Friday 9 January 2015

Perhhh.. Dulu Gemuk, Sekarang Kurus Dan Hot Meletup-Letup!


Ini Nadina. Semasa dia berumur 16 tahun, dia ketagih dengan makanan ringan dan jugak minuman beralkohol sehingga berat badannya naik mendadak kepada 100 kg. Satu hari dia mengamalkan pemakanan diet sihat dan mula bersenam untuk menguruskan badannya. Kini dia sudah berusia 24 tahun dan merupakan Miss Northampton dan sedang meneruskan karier nyanyian dan juga berkerja dengan Miss England!

Lamaran Hairul Azreen Kepada Hanis Zalika Boleh Pesong Akidah- Ustaz Zulkefli

Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha dalam pentas akhir Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada Ahad lalu.


PETALING JAYA: Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul Azreen melamar kekasihnya Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

Gadis 14 Tahun Gantung Diri Kerana Putus Cinta


KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,”katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib.

Nanndzri berkata, "Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.



Kerana Menghina Islam Secara Melampau Dalam Charlie Hebdo, 9 Karikatur Dibunuh!


PARIS – Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Kereta Rupanya Punca Emma Dan Zizan Berpisah..



TAK habis lagi nampaknya kisah yang berbangkit ekoran berita putusnya percintaan antara pelawak dan pelakon Zizan Razak serta Emma Maembong.

EUWWW! Gigi Ditemui Dalam Kentang Goreng McDonalds!



JIJIK! Portal news.com melaporkan, gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera terkemuka, McDonalds di Jepun.

Thursday 8 January 2015

Nak Nampak Kurus Dalam Gambar? Tengok Pose-Pose Menarik Ini!


BAGI yang memiliki saiz tubuh besar khususnya para wanita, kebanyakan mereka seboleh-bolehnya akan menolak tawaran untuk bergambar kerana tidak suka melihat saiz badan sendiri dalam gambar yang dirakam.

Gurun Ini Asalnya Ada Sebuah Lautan Yang Telah Mengering!



Laut Aral  mengering dan menjadi padang pasir, dulunya adalah lautan yang terletak di dua negara yakni negara Uzbekistan dan Kazakhstan, kini lautan yang dulu banyak airnya mengering dan menjadi padang pasir yang dihuni bangkai-bangkai kapal.

Kumpulan IS Dedah Gambar Pembunuhan 8 Polis




BAGHDAD 6 Jan. – Kumpulan militan, Negara Islam (IS) mendedahkan beberapa gambar daripada rakaman video yang menunjukkan lapan orang anggota polis Iraq dihukum bunuh berikutan dakwaan merisik dan memberikan maklumat tentang IS kepada kerajaan Iraq.

"Jangan Pandai-Pandai Nak Tuduh Saya Punca Perpisahan Emma Maembong Dan Zizan!"- Kamal Adli



PETALING JAYA: “Jangan pandai-pandai nak tuduh!” Demikianlah reaksi ringkas pelakon Kamal Adli apabila diminta komen adakah dia menjadi punca kemusnahan cinta antara pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong.

Kamal, 29, yang terkejut dengan perpisahan itu turut memberitahu berasa risau kerana berita itu turut memberi persepsi kepada orang ramai kononnya dia menjalinkan hubungan dengan Emma adalah benar.

"Takkan saya nak merampas kekasih orang? Jangan pandai-pandai tuduh.

"Gara-gara perpisahan mereka, nama saya pula dikaitkan. Bukan saya yang menjadi punca.
“Kami hanyalah rakan kerja yang terlibat dengan drama Cinta Tanpa Syurga.  Tidak lebih daripada itu," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Emma menerusi laporan sebuah akhbar pada Rabu telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan pelawak Zizan Razak sudah pun berakhir namun dia enggan bercerita lanjut punca perpisahan itu.

Sebelum ini Emma pernah dikaitkan dengan Kamal Adli kononnya mereka dilihat semakin mesra sejak terlibat dalam drama Cinta Tanpa Syurga.




Sementara itu, Kamal berharap mana-mana pihak yang masih menuduh dia menjadi punca perpisahan pasangan tersebut agar selidik dahulu kesahihan berita berkenaan sebelum membuat spekulasi.

Kata Kamal,  dia menyangka sejak putus cinta dengan Intan Ladyana pada pertengahan tahun lalu, namanya tidak lagi menjadi bahan gosip, sebaliknya cerita lain pula yang timbul.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia kini sudah mempunyai kekasih baru, kata Kamal, buat masa ini dia lebih selesa memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

"Perkara lalu (putus dengan Intan), saya sudah boleh terima hakikat, tetapi belum bersedia untuk mencari pengganti.

"Kalau boleh saya ingin fokus kepada kerjaya seni saya. Mungkin ini peluang saya untuk mengasah lagi bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kamal kini terlibat dengan penggambaran drama Pergilah Airmata bersama pelakon Nelydia Senrose, Izreen Azminda, Amar Asyraf dan Azlee Khairi.

SERAAMM: Mayat Kawan Dikata Hadir Di Parti Kawan-Kawan



APAKAH perasaan anda jika jamuan kecil-kecilan bersama rakan turut dihadiri ‘seseorang’ yang tidak dijemput?

Emma Maembong Sah Putus Dengan Zizan Kerana 'Makan Hati'


SUDAH lama peminat hiburan tertanya-tanya tentang kisah cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang sekejap dikatakan sudah putus.. sekejap lagi masih elok.. tup-tup  dah putus pulak.

Malaysia Bakal Dilanda Cuaca Sejuk Yang Luar Biasa!


Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.

Keratan KOSMO!

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!.-Siakapkeli.com.my.

Wednesday 7 January 2015

(VIDEO)15 GAMBAR Menyeramkan Dan Bermisteri Sehingga Kini

Hantu Mekanik Udara
20

Ini adalah dari potret kumpulan skuadron Sir Victor Goddard, yang pernah berkhidmat di WW1 di kemudahan latihan. Di bahagian atas gambar,  wajah yang terdapat di belakang salah seorang pegawai, dicam oleh bekas anggota pasukan itu sebagai seorang mekanik udara bernama Freddy Jackson, yang secara tidak sengaja terbunuh dua hari lebih awal oleh kipas kapal terbang dan pengebumiannya telah berlaku pada hari gambar ini diambil.

Mahukah Anda Melakukan Pekerjaan Seperti Lelaki Di India Ini?

Di India ada golongan yang melakukan kerja membersihkan kolong tersumbat. Mereka ini dikenali sebagai penyelam longkang. Mereka menyelam kedalam longkang yang tersumbat tanpa menggunakan peralatan khas. Meredah sahaja air yang kotor dan menjijikkan semata-mata untuk mendapat bayaran GBP 3.50 (RM 18) sehari bagi menyara hidup.

"Saya Tidak Kisah Apa Orang Nak Kata," Hanis Zalika

Ramai yang membuat anggapan Hanis Zalikha terpaksa berkata ‘yes’ ketika dilamar oleh Hairul Azreen di konsert final Gegar Vaganza baru-baru ini. Iyerlah pada mulanya perkataan ‘yes’ tidak terkeluar sebaliknya lamaran tersebut dijawab dengan ‘Insya Allah thank you’. Kalau Abang Nara jadi Hanis Zalikha pun mesti gementar dan tak tahu nak cakap apa. Iyerlah, dilamar di depan ribuan penonton secara ‘live’. Pasti jantung berdegup lebih pantas daripada biasa.

Fad Bochey Kini Sudah Ada Kekasih Hati! Cantik Pula Tu Orangnya


BAGI pengemar rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2014, pastinya cukup mengenali kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad.

Ogy Ahmad Daud Sentap Dikata Over Oleh Netizen

JIKA anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya anda mengetahui minggu lepas merupakan minggu di mana setiap peserta perlu menampilkan seorang artis undangan bagi memantapkan lagi persembahan komedi mereka.

"Saya Tiada Niat Pun Nak Menggatal," Ifa Raziah


KAMI yakin ramai di kalangan pembaca telah menonton program Gegar Vaganza peringkat akhir, minggu lalu.
Selain adegan lamaran Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha, adegan Ifa Raziah dipeluk pelakon Hisyam Hamid turut mencetuskan kontroversi.
Aksi peluk ketika persembahan lagu ‘Matahari’ itu kemudiannya ditegur oleh juri, Datuk Rosyam Nor kerana menganggap ia tidak sesuai untuk ditonton oleh masyarakat.
Menerusi mStar Online, Ifa mengakui yang dia menerima dengan hati terbuka komen Rosyam, namun berasa sedih kerana pelakon dan penerbit itu sepatutnya faham yang adegan itu hanya lakonan.
“Tidak terlintas di hati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang di kalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
“Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini,” katanya.
Menurutnya lagi, persembahan itu mengambil inspirasi filem Frozen dengan memperlihatkan dia diselamatkan oleh putera impiannya.

Lelaki Berkemungkinan Mati Pucuk Jika Isteri Berjawatan Tinggi?

Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian. 

Gambar hiasan


Tuesday 6 January 2015

(VIDEO)SERAMM: Misteri Kematian Elisa Lam Yang Masih Belum Diselesaikan

Mayat Elisa Lam ditemui di dalam salah satu tangki air di atas bumbung bangunan Hotel Cecil, Los Angeles.

SEHINGGA hari ini, misteri kematian pelajar Universiti Vancouver, Elisa Lam pada Januari 2013 di Hotel Cecil, Los Angeles di Amerika Syarikat masih belum terungkai.
Mayatnya ditemui dalam satu daripada empat tangki tertutup di atas bumbung bangunan hotel itu, dua minggu selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya.

Perkampungan Di Belanda Ini Tiada Jalan Raya Tetapi Hanya Ada Sungai-Sungai Kecil!

Sebuah perkampungan yang unik yang ada di Belanda ini. Tidak seperti kampung-kampung yang pernah kita kenal yang umumnya padat dengan jalan raya,perkampungan kecil bernama Giethoorn ini tidak mempunyai jalan raya. Hampir seluruh kawasannya dikelilingi oleh sungai-sungai kecil.

Wanita Ini Akhirnya Membuka Topengnya Setelah 2 Tahun Setengah


Keberanian yang luar biasa membuatkan hidupnya kembali bersinar bagi Dana Vulin, setelah beliau membuka topeng yang selama ini yang beliau sembunyikan wajahnya untuk dua tahun setengah yang lalu bagi mendedahkan transformasi ajaib beliau.

Emma Maembong Minta Putus Hubungan Dari Zizan Razak?


Tidak lama dahulu, desas-desus keretakan hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak telah pun diterbangkan oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Namun ia telah dinafikan oleh pasangan merpati sejoli ini. Kedua-duanya turut berkongsi gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing dan meminta para peminat agar tidak mempercayai desas-desus tersebut. Kali ini, sekali lagi, status hubungan mereka menjadi tanda tanya. Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan bahawa Emma Maembong telah meminta kepada Zizan Razak untuk diputuskan hubungan mereka.

(VIDEO) Kejutan Hairul Azreen Melamar Hanis Zalika Jadi Bahan Kritikan Di Laman Sosial



KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Hairul Azreen untuk memperlihatkan kepada ‘dunia’ cintanya terhadap Hanis Zalikha dengan melamarnya dalam sebuah rancangan siaran langsung mengundang padah apabila mereka dikutuk oleh peminat.

Awas Kes Kecurian Beg Tangan Di Surau Mid Valley!!


BUKAN sekali dua kali kita dengar tentang kes kecurian yang berlaku di rumah ibadah seperti di surau dan masjid.

Tempat suci seumpama ini pun, ada yang tergamak menjadikannya port untuk melakukan perbuatan terkutuk lagi hina.

Pasangan Penagih Bengong Terperangkap 2 Hari Dalam Almari Yang Tidak Berkunci

AMBER (kanan) dan Arwood sejurus selepas ditahan polis.

Daytona: Dua penagih dadah menghabiskan masa dua hari terperangkap dalam almari yang mereka percaya dikunci sehingga polis membebaskan mereka dan mendapati almari itu sebenarnya tidak pernah berkunci.

Amber Campbell, 25, dan John Arwood, 31, memecah masuk ke Pusat Marin dan Sains Alam Sekitar di Daytona, Florida dan memasuki almari itu untuk menghisap dadah.

Selepas khayal, pasangan itu dipercayai terlupa cara untuk keluar dari almari itu dan terperangkap selama dua hari sebelum mereka akhirnya menelefon polis, kelmarin.

Polis yang pergi ke bangunan itu menemui almari tempat pasangan itu bersembunyi kerana bau najis yang amat busuk.

Almari itu penuh najis dan air kencing pasangan berkenaan. Polis juga menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalamnya.

Dalam keterangannya kepada polis pasangan itu berkata, mereka dikejar orang yang tidak dikenali selepas menceroboh pusat berkenaan menyebabkan mereka menyorok di dalam almari itu. -Harian Metro

Monday 5 January 2015

Penjara Di Colombia Ini Mengadakan Pertandingan Ratu Cantik

Negara Amerika Latin terkenal dengan obsesi mereka terhadap pertandingan ratu cantik. Setiap tahun apabila pertandingan ratu cantik disiarkan di kaca TV, jumlah penonton paling tinggi  boleh di lihat di negara-negara seperti Brazil, Vanezuela dan Colombia. 

Selena Gomez Dikecam Peminat Beraksi Dalam Masjid



Penyanyi terkenal, Selena Gomez, terpaksa memadam sekeping gambar di akaun instagram miliknya selepas dikecam hebat oleh peminat kerana aksinya di dalam Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi yang dikatakan biadap.

Kisah Pengemis Yang Hidup Mewah Dan Bergaya


Ada ramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah. 

QZ8501: Kecoh Satu Jenazah Terjatuh Semasa Dipindah Ke Hospital


JAKARTA: Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital.

Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu  dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini.

Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya.

Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli.

Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.

“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut.

Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti.

Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan.-Sinar Harian

"Henti Menyalak Kata Saya Tidak Layak Jadi Hos Melodi,"- Azwan Ali


Biarpun Zulin Aziz dan Sherry Alhadad telah pun membuat kenyataan bahawa khidmat mereka sebagai hos Melodi berakhir disebabkan isu tamat kontrak, namun masih ada tuduhan-tuduhan liar yang menyalahkan Azwan Ali berikutan ketiadaan mereka di dalam program hiburan gosip dan infotainment tersebut.

Teman Lelaki Wanita Ini Memutuskan Hubungan Kerana Terkejut Lihat Wajah Sebenar Wanita Ini!



Setelah tiga bulan berkenalan dengan seorang wanita yang disangkakannya cantik, seorang lelaki telah memutuskan hubungan tersebut kerana tertipu dengan wajah sebenar teman wanitanya itu.

Kanak-Kanak Perempuan Terselamat Dari Kapal Terbang Terhempas Redah Hutan Sendirian

Tak dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah batu merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas pesawat ringan yang dpandu bapanya terhempas, Jumaat lalu.
Dalam nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler, 49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.
Dalam keadaan berlumuran darah dan beberapa tulangnya retak, Sailor berjaya keluar dari bangkai pesawat itu dan terus berjalan sebelum menemui rumah seorang warga emas, Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.
Larry ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu dan segera menghubungi talian kecemasan 911.
“Saya sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang sangat berani,” ujarnya.
Gambar yang diambil beberapa hari sebelum nahas pesawat ringan yang dipandu bapanya.
Gambar yang diambil beberapa hari sebelum pesawat ringan yang dipandu bapanya terhempas.
sailor
Saat-saat bahagia keluarga Gutzler sebelum tiga daripada mereka terbunuh dalam nahas pesawat, Jumaat lalu.
Sementara itu, pegawai polis, Sarjan Dean Patterson memberitahu pesawat itu dalam penerbangan ke Illinois dari Florida sebelum terhempas di kawasan hutan berdekatan tasik.
Pesawat itu ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana masalah enjin.
Sailor yang sudah dibenarkan keluar hospital kini dijaga oleh datuk dan neneknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog