Thursday 30 October 2014

Lelaki Cekik Wanita Kerana 'Tak Sama Macam Dalam Internet'

Laurel County (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang mengunjungi wanita dikenalinya menerusi laman sosial, semalam dituduh menyerang wanita terbabit selepas mendapati dia ‘tidak serupa seperti di dalam Internet.’

Menurut Jabatan Syerif Laurel County di Kenctucky, Cornelius Jefferson, 33, dari Monroe, Georgia ditangkap selepas pegawai menerima laporan mengenai kejadian itu.

Jefferson didakwa mencekik wanita berkenaan, melimpah makanan pada muka mangsa sebelum meninggalkannya.

Syerif menahan Jefferson tidak jauh dari tempat kejadian dan akan mendakwanya.

Menurut polis, pasangan itu bertengkar sebaik bertemu buat kali pertama kerana lelaki itu merasakan ditipu selepas mendapai mangsa tidak seperti yang dikenalinya dalam Internet.

Jurucakap syerif Gilbert Acciardo Jr berkata, Jeffereson bagaimanapun tidak menyebut ciri perbezaan wanita ditemuinya dengan yang dikenalinya dalam laman sosial. -MetroOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog