Thursday 30 October 2014

Bait-bait Kata Dari Johan Kepada Zizan Yang Mengharukan

Tidak seperti program realiti televisyen yang lain, nampaknya program Maharaja Lawak Mega (MLM) masih lagi relevan di hati penonton.

Apabila membaca komen-komen para peminat, nampaknya ramai masih mendambakan team Jozan. Katanya chemistry Johan dan Zizan (Jozan) memang terbaik! Sampai ada peminat yang sebak apabila Jozan tidak beraksi di MLM 2014.

Dia yg slalu buat sya marah.. dia berjaya buat sya menangis.. dia pandai buat sya senyum.. dia je lelaki yg selalu suka cium sya (gatal!!!) Dia sentiasa dlm hati sya.. dia la sahabat sya… ya!! @zizanrazak869 aku syg ko!! Walaupon ko mcm2!!! #sahabatselamanya #jozantetapjozan – Johan

Seperti yang umum sedia maklum, Zizan akan menyertai Jambu yang membentuk kumpulan baru iaitu Virus. Sementara itu, Johan pula tidak menyertai MLM 2014 kerana dikatakan mahu berehat seketika.

Mungkin akan ada pihak yang mengatakan bahawa Jozan tidak perlu masuk semula di MLM kerana pernah menjuarai program itu pada tahun 2012.

Namun, rasanya alasan itu tidak relevan kerana kumpulan Sepahtu, dengan penambahan ahli baru iaitu Rahim di MLM 2013 turut membawa pulang gelaran juara. Malah, ahli original Sepahtu juga dikatakan bakal beraksi di MLM 2014.

Bagaimanapun, nampaknya keputusan Jozan sudah tidak dapat diubah lagi. Mungkin peminat hanya dapat menyaksikan lawak overdose Jozan di MLM 2015. Siapa tahu masa tu mereka mahu tambah ahli baru untuk menghangatkan lagi aksi Jozan?



Sumber www.ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog