Wednesday 31 December 2014

Inilah Perkampungan Yang Paling Sejuk Di Dunia!


Jurugambar Amos Chapple, New Zealand, telah membuat lawatan ke kawasan beku Siberia sehingga ke Oymyakon, yang secara rasmi bukan sahaja tempat paling sejuk Rusia tetapi juga di dunia.

IM4U: Sesiapa Yang Mahu Memberi Bantuan Barang-Barang Keperluan Untuk Mangsa-Mangsa Banjir Boleh Lihat Senarai Dan Hantar Ke Alamat Ini


Untuk makluman semua, banjir di negeri-negeri Pantai Timur masih belum menunjukkan penurunan. Jadi masih ramai mangsa-mangsa banjir yang berlindung di pusat-pusat perlindungan. Namun, barang-barang keperluan masih belum cukup untuk semua mangsa-mangsa banjir.

PERHATIAN!: Gadis-Gadis Harus Berhati-hati Agar Tidak Dijadikan Mangsa Page Facebook Lucah!



PERHATIAN !! Kepada gadis atau wanita diluar sana wajib baca artikel ini dan lihat gambar didalamnya. Tahukan anda bahawa gambar-gambar anda yang dimuat naik di laman sosial sama ada di Facebook, Twitter, Whatapps, Wechat dan pelbagai lagi laman sosial sebenarnya banyak dicuri oleh individu tertentu dengan mewujudkan laman Facebook lucah dan gambar dijadikan perbualan lelaki-lelaki hidung belang?

BANJIR: Pahang, Perak Dan Kelantan Catat Mangsa Peningkatan Mangsa Banjir, Terengganu Menurun dan Johor Tidak Berubah



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak, dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala di Terengganu menunjukkan penurunan dan di Johor tidak berubah berbanding malam semalam.

Aikk, Anwar Sampaikan Simpati Dan Pesan Kat Facebook Saja Ke?

Tak pasti sama ada situasi ini tidak disedari atau memang sengaja dibuat, namun yang pastinya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan kritikan ramai gara-gara status di laman sosial Facebook peribadinya.

Bangkai Pesawat QZ8501 Dan Mayat-Mayat Mula Dijumpai, SAR Akan Teruskan Pencarian


JAKARTA – Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 diteruskan lewat hari ini walaupun cuaca semakin gelap, kata jurucakap Tentera Laut, Manahan Simorangkir.

Banjir Buruk Yang Melanda Kelantan Adalah Malapetaka Besar- Najib Tun Razak


Najib (berdiri, kiri) melawat Mohd Razak Rahman yang dirawat akibat dipatuk ular ketika mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Manik Urai di Kuala Krai, Selasa. Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir buruk yang melanda Kelantan adalah malapetaka besar yang membawa banyak kemusnahan.

Beliau pada Selasa meninjau kesan akibat banjir besar itu di Gua Musang dan Kuala Krai, berkata kedua-dua jajahan berkenaan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas pada banjir kali ini.

“Mereka (penduduk) menganggap bencana itu bukan sebagai satu fenomena banjir tetapi ia adalah bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini selepas meninjau keadaan di jajahan tersebut.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam tinjauan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan.

Najib berkata, selain melihat sendiri rumah yang musnah sama sekali dan yang rosak teruk, beliau dimaklumkan penduduk bahawa beratus rumah musnah dan mereka hilang tempat kediaman.

“Saya lihat begitu banyak kerosakan dan ia amat menyedihkan dan menyayat hati,” katanya, dengan menambah kerajaan akan mengambil beberapa tindakan untuk membantu mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

Perdana Menteri berkata, sekarang ini kerajaan dalam usaha yang berterusan membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dan juga membantu mereka pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih.

Beliau berkata, kerajaan akan membuat taksiran secepat mungkin setiap rumah yang musnah dan rosak akibat banjir.

“Tindakan yang perlu diambil ialah membina rumah sementara supaya dapat didiami oleh mangsa-mangsa banjir yang ketiadaan rumah,” katanya.

Najib berkata, kerajaan akan membina kediaman kekal untuk mangsa banjir di Kuala Krai di kawasan yang lebih selamat daripada ancaman banjir.

Bagaimanapun, kerajaan pusat akan berunding dengan kerajaan negeri Kelantan memandangkan tanah untuk dijadikan kawasan penempatan baharu itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya.

Perdana Menteri berkata, pembinaan rumah di kawasan tanah rizab sungai tidak boleh dibenarkan kerana ia amat berisiko tinggi apabila dilanda banjir.

Ditanya adakah faktor utama berlaku malapetaka itu disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di dua jajahan itu, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.

“Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya.

Beliau berkata, kayu balak yang banyak hanyut dalam sungai membawa kesan iaitu tersangkut di jambatan menyebabkan air tidak dapat mengalir dan melimpah ke kawasan sekitar dan menyebabkan banjir besar.

“Ini semua pengajaran buat kita supaya ambil tindakan menjamin pembangunan yang lestari dan mampan dan peringatan ini Allah SWT telah mengingatkan kepada kita sebenarnya, jadi kita patut ingat panduan yang diberikan dalam al-Quran, manusia adalah punca, Tuhan tidak menzalimi kita tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri,” katanya.

Perdana Menteri juga memuji tindakan petugas Hospital Kuala Krai ketika sebahagian daripada hospital itu dinaiki air, berjaya menguruskan pesakit dan mangsa banjir yang berlindung di hospital berkenaan dengan baik.

“Apa yang dilakukan oleh jururawat dan doktor di hospital itu adalah di luar kebiasaan, dalam keadaan tertekan, maka khidmat bakti mereka perlu disanjungi,” katanya.

Najib juga memuji usaha menyelamat mangsa yang terperangkap akibat bencana tersebut oleh agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.

Ditanya adakah kos untuk pembinaan rumah dan infrastruktur lain yang rosak termasuk dalam peruntukan RM500 juta kepada mangsa banjir yang diumumkannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan lain bagi tujuan tersebut. 



Tuesday 30 December 2014

Jinggo Dakwa Bapa Puteri Balqis Bajet Diva, Ibu Jelas Cerita Sebenar


Baru-baru ini pengarah popular Jinggo berkongsi gambar di Facebook menunjukkan betapa berlagaknya pihak pengurusan Puteri Balqis.

Malaysia Sedang Dilanda Musibah Banjir, Tetapi Ada Saja Bahalol-Bahalol Yang Sengaja Timbulkan Fitnah!




Mengakhiri tahun 2014, Malaysia nampaknya mencatatkan insiden banjir terburuk dalam sejarah semenjak tahun 1971 di mana lebih 200,000 mangsa terjejas khususnya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Penduduk-Penduduk Kampung Di Kazakhstan Ini Mengantuk Setiap Masa

Sebuah wabak misteri menyerang penduduk kampung yang dikenali sebagai sleepy hollow, di mana penduduknya boleh tidur berhari-hari pada suatu masa dan menurut doktor yang berada di sana, wabak ini menyebabkan cecair berlebihan di otak.

Ahli Bina Badan Ini Sebenarnya Ada Pekerjaan Yang Tidak Disangka!

Orang ni nampak sado tapi dia ada pekerjaan yang sangat tak disangka!

Kanak-kanak Yang Memegang Watak Budak Lelaki Dalam Filem CJ7 Kini Menjadi Wanita Yang Cantik!



Apakah anda pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis, diarahkan, dibintangi sekaligus diterbitkan oleh pelawak Hong Kong yakni Stephen Chow. Selain watak Chow dan alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu yakni Dicky Chow kelihatan sangat comel.

Dijangkiti Pnemonia, Ifa Raziah Tidak Pasti Mampu Atau Tidak Ke Pentas Akhir Gegar Vaganza

Hebat sungguh ujian yang melanda Ifa Raziah. Pentas akhir program Gegar Vaganza akan berlangsung pada 4 Januari 2015 ini, namun Ifa Raziah yang merupakan salah seorang pesertanya berkemungkinan besar tidak akan dapat beraksi kerana dijangkiti pneumonia. Untuk makluman, keseriusan jangkitan pada paru-paru Ifa Raziah agak serius sehingga terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak.
Agak sedih juga sekiranya Ifa Raziah tidak beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza selepas berusaha keras melayakkan diri. Kata Ifa Raziah:-
Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik. Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya.
Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza. Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro

Sama-samalah kita doakan agar Ifa Raziah segera sembuh dan dapat beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza. Pasti ramai yang kecewa sekiranya kelibat Ifa tidak kelihatan pada malam tersebut. Namun diharap Ifa Raziah tidak memaksa diri. 

Zizan Hormati Permintaan Ayah Emma Maembong Majlis Perkahwinan Sederhana




 Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.

QZ8501: Jangan Samakan Insiden AirAsia QZ8501 Dengan Kehilangan MH370


Pelbagai spekulasi mula timbul selepas berita kehilangan pesawat QZ8501 milik AirAsia tersebar seterusnya mengejutkan dunia.

Belum terjawab mengenai isu kehilangan MH370, muncul pula berita apabila sebuah lagi pesawat AirAsia dilaporkan hilang dari radar.

Tarikh Buka Sekolah Seluruh Negara Ditangguh Seminggu


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan tangguh pembukaan sesi persekolahan 2015 seluruh negara.

Sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan yang sepatutnya dibuka pada 4 Januari (Ahad) ditangguh ke 11 Januari (Ahad) manakala negeri lain pada 12 Januari (Isnin).

Berikut adalah kenyataan penuh Timbalan Perdana Menteri merangkap

Menteri Pendidikan:

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri

Merangkap Menteri Pendidikan

29 Disember 2014

Monday 29 December 2014

Model Cantik Ini Nampak Seperti Sudah 20an Tapi Sebenarnya Usia Dia Baru 14 Tahun!


Mungkin banyak yang mengira gadis ini berumur 20 tahun keatas, namun gadis yang berasal dari keturunan Tibet ini baru berumur 14 tahun. Gadis yang satu ini terpilih menjadi model terbaik dunia dalam acara yang digelar oleh Ford Models, sebuah syarikat fashion dunia yang biasa mencari bibit unggul model cantik dari 54 negara di dunia.

Inilah 10 Orang Yang Paling Dikehendaki Di Dunia


Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang tertanya-tanya siapa pula yang berada di tangga teratas manusia paling dikehendaki. Berikut senarai orang-orang yang dikehendaki

Inilah Jalan Raya Yang Paling Pendek Di Dunia!



Ebenezer Place, yang terletak di Wick, Scotland, antara Union Street dan River Street. secara rasmi telah diiktiraf sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records yang direkodkan pada tahun 2006.




Secara rasminya, jalan tersebut hanya berukuran 2.06 meter. Saiz itu mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Elgin Street, di Lancashire dengan saiz 5.2 meter.

Yang uniknya, jalan ini dalam laluannya hanya mempunyai satu alamat iaitu pintu depan no 1 Bistro, yang merupakan sebahagian dari Mackays Hotel.

Ini merupakan satu-satunya alamat yang ada di jalan tersebut kerana tidak ada ruang lagi yang boleh diduduki oleh bangunan lain.

Walaupun penghargaan sebagai jalan terpendek di dunia baru diperolehi beberapa tahun lalu, jalan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman dahulu.

Kisahnya bermula berikutan kejayaan Alexander Sinclair di Amerika yang memutuskan untuk kembali ke negara asalnya di Scotland pada tahun 1880-an.

Di bandar kecil Wick, dia membina sebuah hotel bernama MacKay Hotel. Hotel ini dibina tepat di persimpangan Union Street dan River Street.

Pada tahun 1883 terbentuklah jalan Ebernezer. Jalan itu terbentuk dari sisi terpendek hotel yang berada di persimpangan tadi.




Pada ketika itu, datuk bandar mengarahkan pemilik hotel untuk mencetak sebuah nama di sisi terpendek Mackay Hotel.

Pemilik hotel menuruti arahan tersebut dan lahirlah jalan terpendek di dunia walaupun pada masa itu belum diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah jalan sehinggalah pada tahun 2006 apabila Guinness Book of Records mencatatnya sebagai jalan terpendek di dunia.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/12/ebenezer-place-jalan-raya-paling-pendek.html#ixzz3NDLTXzON

Perhhh.. Wanita Malaysia Dikata Tidak Tahu Malu??



KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. Kerana Charly Chappius, wanita Malaysia dituduh langsung tidak tahu malu. Langsung… pedih sungguh kata-kata itu.

Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar Di Perairan Greece




OTHONOI - GREECE. Sebuah feri yang membawa seramai 466 penumpang terbakar di perairan Greece, hari ini.

Menurut sebuah kenyataan rasmi, kejadian itu berlaku 33 batu nautika dari Pulau Othonoi selepas mengeluarkan isyarat kecemasan.

Feri 'Norman Atlantic' kepunyaan Itali dilaporkan terbakar di sudut parkir yang menempatkan sekurang-kurangnya 200 kenderaan di dalam feri tersebut, lapor AFP.

Menteri Pertahanan Greece, Nikos Dendias memberitahu, kerjasama operasi menyelamat dijalankan bersama pihak berkuasa.

Feri tersebut yang berlayar dari pelabuhan Patras di Greece pada 5.30 pagi waktu tempatan sedang menujuk ke pelabuhan Ancona di Itali semasa kebakaran berlaku.

Menurut laporan itu lagi, operasi menyelamat sukar disebabkan angin kencang yang sedang melanda.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, seramai 55 penumpang telah dipindahkan ke sebuah kapal lain, manakala 150 penumpang masih di dalam bot kecemasan. - Sinar Harian

Emma Maembong Disenarai Dalam Ranking 100 Most Beautiful Face 2014


Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam ranking 100 Most Beautiful Face untuk 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler.

QZ8501- Ahli Perniagaan dari Malaysia- Sii Chung Huei Salah Seorang Penumpang


Seorang penumpang Malaysia yang berada dalam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang awal pagi tadi ialah Sii Chung Huei seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Jakarta tetapi berasal dari Kuching, Sarawak.

Secara jelasnya tidak diketahui bagaimana senarai pecahan penumpang mengikut warganegara yang sebenarnya khususnya melibatkan penumpang warga British.

Pada awalnya, memang ada seorang warga negara British tetapi kemudian dikatakan tidak sebaliknya penumpang berkenaan adalah warganegara Perancis.

Gambar pesawat AirAsia Indonesia PK-AXC yangg kini hilang ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.

Bagaimanapun menurut laman web New Straits Times Press (NST), pejabat Kementerian Luar Britain mengesahkan ada seorang penumpang warganya di dalam pesawat berkenaan.

“Kami menyedari insiden berkaitan pesawat AirAsia penerbangan QZ8501.

“Kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan bahawa ada seorang penumpang warganegara British di dalam penerbangan itu, waris terdekatnya sudah pun dimaklumkan, dan kami bersedia untuk memberikan bantuan konsulat,”
kata Kementerian Luar Britain berkaitan perkara itu.

Pesawat AirAsia berkenaan hilang ketika dalam penerbangan daripada Surabaya ke Singapura menggunakan pesawat jenis Airbus A320-200 dengan 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal berada dalam pesawat berkenaan ketika hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dilaksanakan diketaui Indonesia serta dibantu Malaysia dan Singapura. 

mynewshub.my

Friday 26 December 2014

5 Pasangan Penjenayah Yang Paling Kejam


Perbuatan jenayah biasanya dilakukan oleh individu. Namun, dibawah adalah pasangan-pasangan penjenayah kejam yang sangat terkenal. Jom baca..

Sara Ali Tidak Berniat Untuk Baik Semula dengan Fazura


Pastinya hubungan antara Sara Ali dan Fazura tidak akan dapat diperbaiki lagi selepas ini. Malah Sara Ali juga memaklumkan yang dia enggan memulihkan hubungannya yang satu ketika dahulu amat akrab dengan Fazura. Semua ini bermula apabila Fazura menerusi rancangan ‘Facing Up To Fazura’ mencerita mengenai kerenggangan hubungan mereka berdua.

Pengguna Jalan Raya "Berpesta" Kutip duit RM7j Jatuh Di Jalan Raya



HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan. 

Chalet Di Melaka Ini Tidak Menyediakan Servis Yang Bagus Untuk Pelancong.


HAIH…..kalaulah begini bagaimanalah industri pelancongan ingin berkembang pesat jika wujud hotel atau chalet seumpama dan sekotor ini di negara kita.

Bukan sahaja memalukan malah amat menjijikkan pandangan mata.

Budak Perempuan Mengaku Bunuh Suami Guna Racun Tikus


Kano: Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus.

Wasila Tasi’u menandatangani pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Gezawa dengan cop jari di mahkamah semalam kerana dia tidak tahu membaca.

Jika didapati bersalah, Wasila, 14, akan dihukum mati, sekali gus menjadi kanak-kanak pertama menjalani hukuman itu di Nigeria sejak 18 tahun lalu.

Menurut polis, suaminya, Umar Sani ditemui mati empat hari selepas mereka berkahwin pada April lalu.

Wasila berasal dari keluarga miskin dan tinggal di Kano, utara Nigeria, tempat perkahwinan kanak-kanak dan poligami berleluasa.

Kes itu mendapat reaksi berbeza di wilayah itu yang yang menguatkuasakan undang-undang syariah di samping undang-undang sivil.

Mahkamah berkenaan sesak semalam dengan orang ramai mahu menyaksikan perbicaraan itu.

Isteri pertama lelaki itu, Ramatu memberitahu mahkamah, dia melihat madunya menyediakan makan malam untuk suami mereka sebelum tidur.

Tidak lama selepas itu, dia melihat mulut lelaki itu berbuih dan menggelupur.

Seorang kanak-kanak tujuh tahun, Hamziyya, dipercayai adik Wasila dan turut tinggal di rumah itu, didakwa membeli racun tikus berkenaan atas arahan kakaknya. Ia disahkan oleh peniaga, Abuwa Yusuf.

Hamziyya memberitahu mahkamah: “Kakak saya memberitahu dia diganggu tikus di biliknya.”

Seorang jiran, Abdulrahim Ibrahim memberitahu mahkamah, dia turut makan bersama lelaki berkenaan pada hari itu, tetapi menjamah sedikit saja kerana rasa makanan itu kurang enak.

“Umar terus makan dan dia mati malam itu juga,” katanya.

Perbicaraan bersambung 16 Februari depan. - HMetro

Thursday 25 December 2014

(VIDEO) Monyet Cuba Sedarkan Kawan Pengsan Terkena Renjatan Elektrik Dari Viral


Satu kejadian yang menyayat hati dan sangat menarik membawa erti persahabatan yang sebenar walaupun mereka bukan manusia. Memaparkan seekor monyet cuba menyelamatkan rakannya yang tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik. Rakaman video tersebut menjadi perhatian dan viral di internet.

5 Watak Lagenda Filem Yang Paling Menyeramkan!

Berikut merupakan watak-watak horor lagenda Hollywood yang paling terkenal dan menyeramkan. Kewujudan watak-watak menyeramkan ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada peminat-peminat filem seram.

Wanita Ini Merupakan Artis Paling Muda Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina



Daripada Tim ke Kim Petras. Kim Petras dilahir pada 27 Ogos 1992 dan kini berusia 22 Tahun adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman. Beliau terkenal dengan mencipta muzik daripada elektronik muzik serta pelbagai gaya Cappella. Pada tahun 2009, semasa berusia 16 Tahun beliau telah mencipta sejarah menjadi orang yang paling muda menjalani penukaran jantina dimana proses penukaran jantina itu berlaku semenjak beliau berumur 12 tahun. 

Inilah 6 Wanita Yang Menjadi Popular di Media Sosial Kerana Kecantikannya


Tidak dapat dinafikan, media sosial kini menjadi satu platform yang pantas untuk membuatkan seseorang menjadi terkenal. Dalam sekelip mata sahaja, seseorang itu bukan sahaja boleh menjadi terkenal satu Malaysia, malah satu dunia.

Dalam artikel ini, kami bawakan 6 wanita cantik yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial. 

Pelakon Porno Dipenjara 25 Tahun Bunuh Dan Kerat Teman Lelaki Sejenis



OTTAWA, KANADA: Seorang pelakon file porno Luka Magnotta (kanan) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun selepas didapati bersalah membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya pada tahun 2012.

Menurut pendakwa raya mereka menolak pembelaan terhadapnya yang menyatakan semasa pembunuhan beliau berada daam keadaan mental tidak stabil.

Beliau sebelu ini mengaku membunuh kekasihnya yang merupakan seorang pelajar, Jun Lin (kiri) berusia 33 tahun sebelum memotong dan menghantar bahagian-bahagian tubuh mangsa kepada parti-parti politik di Kanada.

Magnotta kemudiannya ditahan di sebuah kafe siber di Berlin, Jerman.

Sebelum penahanannya itu, polis Perancis memberitahu, Magnotta telah terbang ke Paris dari Montreal.

Pegawai penyiasat berkata, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki menggunakan pencucuk ais untuk membunuh lelaki lain yang dipercayai sebagai Jun Lin.-Siakapkeli.com.my

"Saya Tidak Ada Anak Bernama Chacha," -Ismail Maembong


Nampaknya pertikaian antara Ismail Embong dan anak-anaknya sudah semakin memuncak. Terbaru, Ismail Embong telah menulis yang dirinya tidak mempunyai anak bernama Aisyah @ Chacha. Dasyat sungguh pertelingkahan yang berlaku sehingga ke tahap ini. Malah Ismail Embong turut melabel anak yang melukai hatinya adalah sebagai anak derhaka. Semua ini terjadi gara-gara perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja yang tidak disukai oleh Ismail Embong.

Jurugambar Rakam Foto-Foto Saat Banjir Yang Unik Dan Cool


Di saat ramai yang sedang cemas dan sedih menghadapi musim banjir, masih ada individu yang cuba melihat musibah itu dari sudut lebih positif.

Wednesday 24 December 2014

Fesyen-Fesyen Pelik Yang Menjadi Ikutan Ramai Kini



Dunia serba moden kini menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen-fesyen terkini sealiran dengan peredaran zaman. 

Namun yang pasti bukan semua fesyen terkini lebih cantik, canggih dan menarik. Malah sebahagiannya ada yang kelihatan pelik. Fesyen-fesyen ini bukan sahaja bermaksud pakaian tapi apa sahaja yang dirasakan boleh mencantikkan penampilan, gaya dan keterampilan seseorang.

Jom kita lihat antara fesyen-fesyen terkini yang lain daripada yang lain.

(Video) Lelaki Pakai Bra Dan Pakaian Mendiang Isteri Dapat Simpati

suami isteri

Zhengzhou: Satu video menunjukkan seorang lelaki berpakaian wanita yang didakwa milik mendiang isterinya dalam sebuah bas di sini menjadi viral di Internet di China.

Anak Beranak Tinggal Dalam Hutan Selama 40 Tahun Selepas Perang



Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Sekali Tengok, Macam Flat Biasa. Tapi Sebenarnya Ada Benda Yang Pelik!

Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.

SENIMAN: Adlin Aman Ramli Bantai Zed Zaidi



Persatuan Seniman sejak dari dulu terkenal dengan kepincangannya. Entah di mana silapnya, masalah dalaman antara Presiden dan AJK dan mereka yang berada di sekeliling tetap juga tak jumpa jalan penyelesaian.

Kisah Wanita Nyaris Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar



Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian terutama di tempat-tempat sunyi.

Ada antara mereka yang dirompak, dicabul atau lebih menakutkan lagi dirogol dan dibunuh oleh si penyerang.

Lelaki Kemaruk Coli Curi Dan Sembunyikan 2000 Coli Dalam Siling


Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.-Hmetro

Tuesday 23 December 2014

4 Pantai Yang Paling Menyeramkan di Dunia

Pantai adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang menyeramkan.

Kondominium Pencakar Langit Mewah Di Singapura Tawar Kemudahan Parking Di Balkoni Rumah!


Hamilton Scotts, sebuah kondominium apartmen bertaraf tinggi di Singapura, menawarkan penduduknya kemewahan dalam segi tempat letak kereta - sebuah garaj dua kereta individu yang terletak di dalam setiap apartmen! Dinding kaca memisahkan garaj dari ruang tamu, yang menawarkan pemandangan indah kereta mahal mereka dari sofa.

Juri-Juri Maharaja Lawak Mega Dikritik Tidak Adil Terhadap Peserta-peserta


Sejak program lawak seperti Maharaja Lawak Mega diperkenalkan oleh Astro, senario persembahan lawak di Malaysia telah bertukar. Semakin ramai pelawak baru muncul dan mereka juga sering menjadi pilihan untuk menjadi deejay radio utau pengacara kerana kebolehan berjenaka untuk menghiburkan penonton.

SENIMAN: Zed Zaidi Minta Vanidah Imran Letak Jawatan


Pertelingkahan antara Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan bendaharinya, Vanidah Imran semakin memuncak hari ini. Untuk makluman anda, Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.

Stesen Radio Minta Maaf Atas Aksi Melampau DJ




Oleh kerana aksi melampau yang melampau salah seorang DJ mereka, sebuah stesen radio di Chile tampil membuat permohonan maaf kepada umum.

Gambar yang memaparkan aksi DJ tersebut membenarkan seorang pendengar wanita menjilat punggungnya menjadi viral di internet yang menyebabkan orang ramai marah dengan aksi tersebut. Menurut laporan, wanita itu menjilat krim putar yang diletakkan di punggung DJ lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita tersebut membuat aksi demikian kerana menyahut cabaran DJ tersebut kerana ingin memahami pas masuk ke sebuah festival muzik yang dianjurkan oleh stesen tersebut.

Pihak stesen radio berkenaan membuat permohonan maaf berhubung insiden terbabit setelah gambar aksi DJ bersama dengan pendengar wanita itu menjadi viral di Internet -Siakapkeli.com.my

Monday 22 December 2014

Friday 19 December 2014

Di Selatan India, Mereka Memecahkan Kelapa Dengan Mengetuknya di Kepala Orang


Di Tamil Nadu, belah selatan India, ribuan orang berkumpul untuk upacara memecahkan buah kelapa di kepala setiap tahun. Mereka percaya bahawa memecahkan kelapa di kepala mereka akan membantu mereka agar sentiasa berjaya..

8 Doktor Yang Paling Kejam Dalam Sejarah!



Inilah antara doktor yang paling kejam yang pernah melakukan kekejaman pada pesakit mereka .

Awal Ashaari Beri Penjelasan Mengenai Isu Pelawak Menjadi Pengacara



Isu pengacara daripada kalangan pelawak ternyata menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. Ia bermula apabila Awal Ashaari melahirkan rasa kekesalannya dengan pihak penganjur yang lebih gemar melantik pelawak sebagai pengacara dan mengenepikan pengacara serius seperti dirinya. Luahan hati Awal Ashaari telah mendapat reaksi daripada rakan-rakannya yang lain seperti AC Mizal, Aznil Nawawi dan Zizan yang nyata tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog