleh Morais. Pihak McDonald juga sudah menerima aduan ini dan mereka akan memulakan siasatan dengan kadar segera.
"Kami akan terus menyiasat insiden ini. Keselamatan dan kualiti makanan ada kepentinga utama. Standard industri juga amat tinggi," ujar Pengarah Syarikat McDonald.
Sehingga sekrang, pihak berkuasa dan pihak syarikayt Kanada masih menjalankan siasatan mengenai penemuan haiwan yang agak meloyakan itu.
sumber:beritabadass.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment