Saturday, 15 November 2014

Inilah 10 Gambar Yang Termahal Di Dunia!


Apa yang menyebabkan nilai gambar jadi mahal? Macam mana nak memahalkan nilai gambar? Macam mana nak tahu sesebuah gambar tu ada nilai? Dari segi anglenya ke? Orangnya ke? Teksturnya ke? Aku pun tak tahu. 

10 Tanda Lahir Yang Paling Pelik Dan Aneh!

Tanda lahir merupakan tompokan tertentu pada kulit bayi yang berbeza-beza bentuk, warna, dan tekstur. Tanda lahir boleh terhasil daripada pigmentasi atau saluran darah yang tidak normal. Kebanyakan orang dilahirkan dengan tanda lahir. Ada yang menghilang semakin kita meningkat dewasa, ada juga yang kekal. Selalunya tanda lahir bentuk tompokan adalah normal. Ada yang dilahirkan dengan tanda lahir yang unik. Nak tengok? Jomm

Ingatkan Nasi Ayam, Rupa-rupanya Iphone 6!

Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa.
Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai ini. Namun kisah kami kongsikan ini mungkin antara yang paling sweet malah ia berlaku di tanahair kita.

(GAMBAR-GAMBAR) Inilah Bukti Penindasan Yang Wanita Terpaksa Lalui!


Jom tengok gambar-gambar yang menunjukkan wanita sentiasa menjadi mangsa penindasan!

Babi Bunuh, Kunyah Kepala Kanak-kanak 2 Tahun

JIANG – Malang menimpa seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Wei Tsao apabila dia meninggal dunia dalam keadaan tragis, selepas diserang oleh seekor babi, yang kemudiannya turut mengunyah kepalanya.
Kejadian berlaku ketika Wei, yang juga dikenali dengan nama manjanya, Keke merangkak ke kandang babi tersebut tanpa disedari oleh ibu bapanya yang ketika itu berada di dalam rumah.
Apabila babi itu melihat Wei merangkak ke dalam kandangnya, binatang itu yang mahu melindungi anaknya telah menyerang kanak-kanak itu hingga mati.
Pada masa sama, ibu bapanya yang mendengar jeritan Wei berlari keluar rumah, namun mereka telah terlambat apabila babi itu sudah menyunyah kepala anak mereka.
Penduduk kampung yang mendengar jeritan Wei turut berlari mendapatkan budak itu dan mereka menarik babi berkenaan sebelum mengikatnya di pokok dan membunuhnya.
Mereka membelah perut babi itu dan terdapat serpihan rambut dan tulang tengkorok Wei.
Penduduk kampung kemudiannya menyerahkan serpihan tersebut kepada polis untuk membuktikan bahawa babi itu yang membunuh kanak-kanak tersebut.

12 Orang Yang Mengubah Suai Badan Dengan Melampau!


Rick: The Zombie Boy
 
Dia menjadikan dirinya menjadi zombie. Setakat ini, lebih daripada 24 jam tatu --dengan kos sebanyak lebih $ 4,075 dollars-- Ini menjadikan dia seorang selebriti kecil di internet, di mana orang tidak boleh membuat keputusan jika dia seorang yang berwawasan pengubahsuaian badan atau pesakit mental.. 

Friday, 14 November 2014

Wajah Cantik Tapi Perempuan Paling Kejam Dan Sadis!


Mexico – Jika melihat daripada raut wajahnya, dia seperti seorang pelakon sinetron. Namun disebalik kecantikkan wajahnya itu, dia sebenarnya adalah seorang wanita di Mexico yang sangat kejam.

Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.

Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.


Tetapi siapakah dia?


Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.

Dia juga adalah ketua kartel da-dah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.

Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.

Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.

Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat dan telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.

Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.

Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.


Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.

Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.

Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.

Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.

Pineda yang bangga kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.

Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.

Maxazman VS JPJ. Siapa Akan Menang?

Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh dikatakan agensi penguatkuasa paling panas diperkatakan masyarakat pada masa kini!

Semuanya gara-gara pengumuman tentang sekatan jalanraya khas untuk penguatkuasaan undang-undang yang dianggap kurang relevan dan menyusahkan pengguna jalanraya, antaranya ops cermin gelap dan terbaharu, nombor plat yang menyalahi spesifikasi ditetapkan.


Kanak-kanak Kasihan Ini Akan Mati Jika Berpeluh



Fred James Mesti Berada dalam Keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa dan oleh kerana itu ibu bapanya hendaklah memastikan anaknya dalam keadaan sejuk pada setiap masa.

Thursday, 13 November 2014

10 Rakaman Dan Gambar Hantu Yang Sangat Menyeramkan

Teknologi kini telah membolehkan kita untuk menangkap pelbagai peringkat bukti kewujudan roh-roh bumi terikat dan hantu. Sama ada anda memilih untuk mempercayai bukti atau tidak terpulang kepada anda!

(5 GAMBAR) Sekolah Pondok Kini Menjadi Sekolah Juvana


Di bawah adalah perkongsian dari individu yang enggan namanya didedahkan.

Gambar Petugas Wanita JKM Yang Kurang Ajar Tersebar!

SHAH ALAM: Penjawat awam menjadi mangsa kutukan pelayar internet sebagai pemalas selain tidak ikhlas dalam menjalankan tugas mereka.

Ini Dia Jawapan JPJ Terhadap Tohmahan Dan Kritikan Rakyat!


JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. 

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).
3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:

-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua² item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.


(8 GAMBAR)Kucing Buta Ini Gemar Merantau Dan Mengembara!



Honey Bee merupakan seekor kucing yang diselamatkan di Fiji oleh pusat jagaan haiwan animalsfiji.org. Setelah diselamatkan oleh pusat jagaan tersebut, Honey Bee telah dibawa ke Seattle oleh tuan barunya untuk tinggal bersama.

PERHH!:12 Bentuk Badan Yang Pelik!

Lupakan photoshop2. Inilah bentuk-bentuk badan yang sebenar. Jum tengok!

Wanita China Buat Pembedahan Plastik Susah Nak Cam Di Kapal Terbang!



WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

8 Orang Wanita Sebelum Dan Selepas Steroid Dan Gim!

1. Heidi Krierger


Memberi steroid anabolik untuk seorang gadis remaja tidak hanya membantunya memenangi pingat emas - ia boleh mengubah tubuhnya selama-lamanya. Heidi Krieger mendakwa dia menjadi lebih maskulin selepas jurulatihnya memberinya dadah. Heidi kemudiannya menjalani pembedahan menukar alat kelamin dan menukar namanya kepada Andreas Krieger.

Isteri Fizo Omar Dikritik Lagi Kerana Baju


Kasihan pula rasanya dengan Fizo Omar dan isterinya Mawar. Ada sahaja yang salah pada mata orang. Meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata, mereka sememangnya amat menyayangi antara satu sama lain.

Dah berkali-kali netizen mengkritik baju Mawar yang didakwa terlalu ketat sehinga menampakkan susuk badannya. Sebelum ini, kecoh apabila Mawar dikutuk netizen kerana dikatakan baju jersi yang dipakainya sendat dan menampakkan susuk badannya. Kali ini, kerana baju berwarna putih yang dipakainya sendat jugak.






ohbulan.com

Mufti Pahang- Lelaki Berpakaian Wanita Dilaknat Tuhan



KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun perempuan menyerupai lelaki adalah perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu bertentangan dan haram dalam Islam, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hanya golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan boleh berpakaian begini tetapi mereka ini dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Selain itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mengikut jejak kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan mengemukan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menolak ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki transgender yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.-Siakapkeli.com.my

(7 GAMBAR) Ashraf Sinclair Buat 'Vow Renewal' Di Bali Dapat Kecaman


Bertempat di Bali, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah memilih untuk melakukan 'vow renewal' selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga. Memang nampak romantis dan jiwang tahap gaban, namun perkara ini telah mendapat kecaman daripada peminat-peminat mereka berdua.

"Penceraian Kami Salah Saya"- Raja Azmi


Dalam perkahwinan sememangnya kita akan mudah terasa dengan pasangan masing-masing. Kadangkala benda kecil pun boleh jadi besar. Kerana itulah kita kena berlapang dada, mudah memaafkan, senang menerima teguran dan tidak menyimpan dendam. Iyerlah, pasangan itu pun bukan orang lain. Merekalah tempat kita meluahkan perasaan dan yang akan sentiasa menemani kita di sisi. Tak gitu?

Punca penceraian Raja Azmi dan Eddie Ghazali sememangnya boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Sebagai suami, nak tegur pun kenalah lemah-lembut dan penuh hikmah. Jangan sampai isteri terasa hati. Sebagai isteri pula, kenalah bersikap terbuka menerima teguran suami. Si suami tegur kerana sayangkan kita. Kata Raja Azmi mengenai punca penceraiannya:-

Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia (Eddie) telah pun memohon maaf dan memujuk, tetapi luka saya itu tidak terubat. Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini, saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.

Dia ada berusaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha. Kami kerap bergaduh hanya kerana percanggahan pendapat masing-masing. Dan perkara ini membuatkan perhubungan kami semakin sukar untuk diteruskan.

Tetapi apabila tidak sebumbung, kami boleh pula berkomunikasi macam biasa. Apa yang saya nampak, mungkin kami lebih sesuai berhubung sebagai sahabat


Semoga apa yang berlaku dalam perkahwinan Raja Azmi dan Eddie Ghazali akan diambil sebagai pengajaran buat kita.


Beautifunara.com

"Saya Ada Sebab Mengapa Tidak Pakai Rekaan Ezuwan Ismail,"- Chacha Maembong



PETALING JAYA - Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada saat-saat akhir untuk menghadiri Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia sudah memaklumkan hasrat berkenaan dan meminta maaf terlebih dahulu kepada Ezuwan.

"Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.

Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada 
Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.


"Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai luahan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang kecewa apabila baju rekaannya tidak dipakai Chacha pada ASK 2014 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada Jumaat lalu.

Ezuwan melalui laman Instagram miliknya berkata, pelakon tersebut tidak memberikan sebarang alasan bertindak sedemikian dan tanpa rasa bersalah menggayakan busana pereka fesyen lain pada malam tersebut.

Ezuwan Ismail

Sementara itu, Chacha berkata, dia juga kesal dengan tindakan Ezuwan yang memuat naik kenyataan di laman sosial tanpa menghubunginya terlebih dahulu.

"Saya pun terkejut dan terasa hati apa yang dia tulis di laman sosial itu. Tidak salah kalau dia hubungi saya sahaja untuk beritahu perkara itu. Lagi pun dia tahu sebab apa saya tidak pakai baju itu,"katanya.

Jelas Chacha, dia bernasib baik kerana dapat mencari baju pengganti iaitu rekaan Fazil daripada butik Diandra Couture pada saat-saat akhir untuk ke majlis berkenaan.


Sumber: mStarOnline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog