Saturday, 3 May 2014

Misha Omar dan Feros Ezzwan selamat diijabkabul

Pada tarikh 02.05.2014 penyanyi terkenal tanah air Misha Omar telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Firos Ezzwan di Hotel Renaissance, Kota Bharu. 

Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar menerima mas kahwin seberupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran yang disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Adibah Noor yang bertindak selaku pengacara manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

Untuk makluman, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan malam ini di hotel yang sama sementara 12 Mei adalah tarikh resepsi pengantin lelaki yang bakal diadakan di Hotel Concorde Kuala lumpur.

Berikut merupakan gambar-gambar majlis perkahwinan Misha Omar dan Feros Ezzwan:
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar

Guna kentang untuk merompak

                                      

Providence- Polis Providence telah menahan seorang lelaki yang menggunakan sebiji kentang sebagai samaran pistol semasa cubaan merompak minggu lepas.

Gary Deming of Cranston, 34 tahun ditahan semasa cubaan merompak. Saksi berkata bahawa dia berpura-pura seolah sedang memiliki sepucuk pistol semasa meminta duit dari kedai runcit dan juga cucian kering pada 21 April.

Pengurus kedai tersebut mengejar perompak tersebut dengan kayu besbol manakala pekerja tempat cucian kering pula menyerahkan $20 yang palsu kepada Gary.

Stesen membuat laporan bahawa Deming turut memecah masuk rumah kakaknya pada hari yang sama dengan kejadian kentang di kedai runcit. Kakaknya memberitahu polis bahawa adiknya telah mengambil sebuah beg dompet, kad debit dan wang tunai $100.


Feri karam: Baki mayat mungkin tidak akan ditemui

                                
SEOUL - Penemuan satu mayat pada jarak agak jauh dari feri karam Korea Selatan, Sewol mencetuskan kebimbangan kemungkinan ramai mangsa yang masih hilang tidak akan dapat ditemui lagi.
Lebih dua minggu selepas feri seberat 6,825 tan itu terbalik dan karam, seramai 213 orang telah disahkan mati tetapi masih terdapat 89 lagi mangsa yang belum ditemui.
Perkembangan itu menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan ramai waris mangsa feri karam Sewol.
Kelmarin, sebuah bot nelayan mengangkat satu mayat dari permukaan laut pada jarak dua kilometer dari lokasi penemuan utama mangsa feri karam tersebut dekat Pulau Jindo, selatan Korea Selatan.
"Penemuan ini meningkatkan kesedaran kami bahawa kami perlu memastikan mayat-mayat mangsa hilang," kata jurucakap Kementerian Lautan dan Perikanan, Park Seung-Ki.
Namun, adalah sukar untuk pihak berkuasa menghalang perkara tersebut daripada berlaku kerana sehingga kini masih terdapat 22 daripada 66 kabin penumpang feri tersebut yang belum diperiksa penyelam-penyelam.
Feri Sewol terbalik pada 16 April lalu bersama 476 orang dengan lebih 300 mangsa merupakan pelajar dan guru sebuah sekolah tinggi di Ansan, selatan bandar raya ini.
Kapten kapal itu, Lee Joon-Seok ditahan selepas kejadian itu atas dakwaan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Perdana Menteri, Chung Hong-won turut mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad lalu ekoran cara kerajaannya mengendalikan kejadian itu sehingga mencetuskan kemarahan waris keluarga feri tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz30ZMBUDtH 
Hakcipta terpelihara 

Mayat tertiarap dan mata ditutup

                                Foto
Nibong Tebal: Rasa curiga seorang nelayan terhadap objek misteri dilihatnya membawa kepada penemuan mayat lelaki di Sungai Kerian di sini, pada jam 9.30 pagi, semalam.
Mayat lelaki berkenaan ditemui tersangkut di tebing sungai dan terlindung sampah sarap. 
Penelitian dilakukan nelayan berkenaan mendapati mayat berseluar panjang dan baju-T warna hitam dengan mata ditutup menggunakan kain dalam keadaan tertiarap. 

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian nelayan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan di perairan berhampiran.

“Kami sedang mengesan identiti mayat berkenaan pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa juga gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Keadaan mayat yang sudah membengkak dan berada dalam air untuk tempoh agak lama juga menyukarkan pihak kami untuk mengena lpasti keturunan dan status warga negaranya,” katanya. 

Shafien berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan terperinci membabitkan pelbagai kemungkinan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki berkenaan sama ada ia berunsur jenayah atau sebaliknya. 

Berikutan itu, orang ramai kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta tampil bagi proses pengecaman mayat terbabit. 

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Friday, 2 May 2014

MH370: Kenyataan baru menteri

                                       Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tentang kehilangan MH370 di sini, hari ini.
    
1. Pengeluaran maklumat berkaitan MH370
    
"Minggu lepas, Perdana Menteri telah melantik satu pasukan dalaman terdiri daripada pakar untuk meneliti semua maklumat yang diperolehi Kerajaan Malaysia berkaitan MH370, bertujuan untuk mengeluarkan sebanyak maklumat yang mungkin kepada orang awam.
    
Perdana Menteri telah menetapkan, sebagai prinsip garis panduan, peraturannya bahawa selagi pengeluaran sebarang maklumat tertentu tidak menjejaskan penyiasatan atau operasi pencarian, demi kepentingan keterbukaan dan ketelusan, maklumat patut diumumkan.
    
Pasukan dalaman telah merumuskan penelitiannya. Hasilnya, berikut dikeluarkan maklumat berkaitan MH370:
    
a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur
b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April.
c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang telah diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac.
d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370.
e. Senarai kargo MH370.
f. Pelan tempat duduk MH370.

2. Pengesanan pihak tentera berkaitan MH370

Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.    

Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.
    
Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira jam 08:30 8 Mac. Maklumat itu telah dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira jam 09:00.
    
Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada kira-kira jam 10:30 tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.
    
Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama.
    
Pada masa sama, KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia sudahpun berada di Selat Melaka bagi menjalankan tugas rondaan.
    
Kedua-dua kapal segera ditugaskan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal di Selat Melaka pada jam 10:54 untuk mencari MH370. - Bernama

Penunggang motorsikal maut dilanggar kereta api

                                   

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar kereta api ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang maut Mohamad Aiman Mat Husin, 17, dan mangsa yang cedera parah Che Nik Che Awang, 55, dikatakan ingin melintas landasan kereta api itu dari arah Ladang Lepan Kabu ke Kampung Baru Pahi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa dilanggar kereta api itu yang datang dari Kuala Lipis, Pahang menuju ke Tumpat.

Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan jalan kecil di sebelah pagar landasan kereta api itu untuk melintas setelah laluan untuk pengguna jalan raya melintas ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api itu, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak ke tepi landasan kereta api berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan namun Mohamad Aiman meninggal dunia di hospital itu pada pukul 5.05 petang," katanya. - Bernama

Bintang porno Jepun jadi Dobby selepas pembedahan muka

Akibat melakukan terlalu banyak pembedahan plastik, wajah Rina Nanase, seorang bintang porno Jepun yang berusia 25 tahun sudah kelihatan sebiji seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter tak pun macam alien.
Walaupun mendapat gelaran elf, Rina menganggap mereka yang menggelarnya cuma cemburu dengan hasil wajahnya selepas pembedahan itu. 
Dengan menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya,dia tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya.
Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu. Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya.
                               
Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.


Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya.
“Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina.
Selepas menyiarkan gambar terbarunya, Rina mendapat reaksi negatif dari peminat-peminatnya di laman sosial. 
Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok.

Thursday, 1 May 2014

Wanita paling gemuk di dunia tekad kurangkan berat badan untuk berkahwin

                                                      
Seorang wanita yang memegang gelaran wanita yang paling gemuk di dunia di Cedar Rapids, Iowa sedang mengalami pertarungan paling besar dalam hidupnya iaitu untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 200 pounds(90.7185 kg) dengan segera.

Charity Pierce, 38 tahun dengan berat sebanyak 765lb(347 kg)sedang mencuba untuk mengurangkan berat badannya untuk untuk menjalani pembedahan gastric bypass. Beliau percaya cuma dengan menjalani pembedahan dia akan dapat mengahwini kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 21 tahun.

“Saya sudah bertekad untuk tidak berkahwin di rumah, sebaliknya saya mahu berkahwin seperti orang lain,” beliau memberitahu Barcroft TV.
                                                 
Sauer bukanlah sekadar kekasih Pierce. Abangnya, Jimmy, pernah mengadakan hubungan dengan Pierce sehingga Pierce melahirkan anak perempuannya iaitu Charly yang kini berusia 18 tahun.

Pertemuan pertama antara Sauer dan Pierce adalah semasa Sauer berumur 8 tahun manakala Pierce pula berumur 25 tahun. Mereka bertemu semula di sebuah parti pada 3 tahun lepas.

“Selepas Charly lahir saya tidak selalu berjumpa dengan Jimmy, jadi kami bukanlah pasangan,” katanya, “Apabila saya bertemu dengan Tony, dia kelihatan sangat matang bagi umurnya jadi kami teruskan hubungan kami,”

Pierce mengalami lymphedema, satu keadaan di mana ia menyebabkan bengkak yang teruk di kaki kirinya dan pinggang.

Sauer berkata saiz badan Pierce bukanlah satu masalah, Cuma dia risau Pierce boleh mati disebabkan saiznya.

Walaupun wanita ini telah mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan hariannya dari 10 000 ke 1 200, Pierce cuma dapat menghilangkan sebanyak 22 pound(10 kg)beratnya dalam tempoh beberapa bulan. Beliau percaya dengan pembedahan gastric bypass dapat membantu, namun doktor tempatan tidak mahu menjalankan pembedahan sehingga dia dapat mengurangkan sekurangnya 200 pounds(90 kg)


Garis panduan baharu baucar buku 1Malaysia (BB1M)

                                
SHAH ALAM - Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja, berkuatkuasa pada 1 Mei depan. Menurut Kementerian Pendidikan, langkah ini diambil selaras garis panduan yang baharu dan bagi memastikan pemberian BB1M mencapai matlamatnya.

"Selain itu, kelonggaran yang  membolehkan mahasiswa mengguna sebanyak 20 peratus daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku turut dimansuhkan.

"Kementerian Pendidikan memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan BB1M dan menghargai aduan berkenaan penyalahgunaan daripada orang ramai," katanya yang dipetik dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan memperkenalkan BB1M sejak 2012 bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Sehingga kini, BB1M dimanfaatkan lebih 3.9 juta mahasiswa pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia dengan peruntukan RM890 juta.

Bagi tahun 2014, peruntukan sejumlah RM325 juta diluluskan kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta mahasiswa.

Sementara itu, kenyataan itu turut menambah, garis panduan tersebut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku iaitu mana-mana pekedai buku yang didapati bersalah menyalahgunakan BB1M akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut.

Langkah ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan BB1M.

"Adalah diharapkan tidak akan berlaku kekeliruan di antara pekedai buku dan mahasiswa dalam pindaan garis panduan BB1M ini.

"Garis panduan ini dapat memudahkan kedua-dua pihak dan diguna dengan sebaiknya selaras dengan objektif BB1M," katanya.

Maklumat lanjut mengenai pindaan garis panduan tersebut boleh didapati melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan www.moe.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia BB1M melalui e-mel bb1m@moe.gov.my.

Sari Yanti mohon bantahan nusyuz

                                                      

PELAKON, Sari Yanti, memohon Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain.

Perkara tersebut dimaklumkan Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili pelakon itu pada sebutan kes berkenaan, hari ini.


Marlina berkata, permohonan itu dibuat atas alasan terdapat satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, yang mana ia membabitkan arahan amalan No. 13 tahun 2002 berhubung pertindihan pendengaran kes.


"Anak guam saya sudah menerima notis saman daripada plaintif (Mohd Edy Casmady) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah.


"Bagaimanapun, pihak kami berhasrat untuk failkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai," katanya.


Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakil Mohd Edy Casmady bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan kedua-dua tuntutan, iaitu cerai dan nusyuz difailkan di dua mahkamah yang terletak dalam kawasan berlainan dan kesannya juga adalah berlainan.


"Saya percaya kes ini (nusyuz) boleh dibicarakan di mahkamah ini. Kes penting kerana akan menentukan pemberian nafkah kepada defendan.
"Justeru, saya membantah cadangan defendan untuk memasukkan bantahan, tetapi jika dibenarkan, saya mohon supaya ia dibuat secara bertulis," katanya.


Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah kemudian membenarkan permohonan peguam Sari Yanti menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan bagi defendan memasukkan bantahan awal, jika berhasrat untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Fakhrul Azman ketika ditemui memberitahu, defendan bersetuju untuk menyerahkan hak jagaan dua anak kepada anak guamnya, manakala kes cerai yang difailkan kini dalam proses untuk Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Terdahulu, pada 7 Mac lalu, Mohd Edy Casmady, 34, memfailkan permohonan nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Tindakan itu diambil susulan tindakan Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, memfailkan permohonan cerai terhadap di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, 25 Februari lalu.


Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 san dikurniakan dua anak lelaki, iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.


                                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog