Tuesday 18 November 2014

Tuhan Tak Tolong


Linyi: Seorang perompak ditangkap di bandar ini di wilayah Shandong sebaik kembali dari kuil.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhang dilapor ke kuil berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya kerana berjaya mengelak daripada ditangkap polis selepas melakukan beberapa rompakan.

Menurut polis, lelaki itu sebelum ini melakukan tiga rompakan, termasuk mencuri basikal elektrik yang dihadiahkan kepada teman wanitanya.

Zhang ditangkap sebaik keluar dari lif di bangunan kediamannya sejurus selepas kembali dari kuil untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhannya.

Dia memberitahu polis, dia menyembah Tuhan Guang Gong dan membakar colok setiap hari dengan harapan dia tidak ditangkap.

Zhang ditangkap bersama adik dan beberapa suspek lain. Mereka kini ditahan dipenjara kerana memiliki barangan curi, termasuk puluhan kereta elektrik, sementara menanti dibicarakan.-MetroOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog