Sunday 9 November 2014

(6 GAMBAR) Anggota Tangan Hancur Terkena Letupan Roket Buatan Sendiri

KUALA TERENGGANU: 3 remaja cedera parah dan salah seorang daripadanya hancur kedua-dua tangan akibat terkena letupan buatan sendiri yang berlaku di Kampung Padang Machang, Manir, 4.30 petang kelmarin.

3 penuntut jurusan elektrik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sebelum kejadian, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, Nazrin Che Mohamad, 20 dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18, dikatakan memasukkan beberapa bahan ke dalam sebatang besi paip.

Mereka dipercayai hendak mencipta roket dengan memasukkan bahan seperti arang, sulfur dan beberapa bahan bakar dan letupan lain bersamanya ke dalam besi berkenaan.

Bagaimanapun ketika proses memampatkan bahan berkenaan, secara tiba-tiba roket yang hendak dicipta itu meletup dan menyebabkan ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan.

Namun, dari maklumat awal yang diterima oleh pihak Hospital, ketiga-tiga mangsa mendakwa mereka terkena letupan daripada sebuah kotak yang dialihkan ketika sedang mengemas rumah nenek salah seorang mangsa untuk disewa.

Bagaimanapun siasatan awal polis mendapati letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada besi yang padat dengan bahan letupan berkenaan. 







Sumber mymediahubonline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog