Wednesday, 22 October 2014

Lelaki Ambil Masa 11 Tahun Ubah Diri Menjadi 'Setan'





Mexico: Dengan wajahnya yang menakutkan, lelaki ini tidak mungkin diterima bekerja.


Malah, mungkin dia akan diusir sebaik memasuki bilik temuduga.


Inilah Si Hantu dari Colombia yang bangga dengan tatu hitam pada bola matanya, beberapa implan tanduk dan begitu banyak tindik.


Dengan wajahnya itu, Caim Mortis sudah pasti menjadi lelaki yang tidak perlu berpakaian khas bagi menghadiri majlis seperti Halloween.


Lelaki berusia 42 tahun ini menghabiskan 11 tahun daripada hidupnya untuk 'mengubah suai' tubuhnya, termasuk mentatu seluruh bola matanya menjadi hitam, membuat implan tanduk pada dahi dan lengan.


Tidak cukup dengan itu, dia menindik tanduk itu.


Akibat daripada tindakannya itu, keluarga Caim yang taat kepada ajaran Katolik, enggan menerimanya menyebabkan dia berpindah dari Colombia ke Mexico, tempat dia boleh diterima masyarakat.


"Apabila orang melihat saya kali pertama, reaksi mereka ialah terkejut atau hairan.


"Soalan pertama mereka tanya ialah 'tidak sakitkah' atau 'siapa yang melakukan ini terhadap kamu,'" katanya.


Menurutnya antara perkara yang mendorongnya melakukan pengubahsuaian pada tubuhnya ialah keinginan untuk menjadi unik dan berbeza berbanding orang lain.


Seperti Caim, ramai lagi yang ingin kelihatan pelik dan dia membantu mereka dalam tugasnya selaku artis tatu.


Minggu ini, Caim berkata, dia akan melancarkan karier baru musim Halloween akan datang, bersama-sama dengan rakannya, Gisella, yang akan memegang watak 'malaikatnya.'- Agensi

















sumber: ejeninfo.blogspot,com

Kemaluan Pasangan Itali Melekat Kerana Seks Dalam Air


Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah ‘berkepit macam belangkas’.

Sepasang kekasih warga Itali dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan seks di dalam lautan di wilayah Marche.


Akhbar Il Mattino melaporkan, pasangan tersebut membuat keputusan ‘gila’ untuk bersetubuh di lautan Porto San Giorgio bagi mengenang saat indah percutian mereka.

Namun, aksi akuatik bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kemaluan mereka melekat disebabkan tekanan udara dalam vagina.

Kaget dengan situasi yang menimpa, pasangan ini bertindak untuk teruskan ‘berendam’ di dalam laut sehingga masalah mereka disedari oleh seorang pengunjung lain.

Terima kasih kepada pengunjung itu, pasangan ini diberikan sehelai tuala untuk menutup kemaluan mereka, sebelum digegaskan ke hospital berdekatan.

Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang lazimnya diberikan kepada ibu mengandung bagi mengembangkan uterusnya, supaya ‘masalah’ mereka selesai.



MYNEWSHUB.CC

Rupa Model Cantik Ini Berubah Menjadi Ngeri Selepas 2 Tahun

Pengalaman model China Li Ying Zhi sekurang-kurangnya boleh menjadi pengajaran berharga buat kita semua. Apa yang berlaku amat mengejutkan pada acara Beijing Motor Show 2012, rupa Ying Zhi berubah menyeluruh kerana pembedahan plastiknya seolah-olah telah tamat tempoh. 

Dua tahun selepas pembedahan plastik, model ini muncul kembali di khalayak ramai. Malangnya, harapan peminatnya melihat kembali kecantikan Ying Zhi pupus sama sekali. 

Kemunculan Ying Zhi di pameran automotif tersebut memang mengejutkan jutaan fans dan folower-nya. Para peminatnya menggambarkan pandangan terkini Ying Zhi sangat mengerikan.

Gambar terbarunya menunjukkan Ying Zhi telah berubah mempunyai dagu condong dan garis yang kelihatan di sisi wajahnya.

Sebuah laman web gaya hidup China menilai keadaan mengerikan Ying Zhi ini kerana pembedahan plastik yang pernah dilakukan telah memasuki tarikh tamat tempoh. 

Walaupun prosedur pembedahan plastik kelihatan baik untuk sementara waktu, tetapi ia tidak memerlukan waktu yang lama untuk berubah dalam kisaran beberapa tahun kemudian. 

Laporan tersebut menyebut pembedahan plastik dilakukan pada hidung, dagu dan kelopak mata telah memasuki tarikh tamat tempoh.









sumber: dairishare.blogspot.com

Kanak-kanak Perempuan 3 Tahun Dibelasah Sehingga Mati Kerana Terkencing Dalam Seluar



NEW YORK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas dia dibelasah oleh teman lelaki ibunya hanya kerana dia kencing dalam seluar secara tidak sengaja.


Selain ditumbuk, Jeida Torres turut dicekik oleh kekasih ibunya, Kelsey Smith yang hanya berusia 20 tahun.


Ketika itu, ibunya, Kimberly Torres keluar bekerja, maka Jeida dan abangnya, Andrew, yang berusia lima tahun dijaga oleh Smith.


Jeida dikejarkan ke Hospital Wyckoff akibat kecederaan di kepala dan badan kecilnya itu namun kanak-kanak malang itu gagal diselamatkan.


Sementara Andrew pula mengalami kesan lebam. Namun dia berada dalam keadaan stabil.


Manakala Smith, yang mempunyai rekod jenayah lampau, cuba membunuh diri namun gagal.


Dia juga melarikan diri dari apartmen yang diduduki kekasihnya itu dan berjaya ditangkap di Queens.


Dalam pada itu, jiran-jiran memberitahu pasangan itu sering bergaduh sejak dua minggu lalu.




Sumber: mynewshub.cc

Keluarga Salah Seorang Pelajar AF Sanggup Berhabis Sebanyak RM35,000 Supaya Anak Ke Final?


Menurut sumber-sumber, keluarga pelajar ini selalu mempromosikan anaknya kepada rakan-rakan. Baguslah begitu, support karier anak.

Tapi apa yang buat kami terkejut adalah mereka sanggup berhabis kira-kira RM5,000 setiap minggu semata-mata untuk mengundi anak sendiri. Jika diambil kira daripada minggu pertama hingga kini, merek sudah berhabisan sebanyak RM35,000!


Adel jadi mangsa penyingkiran minggu lalu


Tak kisahlah walaupun persembahannya suam-suam kuku, asalkan anak mereka dapat beraksi di pentas final nanti.

Sampai macam tu sekali tau! Bukanlah kami nak menyibuk. Duit itu hak mereka, jadi suka hati merekalah kan? Tapi apa yang merunsingkan kami adalah prestasi pelajar ini yang sangat lemah.

Sekiranya pelajar ini menang pasti ramai tertanya-tanya apakah nilai yang ada pada bakatnya.

Secara rasional, kami kasihan pada pelajar-pelajar yang lebih berbakat dimana mereka terpaksa melalui penyingkiran dan mengharapkan undian peminat.

Benarlah kata orang, ada wang semua pun boleh jadi.

Sumber www.ohbulan.com

Nurul Izzah: Tahniah Penganjur Acara Sentuh Anjing




SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah. -


sumber:Sinar Harian

Saya Tak Nak Bercinta, Nak Terus Kahwin Saja- Elfira Loy

Baim Wong telah menjemput Elfira Loy untuk menjadi peneman dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Raffi Ahmad di Jakarta, Indonesia. Satu ketika dahulu, Baim Wong pernah secara bergurau membuat pengakuan yang mereka sebenarnya memang bercinta. Adakah dengan kemesraan terbaru ini membuktikan yang gurauan itu palsu dan mereka sebenarnya memang mencintai antara satu sama lain?
Walaubagaimanapun, Elfira memaklumkan yang dirinya tak gemar bercinta dan hanya mahu terus berkahwin. Bukan senang nak cari gadis seumpama ini di zaman moden. Kata Elfira menerusiBerita Harian:-
Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya. Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.
Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM. Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana.
Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.
Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka. Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir.
elfira loy baim wongMenariknya Baim Wong laporan media Indonesia memaklumkan yang Elfira Loy adalah kekasihnya menerusi . Hmmmmm. Adakah Baim Wong bergurau sekali lagi? Atau Elfira Loy malu-malu kucing mahu mengakui percintaan mereka? Apa pun, kalau dah tertulis jodoh, pasti akan berkahwin juga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.

sumber: beautifulnara,com

Janin Dalam Perangkap Sampah



Kuala Lumpur: Seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut terkejut apabila menemui satu janin yang tersangkut di perangkap sampah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati janin terbabit berusia lingkungan lima hingga enam bulan tetapi jantina masih belum dapat dipastikan.

"Janin yang ditemui ini sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

"Polis masih menyiasat keturunan janin terbabit dan usaha mengesan saksi ataupun ibu kepada janin berkenaan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Munusamy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

sumber: metroOnline

Umat Islam Yang Pegang Anjing Seperti Tiada Otak Tapi Ada Ulat- NIk Aziz




KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan acara menyentuh anjing yang dijalankan baru-baru ini dan menyifatkan orang Islam yang terlibat di dalam program kontroversi itu sebagai tidak mempunyai akal.

"Mereka (Melayu Islam )yang pegang anjing seperti dalam kepalanya tiada otak tetapi ada ulat", ujarnya.

"Tidak munasabah orang Melayu Islam berhimpun ramai-ramai untuk pegang anjing, apa kebaikan yang mereka dapat tidak berguna langsung di akhirat," tambahnya lagi.

TGNA membuat kenyataan itu ketika berucap di Majlis Sambuta Tahun ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam baru-baru ini - SiakapKeli.com

Saya Bukan Playgirl- Nad Zainal

Putus cinta dengan 2 lelaki dalam masa tak sampai setahun telah menyebabkan ada pihak yang menggelar Nad Zainal sebagai ‘playgirl’. 2 lelaki tersebut tak lain tak bukan ialah Azwan Kombos dan Hefny Sahad. 
nad zainal
Jelas Nad Zainal:-
Ia tuduhan yang tidak berasas. Jika betul saya playgirl, saya tidak akan bercinta sehingga empat tahun lamanya (bersama Azwan). Kalau setiap dua minggu saya bertukar pasangan, baru boleh tuduh saya playgirl.
Saya tak perlu bercerita kepada satu dunia, orang tetap tidak faham juga. Terlalu banyak ‘nasi tambah’ sehingga saya sendiri tak larat nak jelaskan. Jadi, ada baiknya saya simpan sendiri.
Saya tidak pernah ralat ataupun bosan untuk bercinta kerana setiap yang berlaku itu bersebab. Dalam dunia ini, kita boleh bertemu sesiapa saja sepanjang kehidupan, jadi saya perlu bersikap profesional.
Buat masa ini, saya memberi fokus 100 peratus terhadap kerjaya. Saya masih muda dan keluarga juga sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya percaya, cinta itu akan datang sendiri satu hari nanti tanpa perlu dipaksa
nad zainal
Yup memang manusia tidak akan bosan bercinta kerana ia adalah lumrah seorang insan untuk dicintai dan mencintai. Suatu hari nanti pasti akan ada jejaka yang akan membuka hati Nad Zainal untuk kembali bercinta. Sehingga saat itu tiba, baiklah Nad memfokuskan kepada kerjayanya sebagai pelakon. Semoga cinta Nad Zainal selepas ini akan membawanya ke jinjang pelamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog