Friday 20 June 2014

Remaja Rom koma diserang di Paris

Pinggir bandar Paris: Seorang remaja Rome berusia 16 tahun sedang berjuang untuk hidup dalam koma . Hidupnya kini dalam risiko. Seorang wakil polis menyatakan remaja itu telah dijumpai pada akhir Jumaat di kawasan yang pencil di utara Paris tidak sedarkan diri dalam troli membeli-belah.

Beliau sebelum ini telah  diculik oleh sekumpulan orang yang menuduh beliau pecah masuk ke dalam sebuah apartmen dan menderanya dengan kejam di ruangan bawah tanah.

Ibunya memanggil polis apabila mendapati anak lelakinya itu hilang.Remaja tersebut tinggal bersama keluarganya dan warga Roman yang lain di dalam gudang di satu kawasan yang terbiar.

Michel Fourcade, Datuk Bandar di bandar Pierrefitte-sur-Seine, di mana serangan itu berlaku, menjelaskan seorang individu muda telah disoal siasat berulang kali dalam beberapa minggu kebelakangan ini oleh polis kerana memecah masuk kediaman-kediaman. Insiden itu menyebabkan  penduduk di serantau kawasan itu terlibat dalam masalah. Di Perancis, sentiasa ada ketegangan dengan kumpulan Roma yang sentiasa menyalahi undang-undang yang tinggal di kem-kem di pinggir bandar-bandar.

Penduduk Ion Vardu berkata bahawa kaum Roma telah muncul secara tiba-tiba sejak 3 minggu lepas. Tetapi mereka telah dibersihkan dari kem mereka serta-merta sejak serangan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak lelaki.

Kumpulan hak asasi telah berulang kali memberi amaran ke arah meningkatkan perkauman terhadap minoriti. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog