Tuesday, 22 July 2014

Pasaraya Megamall Pacific, Pinang gunakan simbol Yahudi sebagai hiasan untuk Aidil Fitri?


Di musim perayaan ini, rata-rata pasaraya di Malaysia mula menghiasi ruang legar pasaraya masing-masing dengan hiasan bersempena dengan sambutan Aidil Fitri buat semua rakyat yang beragama Islam di negara ini.

Tapi, lain pula dengan pasaraya Megamall Pacific, Perai Penang apabila dikatakan meletakkan symbol Yahudi di dalam hiasan Aidi Fitri pasaraya mereka. Betul ke? Atau cuma salah faham..
Simbol yang dikenali sebagai Star of David ini amat popular dengan komuniti zionis hingga ianya disemadikan dengan panggian “Shield of David” yang juga digunapakai dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel.

Mungkin pasaraya ini mempunyai penjelasan sendiri mengapa hiasan tersebut digunakan sedangkan ianya adalah sangat sensitif kepada rayat Malaysia terutama yang beragama Islam.

"Kata-kata dia tidak jejaskan saya pun," - Rozana Misbun

Dakwaan @mygothsoul atau namanya Ain Hussin yang menyatakan Rozana Misbun menipu kecederaan yang dialaminya memang menggegarkan dunia hiburan baru-baru ini. Untuk anda yang tidak tahu, Ain merupakan kawan baik kepada Awie dan Rozana.
 Mereka yang bersimpati kepada Rozana mula ragu-ragu selepas bukti demi bukti dikemukakan oleh Ain menerusi akaun Instagramnya. Menariknya, Rozana tampil menerusi BiPop semalam memaklumkan yang dakwaan Ain tidak menjejaskan dirinya langsung.
Rozana mendakwa yang Ain merupakan individu yang mendorongnya membuat laporan polis terhadap Awie. Kata Rozana menerusi ruangan yang dikelolakan Raja Nurfatimah Mawar:-
Kata-kata yang keluar dari mulut manusia @mygothsoul waima sebesar kuman pun tidak menjejaskan saya. Seboleh mungkin saya memang tidak mahu komen kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diuruskan daripada membuang masa berharga untuk bercakap tentang manusia yang tiada kaitan dalam hidup saya. Biarlah orang nak kata apa, nanti penat berhentilah tu. Sebelum bercakap perihal orang lain, eloklah @mygothsoul cermin diri. Muhasabah diri daripada sibuk menjaga tepi kain orang.
Soal anak-anak saya berserah saja. Saya memang berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama tiaga anak saya. Jika sebaliknya, saya reda dan bersabar kerana saya percaya suatu hari nanti, Tuhan akan pertemukan saya dengan anak-anak. Hati ini meronta-ronta nak bertemu mereka, siang malam saya teringatkan anak-anak. Maklumlah sudah lebih sebulan saya tidak bertemu dan memeluk mereka.
Kami tidak pernah berpisah selama ini. Saya berdoa Tuhan menguatkan hati saya menghadapi dugaan ini. Soal cerai, kita tunggu dan lihat saja nanti. Doakan yang terbaik buat saya.
 Buat masa ini, harap Awie dan Rozana bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka.

"Saya berhijab bukan kerana trend," -Ziana Zain

Hari Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. 
Namun di kalangan peminat, masih ada yang skeptikal dan menganggap Ziana sekadar mengikuti ‘trend’ selebriti-selebriti wanita yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Bagi mereka, Ziana hanya ingin mencari populariti dengan membuat keputusan untuk bertudung.
Namun membaca temuramah antara Ziana dan Pancaindera semalam, memang jelas terserlah betapa ikhlasnya penyanyi ini mengikuti suruhan Allah.  Kata Ziana:-
Kesedaran setiap orang berbeza-beza. Kebetulan ramai yang sudah berhijab dan ini satu perkara yang positif. Saya berhijab bukan kerana trend tetapi kerana sudah tiba waktunya untuk saya lakukan. Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.
Kerja adalah kerja. Penampilan adalah penampilan. Lagipun saya percaya selagi ada rezeki Tuhan nak beri, saya akan terima. Paling saya terharu, rupanya ramai peminat saya yang menunggu saya untuk tampil bertudung. Apabila mereka dapat tahu saya bertudung, tak putus- putus saya terima ucapan tahniah atas perubahan saya. Mereka selama ini mendoakan saya. Ada yang menangis. Menangis gembira untuk saya. Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali.
 Daripada jawapan yang diberikan olehnya, jelas terserlah kematangan dan keikhlasannya dalam mengikuti syariat Islam. Semoga terus istiqamah. Semoga ia tidak menjadi penghalang buat Ziana untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Tahniah sekali lagi buat Ziana Zain atas keputusan untuk berhijrah ini.

'Biar kematiannya 'bertanda' "

Foto
Cyberjaya: “Semoga Allah mengizin dan memudahkan proses membawa pulang jenazah Kimi ke Malaysia,” kata ibu kepada pembantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang maut dalam nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Timur Ukraine, Khamis lalu.
Sambil mengalirkan air mata, Noriah Daud, 57, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak lelaki tunggal dari empat beradik itu lebih awal dan pemergiannya amat dirasai kerana Ahmad Hakimi paling rapat dengannya berbanding adik beradik lain.
“Kalau kuburnya ada di sini bolehlah kami menziarahi setiap kali merinduinya kerana Hakimi tidak akan kembali lagi.

“Sekurang-kurangnya biarlah kematiannya ‘bertanda’ supaya cucu saya dapat melihat di mana ayahnya berada apabila besar kelak,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sepanjang ditemu bual Noriah gagal menahan sebak dan menangis, terutama ketika melihat gambar anaknya yang terpampang di muka depan sebuah akhbar.

Ahmad Hakimi adalah seorang daripada 15 anak kapal yang maut dalam kejadian itu dan meninggalkan isteri serta anak kecil berumur sembilan bulan.

"Kita tidak bersendirian", - Najib Razak

Foto
Kuala Lumpur: “Walaupun Malaysia sedang berkabung sebagai sebuah negara, kita tidak bersendirian,” kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, Malaysia amat menghargai sokongan pemimpin-pemimpin dunia pada waktu yang sukar ini sejak nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lalu.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat negara ini terus kekal tabah dan bersatu dalam menghadapi krisis berkenaan dan terus berdoa agar Malaysia dijauhkan dari malapetaka.
“Ramai pemimpin-pemimpin dunia meluahkan simpati dan menghulur tangan persahabatan kepada kita, malah ketika krisis bermula saya bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko yang mendesak siasatan menyeluruh ke atas tragedi MH17 dijalankan segera.
“Saya juga menekankan kepada Presiden Russia Vladimir Putin akan kepentingan pasukan penyiasat antarabangsa untuk diberi kebenaran ke lokasi kejadian dan beliau menegaskan akan menggunakan pengaruhnya untuk membenarkan pasukan penyiasat memulakan kerja-kerja mereka.
“Beliau juga berharap Presiden Ukraine akan bersetuju kepada satu tempoh genjatan senjata sementara,” kata beliau melalui catatan terbaru laman Facebook peribadinya semalam.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk di timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu Belanda Khamis dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia hari berikutnya.

Selain itu Najib berkata, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut menelefonnya untuk menyampaikan takziah dan mereka bersetuju bahawa sebuah pasukan antarabangsa harus dibenarkan memasuki lokasi kejadian dan tiada siapa patut mengganggu sebarang bukti termasuk kotak hitam pesawat.

Beliau berkata, Obama menawarkan bantuan segera untuk penubuhan pasukan penyiasat antarabangsa dan mengulangi pendirian beliau terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Eugène-Richard Gasana turut mendesak penyiasatan penuh dan bebas berdasarkan undang-undang penerbangan sivil antarabangsa.

“Majlis Keselamatan juga menekankan kepada pihak terbabit agar membenarkan pasukan penyiasat memasuki lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca tragedi ini,” katanya.
Sementara itu Najib berkata sudah menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott atas kehilangan rakyat negara itu dalam tragedi MH17.

sumber METRO

Pekerja hartanah maut dilambung

Foto
Klang: Rempuhan kuat sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas menyebabkan seorang pekerja hartanah maut dalam kemalangan di Jalan Dato Mohd Sidin, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa, K Yoges, 34, parah di bahagian peha dan kepala dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, namun disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi, semalam.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang seorang diri dikatakan dirempuh kereta dipandu seorang lelaki berusia 69 tahun.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Jawa bagaimanapun gagal mengelak selepas kereta itu tiba-tiba memasuki laluannya.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa melambung dan tercampak beberapa meter menyebabkan dia parah di kepala dan peha.

“Motosikal ditunggangi mangsa tidak sempat mengelak kereta berkenaan yang kemudiannya merempuhnya. Mangsa yang parah bagaimanapun masih lagi bernyawa sebelum dikejarkan ke hospital.

“Sebaik tiba di hospital, mangsa yang ditempatkan di zon kritikal diberi rawatan kecemasan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 6.30 pagi akibat parah di bahagian kepala dan peha,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Rosly berkata, pemandu kereta iaitu, lelaki warga emas yang bekerja sebagai penjual pau berusia 69 tahun tidak cedera.

Katanya, ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan urusan tuntuan mayat diuruskan sebelum di bawa pulang untuk upacara pengebumian.

Katanya, pemandu kereta berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber METRO

Sunday, 20 July 2014

ATC Ukraine yang mengarahkan terbang pada 33,000 kaki

SEPANG - Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Izham Ismail hari ini berkata, menara kawalan trafik udara (ATC) Ukraine tidak membenarkan Penerbangan MH17 terbang pada ketinggian 35,000 kaki.
Ini disebabkan katanya, menurut ATC Ukraine, laluan yang dipohon oleh MH17 itu sedang diguna dan mengarahkan pesawat tersebut terbang pada ketinggian kedua terbaik iaitu 33,000 kaki yang sebenarnya di atas altitud larangan terbang.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai tragedi MH17 di Hotel Sama-Sama di sini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Tiong Lai pula juruterbang perlu mematuhi arahan ATC Ukraine kerana laluan itu berada di bawah bidang kuasa ATC berkenaan.
Beliau juga berkata, laluan itu terletak 100 kilometer jaraknya dari kawasan larangan.
"Kawasan larangan terletak di bahagian selatan sementara laluan MH17 100 kilometer di utara dari kawasan itu,” jelas Tiong Lai lagi.
Mengenai laporan bahawa MH17 melencong daripada laluan asal untuk mengelak taufan, Izham berkata, perkara itu tidak benar dan tidak ada taufan berlaku di kawasan tersebut.
"Kami sedar tentang maklumat yang tersebar menerusi media sosial berhubung juruterbang melaporkan kepada kami tentang perubahan laluan dan maklumat itu palsu.
"Tidak ada laporan daripada juruterbang kami. MAS terbang di seluruh dunia dan aspek keselamatan amat penting bagi kami. Laluan tersebut sudah disahkan selamat untuk penerbangan,” kata Izham. - Bernama

sumber KOSMO

Pensyarah ditemui mati di rumahnya

Foto
Alor Gajah: Seorang pensyarah Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di sini, ditemui mati di rumahnya di sebuah taman perumahan elit di Durian Tunggal, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa, Muzalina Mohd Jusoh, 34, yang masih bujang ditemui dalam keadaan terlangkup di hadapan bilik air di bilik tidur utama rumah. 
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa dipercayai mati kurang 24 jam selepas ahli keluarganya yang gagal menghubungi telefon bimbitnya sejak pagi semalam lalu meminta rakan sekerja pensyarah itu pergi ke rumahnya malam tadi. 

"Malangnya rumah mangsa berkunci dari dalam sebelum rakan mangsa minta bantuan bomba dan penyelamat Ayer Keroh memecah pintu hadapan rumah sebelum menemui mayat wanita itu," katanya.

Mohamad berkata, mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
sumber Metro

Dua warga emas maut ditikam

Sibu: Dua lelaki warga emas maut ditikam dalam pergaduhan di Lorong Kwang Ann di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Ngu Soon Hiew ,61, dan Law Pang Chii, 73, selepas tikam suspek yang juga rakan sekerjanya yang bersenjatakan dipercayai bersenjatakan pisau. 
Sumber berkata, sebelum kejadian kedua-dua mangsa sedang mengubahsuai rumah milik seorang lelaki bergelar Datuk, didatangi suspel menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna merah. 

"Ketika itu tercetus perang mulut dengan kemuncaknya apabila suspek mengambil pisau lalu menikam Ngu selaku mangsa pertama. Tikaman itu mengena rusuk, pinggang dan siku kita.

"Tidak cukup dengan itu, Law yang cuba membantu namun dia juga menemui ajal akibat ditikam pada dada diri.," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog