Saturday, 1 November 2014

VIDEO: Maradona Pukul Bekas Tunang Tersebar



Sebuah video memaparkan legenda bola sepak Diego Maradona memukul bekas tunangnya kini bertebaran di laman maya.

Menurut akhbar Sepanyol, El Mundo video ini dirakamkan sendiri Rocio Olivia secara rahsia menggunakan telefon bimbitnya.

VIDEO: Wanita Pukul Kanak-kanak Guna Payung Di MRT Singapura



Singapura - Seorang wanita telah dirakam memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan payung di dalam keretapi MRT pada hari Rabu.

Memetik laporan Stomp.com.sg, kejadian itu berlaku dalam pukul 5.30 petang ketika keretapi tersebut menuju ke arah stesen Tanah Merah.


AMEKAWW! Mintak Sangat Bulu Ketiak, Dato' Aliff 'Terlajak Laris' Bagi Segulung Bulu Ketiak!



Dato’ Aliff Syukri seorang usahawan yang popular dengan tag line nye Terlajak Laris!!. Rasanya semua kenal dengan Dato Aliff dimana popularitinya sudah seperti artis-artis dan tagline 'Terlajak Laris' nya itu menjadi ikutan ramai.


Namun jika sesiapa yang menjadi follower Instagram Dato Aliff Syukri pastinya terkejut apabila melihat gambar beliau yang mempamerkan bulu ketiaknya semalam. Namun ada cerita disebalik gambar tersebut.

Ikan Seperti Belut Tersekat Dalam Dubur Lelaki Brazil


Londrina (Brazil): Selain menanggung derita menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ikan paru-paru (sejenis ikan seperti belut) yang tersekat dalam duburnya, seorang lelaki Brazil juga terpaksa menanggung malu apabila jururawat dan kakitangan bilik bedah mentertawakannya ketika pembedahan dijalankan.

Bagaimana ikan berkenaan boleh memasuki dubur lelaki yang tidak dikenali itu, tidak diketahui.

Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkannya dirakam oleh kakitangan hospital.
Sebaik berada di dalam, ikan berkenaan enggan keluar, menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan di Hospital Universitario di Londrina, menurut LiveLeak.com, semalam.

Friday, 31 October 2014

Kisah Benar Keadaan Jenazah Penuntut UMT


KISAH BENAR Keadaan Jenazah Penuntut UMT | Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Maha benarlah firman Allah,

Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah. 

[Ali –Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,

Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya" (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

Surat Terbuka Dari Seorang Ayah Kepada Anwar Ibrahim

Semangat kebangkitan politik yang bermula di institusi pengajian tinggi adalah perkara biasa di dunia, termasuk di negara ini.

Maklumlah, saat ini para mahasiswa sedang melalui usia darah panas justeru ramai yang berkobar-kobar mahu mengubah apa sahaja perkara yang dirasakan tidak kena buat mereka.


Namun, jika semangat ini dicurahkan pada perjuangan yang salah atau menggunakan jalan yang salah, hingga akhirnya ditahan atau pengajian tergadai maka malanglah nasib mahasiswa tersebut kerana tanggung jawab wahid mereka sepatutnya adalah menuntut ilmu dahulu.

Begitu pun semalang-malang nasib mahasiswa terbabit, lebih pedih lagi hati ibu bapa yang mengasuh dan membesarkan mereka selama ini dengan harapan si anak akhirnya berjaya mengubah nasib diri dan keluarga.

Bagi kami, inilah kepedihan yang dapat dirasa saat membaca surat di bawah.

Surat didakwa ditulis seorang ayah bekerja sebagai petani yang kini viral di laman maya ini, ditujukan kepada Pemimpin pembangkang yang sedang menghitung nasib di Istana Keadilan, Anwar Ibrahim.

Dalam surat ini si bapa melahirkan perasaan terkilannya kerana perjuangan peribadi Anwar telah mengheret anaknya yang dipanggil Osman dalam insiden rempuh pagar di Universiti Malaya tempoh hari.

Tindakan anaknya menggusarkan bapa ini kerana matlamat utama dia menghantar Osman ke sana adalah menuntut ilmu untuk mengubah nasib keluarga yang miskin seterusnya membantu adik-adiknya yang masih bersekolah.

Berikut kandungan surat tersebut:

Daripada Hj Yusof
Kg Parit 1

Tarikh 28 Okt 2014

Kepada : Khas untuk Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya sebagai ayah kepada Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM amat kesal di atas situasi di UM malam semalam. Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribadi saudara dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya, agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani. Osman adalah anak sulung dari lapan beradik yang turut bersekolah rendah dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.

Sdra Anwar, apakah sdra menyelami betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin. Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik sdra tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan. Sdra pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.

Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan sdra sampai bila-bila.

Itulah isi kandungan tulisan tangan surat tersebut yang katanya ditujukan kepada ketua pembangkang negara yang baru-baru ini mengadakan ceramah  di UM.  Anwar Ibrahim bersama-sama kuncu-kuncu dan para penyokong tegarnya telah merempuh pagar  UM yang telah dikunci demi memenuhi hasratnya untuk berucap di Dataran Tunku Canselor UM. 

Dari segi lain, kami pasti Osman dan mana-mana penuntut IPT apatah lagi Universiti Malaya adalah mereka yang terpilih kerana mempunyai fikiran cerdas.

Justeru, seharusnya Osman dan mahasiswa lain yang mempunyai semangat sepertinya berfikir dalam-dalam sebelum menyertai sesuatu perjuangan yang boleh menggadai masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang.

Bukanlah bermakna semua perjuangan itu salah tetapi caranya jangan sampai silap.

Berfikirlah, sebelum anda memperjuangkan hak orang lain, adakah hak insan paling layak anda perjuangkan seperti ibu bapa sudah dilunaskan terlebih dahulu? 

Sumber mynewshub.cc

Wanita Vampire Yang Wujud Di Dunia Sebenar!


Wanita pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada Julia Caples, 45, yang gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua liter sebulan.

Julia yang mula ketagih darah sejak remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30 tahun lalu.

Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem Twillight.

Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah manusia.

Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.

“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’katanya.

Ketika itu Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.

Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.

“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada anak-anak,’’ katanya.

Julia yang menulis blog mengenai pontianak menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau HIV.

“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yang kita belum ketahui.

“Saya rasa lebih cantik setiap kali minum darah dan tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan yang serius,’’ katanya yang pernah minum hingga setengah gelen darah sebulan.







sumber:ejeninfo.blogspot.com

Tauke Jambu Dah Tak Jumpa Anak-anak Lebih 10 Tahun


Tauke Jambu sebenarnya dah berkahwin? Perhh serius tak tahu. Dan bukan sekali je, Tauke sebenarnya dah berkahwin sebanyak 3 kali. Tapi semuanya tak berhasil. Tapi bukan nak cerita pasal perkahwinannya, Rupa-rupanya Tauke Jambu dah tak jumpa 3 orang anaknya hasil perkahwinan pertama selama 10 tahun. Mesti Tauke rindu serindu-rindunya mahu melihat wajah, keletah dan aksi anak-anaknya. Agak menyedihkan kerana Tauke memaklumkan yang dia memang terputus hubungan dan tidak tahu cara untuk ‘contact’ anak-anaknya itu.

Untuk pengetahuan semua, Tauke Jambu sudah pun berkahwin sebanyak 3 kali. Bercerita mengenai anak-anak hasil perkahwinan pertamanya itu, Tauke berkata:-
Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.
Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.
Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti
tauke jambu
sumber:beautifunara.com

Perkampungan Unik Di Jepun, Dipenuhi Dengan Patung Manusia Kerana Kekurangan Penduduk!

Kampung Nagoro (Nagoro Village) terletak di Shikoku Island, Japan. Perkampungan kecil ini dahulu pernah dihuni oleh ratusan penduduk. Kini kurang dari 50 orang yang tinggal kerana ada yang berhijrah ke bandar besar seperti Osaka dan Tokyo, serta ada yang sudah mati. Salah seorang penduduk yang pernah tinggalkan Kampung Nagoro ialah Ayano Tsukimi, 64 tahun. Wanita ini pergi cari kerja di Osaka, dan 11 tahun lepas dia kembali ke kampung halaman. Namun keadaan disekeliling tersangatlah sunyi dan kosong. Hanya dipenuhi oleh pokok-pokok.

Jadi untuk ubah situasi ini, dia mendapat ilham untuk buat sesuatu yang dapat memenuhi setiap ruang di kampung tersebut. Dengan menggunakan kain buruk dan pakaian lama, dia hasilkan patung bersaiz manusia sebenar! Mula2 Ayano Tsukimi hanya buat satu patung yang berbentuk seperti bapanya. Kemudian ilham semakin bertambah, yakni dia menghasilkan patung berdasarkan imej keluarga dan penduduk yang pernah tinggal di situ. Ada kanak2 dan juga dewasa. 

Patung2 ini dijahit sendiri dan dipakaikan lengkap pakaian, kemudian diletak di seluruh kampung. Contohnya di sekolah terbiar, Ayano buat patung murid dan guru. Kini dianggarkan terdapat 350 patung ada dalam kampung! Patung2 ini tahan sehingga 3 tahun, jadi sebagai langkah untuk menggantikannya, dia tidak berhenti buat yang baru setiap masa.











10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak Sehingga Menjadi Pelupa


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog