Tuesday 18 November 2014

VIDEO: Lelaki Dimalukan Teman Wanita Apabila Ditolak Lamaran Di Khalayak Ramai

Situasi bermula di kawasan kedai makan sebuah pusat membeli-belah di Sherman Oaks Galleria di Los Angeles.


Pada ketika itu seorang lelaki bertindak melamar kekasihnya di hadapan semua orang awam yang berada di kedai makan itu dengan melutut di hadapannya diiringi pemain gitar yang menyampaikan lagu Sweet Caroline.

Kekasihnya yang bernama Caroline kelihatan terkejut dan tersenyum ketika lelaki itu melutut dan mengeluarkan sebentuk cincin manakala orang ramai pula menepuk-nepuk tangan.

Namun, tiba-tiba kekasihnya tidak menerima cincinnya dan bertindak meninggalkannya bersendirian dan tergamam di situ. Lelaki itu kelihatan sangat terkejut seolah-olah tidak percaya dengan reaksi teman wanitanya.

Pemain gitar yang terlibat cuba mententeramkan lelaki itu yang sangat kecewa dan sedih.
Ish3.. 

Jom tengok video di bawah:





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog