Nampak macam gambar sebenar? Sebenarnya cuma hasil seni yang nampak sangat sebenar dengan kehidupan sebenar!
Saturday, 6 December 2014
Geng Makan Manusia Ditangkap
Bukit Mertajam: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia termasuk kepala tangan dan kaki di merata-rata tempat termasuk dekat balai polis, minggu lalu terungkai apabila polis menahan sekumpulan warga Myanmar dan menemui lokasi penjenayah itu membunuh dan memotong tubuh mangsa.
Dalam gerakan khas polis melalui Ops Kelar itu, seramai 17 lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dalang yang berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap di sekitar negeri ini dan Rawang, Selangor sejak minggu lalu hingga awal pagi Isnin.
Malah, serbuan terbaru polis ke sebuah daripada dua rumah di Kampung Pisang, Machang Bubok, awal pagi Isnin lalu turut menemukan tiga parang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal polis mendapati tubuh mangsa yang dikerat itu akan dicampak ke beberapa lokasi oleh anggota kumpulan penjenayah itu dengan menaiki motosikal.
Menurutnya, siasatan polis mendapati pembunuhan kejam itu bermotifkan dendam lama, masalah hutang atau rasa tidak puas hati dan suspek juga mengenali mangsa.
Abdul Rahim berkata, seramai 13 suspek ditahan di sekitar negeri ini dan dua lagi di Rawang, Selangor sejak minggu lalu manakala dua tangkapan terbaru dilakukan di Georgetown, awal pagi ini.
Katanya, polis juga merampas tiga parang disyaki senjata digunakan untuk memotong mangsa serta motosikal yang digunakan untuk membuang bahagian badan yang sudah dikerat itu.
“Berikutan penangkapan semua suspek berkenaan, kami percaya kes penemuan anggota badan manusia itu dapat diselesaikan,” katanya.
Operasi khas yang dinamakan Ops Kelar itu dilancarkan polis Pulau Pinang itu selepas masyarakat gempar dengan penemuan anggota badan manusia seperti kepala, tangan dan kaki dalam parit serta tepi kubur.-HarianMetro
Kenapa Kucing Ini Berwarna Hijau???
BULGARIA – Penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing sesat yang berwarna hijau, yang berkeliaran di bandar tersebut.
Lady Gaga Dedah Pernah Dirogol Penerbit Muzik
"Saya Tidak Mahu Dia Hadir Dalam Kehidupan Saya Lagi" - Awie
Nampaknya kemelut rumahtangga penyanyi rock terkenal, Awie dan isterinya Rozana Misbun masih belum menemui jawapan.
Friday, 5 December 2014
Hutan Ini Merupakan Tempat Berhantu dan Lokasi Popular Bunuh Diri
Di kaki Gunung Fuji, Jepun, terdapat satu kawasan hutan dengan kelebaran 32 kilometer persegi. Namanya Hutan Aokigahara yang mempunyai pokok-pokok yang padat dan digelar sebagai "lautan pokok".
(25 GAMBAR)COMEL! Inilah Kesan Catnip Kepada Kucing!
Nilah apa jadi kepada kucing-kucing bila dorang dapat catnip. Tahu tak catnip tu apa? Ala macam daun biasa je. Tapi bagi kucing macam dadah! Dorang ketagih dengan catnip.. Nak tengok kesan2nya? jummm
Lelaki Ini Bina Kapal Selam Buatan Sendiri Guna Barangan Terbuang
TAN YONG muncul secara tiba-tiba dari dalam tasik takungan bersama kapal selam buatan sendiri yang berwarna jingga.
Tuah Isteri Suami Suruh Zalora Ban, Dapat Pula Stok Setahun Dari Zalora!
TUAH ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.
Gadis Ini Secantik Bidadari Dan Menjadi Kegilaan Ramai Di China!
Kru Pesawat MH2 Bertindak Professional Kawal Penumpang Ganas
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London kerana berjaya mengatasi masalah dan bahaya yang dilakukan oleh seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika di dalam pesawat semalam.
Mona Lisa Sebenarnya Perempuan Cina???
Hong Kong: Penyelidikan yang dijalankan oleh sejarawan dan novelis Itali yang berpusat di sini, Angelo Paratico, menyebut bahawa ibu Leonardo Da Vinci yang menjadi subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ mungkin hamba dari China.
Hasil kajian Paratico selama dua tahun itu menjadi asas untuk buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Kehilangan Cendekiawan China dalam Zaman Pembaharuan Itali).
Daily Mail melaporkan, dalam buku yang akan diterbitkan tahun depan itu, Paratico akan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.
Dia yang menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong yakin pelukis itu berasal dari Asia.
“Saya yakin ibu Leonardo berasal dari Timur.
“Tetapi untuk memastikan dia berasal dari China, kita perlu menggunakan kaedah deduktif,” katanya.
Paratico juga menekankan beberapa faktor lain yang menunjukkan Da Vinci berketurunan Cina.
“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.
“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico. - AFP
HarianMetro
Cinta Kekasih Gadis Yang Ditoreh Muka Tetap Tidak Berubah
Pasir Puteh: “Tidak mungkin saya melupakan insiden itu dan sampai bila pun saya akan ingat terutama bagaimana dia (penjenayah) menoreh muka saya,” kata Nur Shafiqa Lah, 22.
Dalam kejadian jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, di sini.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.
Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.
“Saya guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.
“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.
Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
“Kejadian itu begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.
“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.
Nur Shafiqa dan Hat Tema dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.
Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya, mereka bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan tersayangnya itu.
HarianMetro
Thursday, 4 December 2014
(15 GAMBAR) Inilah Bukti Cinta Itu Buta
Betullah bila orang kata cinta itu buta. Orang yang hensem atau cantik tak semestinya suka orang yang cantik atau hensem kan. Kadang-kadang orang lebih pandai menilai dengan mata hati, bukan biji mata sahaja. Kalau muka cantik atau hensem gilaaa pun kalau hati busuk mengalahkan tong sampah tak boleh juga kan... Hihik. Jom tengok gambar2 yang menunjukkan cinta itu butaaa~
TREND GILA TERBARU! : 12 Gambar Bulu Ketiak Yang Diwarna
Macam2 lah trend gila sekarang ni. Boleh dapat sambutan ramai pula tu. Sekarang ni trend warnakan bulu ketiak famous di kalangan wanita2 di barat. Dasyat ketiak2 dorang ni. Boleh gulung2 lagi bulu ketiaknya.. Jum tengok!
Ini Kuzuko Unoue, Nenek Yang Paling Cantik Di Dunia!
Perubahan Lelaki Ini Daripada Kusut Masai To Awesome!
Stephen Rimmer, seorang pemuzik berusia 45 tahun dari Manchester, England telah diberikan transformasi wajah baru secara percuma. Hasilnya? Awesome..
Gambar-gambar 'Through My Eye' Yang Sangat Awesome!
Karya seni gambar yang menarik. Macam mana la jurugambar ini ambil gambar ini ya? Dia ikat kamera kat kepale kot. Hehehe..
Wednesday, 3 December 2014
Kubu Kondominium Yang Mewah Untuk Orang-orang Kaya Selamatkan Diri Dari Bencana Dengan Bergaya
The 'Survival Condo Project' adalah kompleks kubu mewah terletak di silo peluru berpandu 15 tingkat di bawah paras bumi di Kansas. Ia direka untuk membantu orang kaya hidup apa-apa bencana - termasuk pandemik kesihatan, bencana cuaca, atau serangan keganasan nuklear - tanpa perlu melepaskan kemewahan dan gaya hidup.
Sadis.. Mayat Pasangan Bakal Pengantin Ditemui Sedang Berpelukan
Sesungguhnya kita mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya.
Tragis dan amat memilukan mengenang kisah pasangan bakal suami isteri ini yang ditemui mati berpelukan bersama dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar pagi tadi.
Lebih menyedihkan, pasangan ini dikatakan sedang menunggu majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung bulan depan.
Kematian pasangan ini dipercayai berpunca selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan kedua-duanya lemas.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.
“Kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.” kata Nor Azmi.
Nor Azmi memberitahu, pasangan ini dikenali sebagai Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.
Sebelum insiden ini, keluarga Mohammad Azizul telah pun membuat laporan polis melaporkan kehilangan anaknya kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY
Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Raja Afrika Yang Tinggal di Jerman Dan Memerintah Rakyatnya Melalui Skype!
Togbe Ngoryifia Kefas Kosi Bansah, aka King Bansah daripada Hohoe, adalah seorang raja yang sebenar Afrika yang tidak percaya kepada kaedah lama tadbir urus. Dia lebih suka tinggal di Jerman dan memerintah rakyatnya melalui Skype! Raja berusia 66 tahun itu berpindah ke Jerman beberapa tahun yang lalu sebagai pelajar pertukaran asing - dia jatuh cinta dengan negara ini dan memutuskan untuk tinggal.
Liyana Jasmay Mengaku Memperkenalkan Lelaki Kepada Intan Ladyana
PETALING JAYA: Aktres Liyana Jasmay menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi punca kehancuran hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli selepas dia memperkenalkan seorang lelaki kepada wanita itu.
Liyana, 25, menegaskan dia memperkenalkan individu yang dimaksudkan kepada Intan hanya selepas hubungan pasangan berkenaan putus.
Malah Liyana Jasmay juga tidak melihat ia sebagai satu kesalahan kerana Intan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Kamal.
"Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya memperkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo.
"Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak menjodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja dan tiada kena mengena dengan soal percintaan Kamal dan Intan sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Intan dan Kamal sebelum ini bercinta selama enam tahun namun hubungan mereka putus pada akhir Ramadan lalu.
Aktres itu dikatakan sudah bosan kerana Kamal dilihat tidak serius untuk meneruskan cinta mereka ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.
Bagaimanapun Intan sebelum ini menafikan laporan dia sedang bercinta dengan seorang pemuda selepas kehancuran cintanya dengan Kamal.
Dalam pada itu, Liyana berkata, dia tidak pernah mencampuri sebarang urusan peribadi rakan baiknya itu kerana merasakan tidak manis berbuat demikian.
Malah katanya, sejauh mana hubungan Intan dengan rakan suaminya itu adalah terpulang kepada wanita tersebut kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
"Perjumpaan Intan dan pemuda berkenaan tidak lebih sebagai seorang rakan. Selebihnya itu terpulang kepada Intan dan sebagai seorang kawan baik saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia," jelasnya.- MStarOnline
Subscribe to:
Posts (Atom)