Saturday, 11 October 2014

(35 GAMBAR) Kucing-Kucing Yang Comel Dan Lucu


Ada yang gemar membela kucing dan ada juga yang gemarkan anjing.

Perbalahan antara cat person dan dog person ini yang entah sejak dari bila wujudnya, kadang-kadang mewujudkan debat yang tak masuk akal terutamanya di bahagian komen video-video Youtube.


Tapi yang beragama islam pastilah akan memilih kucing, kecuali bagi mereka yang tak suka kucing mungkin akan mencari alternatif haiwan lain seperti arnab, ikan, hamster, burung, mentibang, mentadak mentadu, penguin albino, siamang gagap dan sebagainya.

Kucing yang selain menjadi haiwan kesayangan Rasulullah, juga boleh memberi manfaat kepada pembelanya, seperti peneman kesepian bagi mereka yang foreveralone, mengurangkan stress dan juga boleh memberi manfaat kesihatan.

Selain itu memiliki haiwan kesayangan tidak kira samada kucing atau haiwan lain sebenarnya boleh mengubah hidup seseorang seperti kisah seorang lelaki ini yang mengambil keputusan untuk tidak membunuh diri kerana anak anjing kesayangannya. Kucing juga mempunyai beberapa sifat menarik yang mungkin tidak diketahui ramai.

Hah, jadi macam mana? Anda sukakan haiwan apa? Saya pastilah gemarkan kucing, jika tidak takkanlah saya nak buat entri pasal 35 gambar kucing comel yang lucu dan menggelikan hati ni. Hehe, cekdemout!






Friday, 10 October 2014

Pulau Babi: Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang


Pulau babi.

Pulau ini benar-benar wujud di sebuah kepulauan di Bahamas. Apa yang lebih pelik ialah, pulau ini tidak didiami oleh manusia, dan yang lebih pelik lagi, babi-babi liar di sini terkenal dengan kebolehan mereka yang mampu berenang di dalam laut.

Menurut sumber dari Wikipedia, terdapat kira-kira 20 ekor babi yang mampu berenang di pulau ini, bersama-sama beberapa ekor kambing dan kucing liar turut dijumpai (tak tahu pula jika kambing dan kucing tersebut juga boleh berenang). Mengikut beberapa sumber, babi-babi tersebut hidup di pulau tak berpenghuni ini disebabkan mereka diletakkan di situ oleh sekumpulan pelayar yang berhasrat untuk balik semula dan menjadikannya sebagai makanan. Pelayar-pelayar tersebut tidak pulang-pulang dan kawanan babi tersebut hidup dengan memakan lebihan makanan yang dibuang kapal yang berlalu.

Ada juga cerita mengatakan kawanan babi itu datang dari kapal yang karam dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, dan ada juga berpendapat mereka datang dari pulau-pulau yang berdekatan. Walau apa pun teori dari mana datangnya kawanan babi ini, ianya tetap merupakan suatu pemandangan yang sangat pelik dan bizarre.


pengunjung memberi makan kepada kawanan babi liar yang berenang





baru saya tahu rupanya ada spesis babi liar yang kaler putih









comel? creepy?





berlumba berenang ke tepian pantai





bersantai di tepi pantai

sumber

Kucing Putih Yang Mempunyai Kening Hitam


Pernahkah anda menonton rancangan siri animasi Sin Chan? Sudah pasti pernah menonton bukan aksi budak nakal yang suka membuat perangai pelik. Dari fizikal kita lihat, Sin Chan mempunyai kening yang lebat dan ia serupa terjadi kepada seekor kucing. Kucing yang dipercayai dari luar negara ini, telah menjadi sebutan dan popular di internet gara-gara keningnya yang unik. Comel kan?



Taman Khas Untuk Pasangan Terlarang


Taman Khas Untuk Pasangan Gay dan lesbian merupakan isu sensitif di banyak negara. Namun, banyak juga negara yang mengakui gay dan lesbian sebagai hak asasi, sebab mereka (kaum gay dan lesbian ) tentunya tidak menghendaki diri mereka menjadi “aneh” seperti itu.

Salah satu negara yang tidak disangka-sangka mengakui hak kaum gay adalah China. Negara komunis ini bahkan menyediakan sebuah taman khusus bagi kaum gay di Mudanyuan, Daerah Haidian, Beijing.

Kelihatan ramai pasangan gay di taman tersebut Yuandadu Relics Park di Mudanyuan tempat para kaum gay berdating dan kelihatan sedang bermesraan pasti saja kita terkejut memandangkan China adalah negara komunis yang cenderung tangan besi walau mereka juga seperti kapitalis. Hampir setiap hari taman tersebut di penuhi pasangan gay.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog