Friday 10 October 2014

Ikan Yang Boleh Memanjat Di Air Terjun

Mungkin kita tertanya-tanya memang wujudkah ikan yang mampu memanjat batu di kawasan air terjun. Jawapannya ya benar. Ikan ini dipercayai dari spesis ikan belacak. Ia memanjat dengan menggunakan tenaga mulut di bahagian muncungnya, dan mengerakkan badan secara perlahan-lahan. Memang unik ikan ini, kerana ia juga mampu bernafas walaupun bukan di dalam air. SubhanaAllah.
VIVAnews – Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatakan mampu memanjat air terjun setinggi 100 meter dengan hanya menggunakan mulutnya.

Seperti dilapor laman web LiveScience, Isnin, 7 Januari 2013, spesies ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni. Ikan ini memanjat dengan menekapkan mulutnya pada permukaan batuan dan memindahkan badannya secara perlahan-lahan.
Menurut Richard Blob, Penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson University di South Carolina, ikan yang berukuran sepanjang 18 cm ini menggunakan kekuatan rahang untuk menempelkan mulutnya pada permukaan batu untuk mengikis makanan.
ikan2
ikan3
“Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari makanan,” kata Blob.
Untuk membuktikan sama ada ikan ini benar-benar mendaki menggunakan mulutnya, para penyelidik menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing dan meletakkannya di dalam akuarium. Mereka sempat merakam kekuatan rahang ikan Gobi ketika menempelkan mulutnya di sisi akuarium dan memanjatnya untuk mendapatkan makanan.
“Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya,” tambah Blob lagi.
Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku ekstrim ikan ini. Hasil dari penelitian ini telah diterbitkan pada Jurnal Online Plus One pada 4 Januari yang lalu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog