Thursday 9 October 2014

Abby Abadi Kongsi Perbualan Nasihat Sweet Dari Norman Hakim

Comel juga apabila Abby Abadi berkongsi perbualannya menerusi Whatsapp dengan bekas suami pertamanya, Norman Hakim. Seperti yang kita ketahui, hubungan Abby Abadi dengan Norman dan Memey Suhaiza berada dalam keadaan baik. Mereka seringkali dilihat menghabiskan masa bersama-sama lebih-lebih lagi demi anak hasil perkongsian hidup sebelum ini.



Terbaru Abby Abadi menerusi laman Instagramnya telah berkongsi sedikit pesanan dan nasihat oleh bekas suaminya itu terhadap dirinya. Jelas terserlah sifat prihatin dan mengambil berat Norman Hakim. Memang ‘sweet’ sangat-sangat. Ayat balasan yang diberikan oleh Abby juga sangat kelakar dan mencuit hati. 



Tulis Abby:-

Assalamualaikum. Salam rindu 20sen! Hehe.. Salam AidilAdha. Selamat berhari layeee.. rinduu kita? Hehe.. Kita ada je.. cuma berdiam seketika kerana pergi mencari diri.. Malam tadi kita msg X boyfriend kita bgtahu yg kita bawa Baby besar kita keluar KL sbb ikut planning hari ni Papanya ni nk bawa Baby gi Pakar sbb batuk teruk. Kita minta set hari lain. Ini yg dibalassnyaa.. ccoo cuweett kan? Hehe….. Kita ok ok jer… InsyaALLAH akan bersiaran balik nnti disini hehe.. Doakan ye.. Daaa..



Sama-samalah juga kita doakan agar Abby Abadi bertemu suami yang betul-betul menyayangi dirinya. Kalau berkahwin sekali lagi, semoga kali ini berkekalan ke akhir hayat. Kesian juga tengok si Abby ini keseorangan. Semoga ada lelaki di luar sana yang benar-benar jujur dan ikhlas menyayanginya. Sama-samalah kita doakan.

sumber:beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog