Friday 21 November 2014

(14 GAMBAR) Gambar sebenar Yang Menyeramkan!

Kesan PTSD terhadap seorang tentera di Perang Dunia Pertama

Lelaki Thailand Nekad Berkahwin Dengan Mayat Teman Wanita Yang Mati Kemalangan



Kisah cinta tragis dari Thailand ini berlaku pada tahun 2012. Seorang lelaki mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dia dan teman wanitanya yang telah dirancang, walaupun teman wanitanya telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta sehari sebelum majlis perkahwinan mereka.

10 Anak Patung Yang Hodoh dan Menakutkan!

Marybel

Pada tahun 1959, Amerika menghasikan sebuah patung yang bernama Marybel yang sakit. Patung ini disertakan dengan bekalan perubatan sendiri: tongkat, perban, gips, gauzes dan pita pelekat. 

Inilah Orang Gelandangan Yang Paling Bergaya!

OSCAR: Kucing Yang Boleh Merasai Saat Kematian Seseorang


Oscar adalah seekor kucing yang dipercayai dianugerah kelebihan untuk merasai apabila seseorang itu menghampiri kematian. Dalam 50 kes yang didokumenkan, Oscar yang telah lama duduk di hospital itu, telah duduk disamping pesakit sebelum mereka meninggal dunia. Seolah-olah Oscar sudah dapat merasai mereka akan pergi.

"Malaysia" Nama Popular Bagi Bayi di Amerika Syarikat!


Data dari pentadbiran keselamatan sosial Amerika Syarikat menunjukkan bahawa Malaysia merupakan carta tertinggi dalam kelompok 500 nama bayi perempuan paling popular dan dilaporkan sebanyak 630 bayi perempuan yang lahir pada tahun 2013 telah diletakkan nama Malaysia.

Lihat sahaja nama seorang isteri kepada pemain bola keranjang NBA Jannero Pargo, iaitu Malaysia Pargo.
Jannero Pargo bersama isterinya Malaysia Pargo

Kalau di Malaysia, banyak trend menamakan anak dengan nama artis dan selebriti, nama pemimpin Islam dan nama nabi-nabi.

Serta nama yang membawa tuah mungkin bagi mereka yang berbangsa selain Melayu.

Walau apapun, disarankan untuk menamakan anak kita dengan nama bermaksud yang indah-indah.


Kanak-kanak Perempuan Ini Digelar "Instagram Princess"





Seorang kanak-kanak comel berusia lima tahun bernama Breanna Youn, telah mencetusakn fenomena di laman sosial Instagram sehingga digelar "Instagram Princess" selepa mempunyai lebih dari sejuta pengikut seluruh dunia di laman Instagramnya hampir menyamai pengikut di Instagram Cameron Diaz.

Ratu Cantik Dan Kakak Dibunuh Kerana Cemburu

Polis Honduras mengangkat mayat Maria yang ditanam di tebing sungai Santa Barbara selepas dibunuh kekasih kakaknya.


TIDAK sampai tiga hari lagi, Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado sepatutnya berada di London untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia bermula Sabtu ini namun, dia ditembak mati kekasih kakaknya sendiri, Plutarco Ruiz dipercayai bermotifkan cemburu.

Lebih tragis, akhbar La Prensa melaporkan, mayat gadis berusia 19 tahun itu ditemui tidak jauh daripada tempat mayat kakaknya, Sofia Trinidad, 23 tahun, yang dijumpai beberapa jam sebelum itu di tebing sungai Aguagual di bandar kecil, Arada semalam.

Dua mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas dilihat kali terakhir menghadiri sebuah parti hari lahir dan ketua detektif polis, Leandro Osorio berkata, siasatan awal mendapati dua wanita itu dibunuh Plutarco dengan dibantu Aris Maldonado Mejia.

“Motif jenayah akibat perasaan cemburu Plutarco melihat Maria menari dengan seorang lelaki lain yang mungkin saingan kepada suspek dan siasatan menunjukkan Maria mati dibunuh semasa cuba lari selepas melihat kakaknya ditembak dulu,” kata Leandro.

Dua beradik itu menurut ibunya, Teresa Munoz dijemput menaiki kereta Plutarco yang datang dari ibu negara Honduras, Tegucigalpa, 200 kilometer dari rumah mereka di Santa Barbara untuk menghadiri majlis hari lahir suspek di sebuah resort tempatan.

Mayat dua beradik perempuan itu dijumpai 20 kilometer dari resort berkenaan hasil operasi mencari pasukan polis secara besar-besaran susulan ribuan penduduk Santa Barbara pada Selasa berarak mengadakan demonstrasi sambil memakai baju T dengan wajah Maria.

Mendiang dikenali di seluruh negara sebagai model untuk sebuah siri program permainan televisyen popular tempatan, X-0 dan pelajar tahun akhir pengajian sains komputer di Northern Polytechnic Institute itu menyertai pertandingan ratu cantik sejak usia muda.

Honduras, negara kecil berpenduduk lapan juta orang terletak di rantau Amerika Tengah bersempadan dengan Guatemala di utara dan Nicaragua di selatan merupakan negara paling tinggi kadar pembunuhan di dunia iaitu 90 kes bagi setiap 100,000 orang. – Agensi


mynewshub.my

Thursday 20 November 2014

Wanita Bunuh, Cincang Dan Rebus Jiran


Florida: Seorang wanita mengaku membunuh jirannya, memotong mayat mangsa dan merebusnya dalam usaha untuk melupus mayat berkenaan.

Angela Stoldt mengaku membunuh James Sheaffer pada April 2013, menurut dokumen mahkamah yang difailkan beberapa hari lalu.

Dalam pengakuannya kepada polis, dia berkata, apabila gagal menghapuskan mayat itu selepas merebusnya, Angela membuang saki baki mayat itu di tempat pembuangan sampah.

Dia juga meminta bantuan anaknya untuk membuang mayat itu dengan memberitahunya ia bangkai rusa.

Menurutnya, dia nembunuh pemandu limo itu kerana lelaki itu memusnahkan hidupnya.

Pendakwa raya berkata, mereka mula bertengkar pada 3 April 2013 di rumah Angela mengenai masalah kewangan. Mereka berkongsi akaun bank tetapi tidak tahu alasannya.

Sebelum itu, Angela membancuhkan arak dengan dadah dalam minuman lelaki berkenaan untuk membuat Sheaffer mengantuk dan khayal.

Dia kemudian membawanya ke tanah perkuburan berhampiran dan pertengkaran itu berterusan.

“Dia cuba menyerang saya menyebabkan saya menikamnya.” kata Angela yang mendakwa dia bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

Angela kemudian menjerut leher lelaki itu, menyebabkan mangsa mati. Dia mengheret mayat Sheaffer ke rumahnya semula dan mencincang mayat berkenaan.

Satu kaki dimasukkan ke dalam ketuhar dan yang lain dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus.

Apabila gagal menghapuskan mayat berkenaan dengan cara itu, dia memasukkannya ke dalam plastik dan membuangnya ke tong sampah.

Angela menghabiskan beberapa hari lagi untuk memusnahkan lebih banyak bukti, termasuk menanam telefon bimbit mangsa, membuang periuk dan kuali yang digunakan untuk memasak mayat itu.

Tiga minggu selepas itu, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan di depan keluarganya.

Kakaknya bertindak menyerahkan dia kepada polis.

Pendakwa raya bercadang memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati.

Bagaimanapun, sekiranya didapati bersalah, dia mungkin akan dipenjara seumur hidup. -Hmetro

Tuesday 18 November 2014

(15 GAMBAR) Aksi-Aksi Kucing Yang Terlupa Nak Jadi Kucing


Sape tak suka kucing kan. Haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W yang sangat comel dan bijak. Tapi kadang-kadang ada juga masa-masa hodoh kucing-kucing ni. Asyik cantik dan comel je pun tak boleh kan. Haha


Jum tengok aksi2 kucing yang lupa nak jadi kucing!

Adik Azmin Ali Dah Pakai Tudung!

Sesungguhnya, insan bernama Azwan Ali dengan kontroversi berpisah tiada – daripada isu penampilan membawa tas tangan perempuan, gemar selfie tak kira acara hinggalah pakar mencarut di media sosial, tiada siapa dapat mengalahkan tahap Azwan mencipta headline ruangan gosip.

"Jangan Nak Cari Salah Orang Saja," Emma Maembong

J
Rasanya semua orang sudah tahu tentang baju rekaan Ezuwan Ismail yang tidak dipakai oleh Chacha Maembong untuk Anugerah Skrin 2014. Ezuwan sendiri telah melahirkan rasa bengang dan kecewanya atas tindakan Chacha yang menyebabkan penat lelahnya menyiapkan baju tersebut tidak berbaloi. Di bawah ialah luahan pereka fesyen ini yang menjadi punca tercetusnya perbalahan ini.

VIDEO: Lelaki Dimalukan Teman Wanita Apabila Ditolak Lamaran Di Khalayak Ramai

Situasi bermula di kawasan kedai makan sebuah pusat membeli-belah di Sherman Oaks Galleria di Los Angeles.

Tuhan Tak Tolong


Linyi: Seorang perompak ditangkap di bandar ini di wilayah Shandong sebaik kembali dari kuil.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhang dilapor ke kuil berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya kerana berjaya mengelak daripada ditangkap polis selepas melakukan beberapa rompakan.

Menurut polis, lelaki itu sebelum ini melakukan tiga rompakan, termasuk mencuri basikal elektrik yang dihadiahkan kepada teman wanitanya.

Zhang ditangkap sebaik keluar dari lif di bangunan kediamannya sejurus selepas kembali dari kuil untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya.

Dia memberitahu polis, dia menyembah Tuhan Guang Gong dan membakar colok setiap hari dengan harapan dia tidak ditangkap.

Zhang ditangkap bersama adik dan beberapa suspek lain. Mereka kini ditahan dipenjara kerana memiliki barangan curi, termasuk puluhan kereta elektrik, sementara menanti dibicarakan.-MetroOnline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog