Saturday, 19 July 2014

Tiz Zaqyah dan Azhar Sulaiman persoal sebab MH17 ditembak

Tiz Zaqyah & Azhar Sulaiman Persoal Sebab Pesawat #MH17 Ditembak
Belum habis lagi Malaysia meratapi kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, malam tadi kita dikejutkan dengan berita satu lagi pesawat Malaysia Airliness MH17 terhempas di Ukraine.
Pesawat yang dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu dipercayaiditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.
Dek kerana insiden ini, ramai selebriti terkenal tanah air melahirkan ucapan takziah. Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa pesawat komersial dari Malaysia itu ditembak.
Tiz Zaqyah & Azhar Sulaiman Persoal Sebab Pesawat #MH17 Ditembak
Tiz Zaqyah & Azhar Sulaiman Persoal Sebab Pesawat #MH17 Ditembak
Melalui laman sosial Twitter, pelakon siri ‘Kusinero Cinta’ iaitu Tiz Zaqyah telah memuat naik status seolah-olah mempersoalkan bagaimana pesawat komersial boleh disalahtafsir sebagai jet pejuang.
Malah, Tiz juga telah berkongsi sekeping foto yang jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan alasan Rusia yang meminta pesawat MH17 untuk tidak terbang di ruang udara mereka.
Dalam pada itu, Azhar Sulaiman turut dilihat berkongsi idea mengenai perkara yang terselindung disebalik insiden yang terjadi ini.
Tiz Zaqyah & Azhar Sulaiman Persoal Sebab Pesawat #MH17 Ditembak
Namun, apa sebenarnya yang terjadi masih belum dapat dipastikan. Untuk pengetahuan, pesawat MH17 membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.
Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keluarga penumpang dan kru yang terbabit dalam insiden ini. Salam takziah dari kami.

sumber Ohbulan

Juruhebah popular dirompak dan dibunuh

Foto
Chongqing: Seorang juruhebah glamor sebuah rancangan televisyen ditikam dan dicampak dari jambatan selepas dua pencuri berang kerana dia hanya mempunyai kira-kira RM2.50 di dalam beg duitnya.
Pencuri berkenaan begitu yakin mangsa yang terkenal itu mempunyai wang yang banyak selepas mengecamnya sebagai hos program televisyen.
Chen Xia, 26, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Yongchuan di bandar Chongqing di barat daya China apabila dia dihalang dua lelaki bersenjatakan pisau.

Mereka mendesaknya supaya menyerahkan semua wangnya di dalam beg duitnya.

Apabila menyedari dia hanya membawa sejumlah kecil wang yang bersamaan RM2.50, kedua-dua pencuri terbabit berang dan menikamnya berulang kali.

Mereka kemudian mencampaknya dari jambatan dalam usaha membunuh wanita itu.

Jeritan Chen ketika ditikam oleh Chi Peng, 27, dan Lee Shih, 24, menarik perhatian orang ramai yang menelefon polis.

Polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa di dalam sungai.

Jurucakap polis, Bao Lai berkata, Chen masih hidup ketika mereka menariknya keluar dari sungai tetapi disahkan mati oleh pasukan perubatan tidak lama kemudian.

Polis juga berjaya menangkap kedua-dua penyerang tidak jauh dari tempat kejadian. Mereka mengaku merompak wanita itu.

Chen ialah hos program popular, ‘Home in the Countryside' yang disiarkan menerusi televisyen setiap minggu.

Rakaman perbualan yang dipintas dedah perbualan permisah pro-Russia

Foto
Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.
Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukraine Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.
Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.

Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap. 

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam). 

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini. 
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.
sumber METRO

Mayat ditemui pemancing


BALING - Misteri bau busuk yang dihidu seorang pemancing di bawah jambatan di Kampung Luar, Mukim Siong di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, mayat yang sudah reput itu dijumpai bersama seguni pucuk paku pada pukul 4.30 petang dan mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Tarmizi Desa, 31.
"Kita percaya mangsa telah mati lebih daripada seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal beberapa kerat tulang tangan serta kaki selain perutnya terburai dipercayai dimakan biawak," katanya di sini semalam.
sumber KOSMO

'Jemput' jenazah

Foto

Kapar: Belum pun reda kesedihan berikutan pemergian datuk mereka pada 1 Ramadan lalu, tiga beradik kini berdepan ujian lebih getir ketika umat Islam bersiap menyambut lebaran apabila ibu dan bapa tersayang maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Bapa mereka Mohamad Ujang Jantan, 42, dan ibu Jamilah Iswan, 36, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung Perodua Viva di Jalan Bukit Cerakah, dekat Puncak Alam, di sini, semalam. 
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing di Bukit Jelutong dan Padang Jawa, Shah Alam. 

Anak sulung pasangan itu, Erin Natasha, 14, berkata, dia mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa ibu dan bapanya jam 10 pagi apabila ibu saudaranya tiba-tiba datang menjemputnya di Sekolah Menengah Jeram.

“Kami baru kehilangan datuk pada 1 Ramadan lalu dan kini kami sekeluarga menempuh hidup dan menyambut Aidilfitri dalam kesedihan apabila kehilangan ibu bapa pula,” katanya.

sumber metro

Friday, 18 July 2014

Rakyat Malaysia tidak puas hati Kiki jadi selebriti

Baru-baru ini stesen radio ERA Fm telah menjemput Kiki a.k.a pembuli jalanan ke konti mereka dan menemu bual wanita itu. Kiki telah memohon maaf kepada pakcik yang dimarahnya semasa kejadian keretanya dilanggar pakcik itu. Tak tahu kenapa stesen radio tersebut jemput Kiki dan bukannya Pakcik Lim. 
Sepatutnya yang dijemput Pak Cik Lim, bukan Kiki. Kiki ada buat apa-papa kebaikan ke? Yang kita semua tahu dialah yang bertindak memarahi warga tua tersebut. Walaupun niatnya hadir ke ERA FM untuk meminta maaf, tapi dah nampak tak ikhlas sebab memohon maaf dari radio. Kenapa tak nak minta maaf depan-depan pak cik tu. Ni yang geram ni..
pak nil dan era
Kalau lepas ini tiba-tiba si Kiki nie ada orang nak ambil jadi artis/pelakon/iklan, memang tak tahulah nak cakap apa. Diharap dengan publisiti yang diberikan ini juga tidak menyebabkan orang ramai berbuat jahat dan merakamkan video mereka dengan harapan untuk muncul di TV dan radio. Parah kalau ramai yang buat macam itu.
pak nil dan era
pak nil dan era
Di atas ialah beberapa komen di Facebook Era FM yang jelas kecewa dengan tindakan stesen radio itu menjemput Kiki ke konti. Memang tak masuk akal sungguh perbuatan tersebut. Turut menerima tempias ialah PakNil yang telah menemurah Kiki untuk program H!Live. Ramai peminat yang melahirkan rasa kecewa kerana Paknil sanggup membawa si pembuli jalanan itu ke dalam kaca tv.
pak nil dan erapak nil dan erapak nil dan era
Tapi apa-apa pun, dia dah minta maaf kan. Tak baik benci orang lama-lama. Bukan semua orang sempurna. Pak Cik tu sendiri pun dah maafkan Kiki. Kita pun kenalah buat benda yang sama, kan?

Kawan baik dakwa Rozana menipu,

Tidak tahu siapa sebenarnya “MyGothSoul” namun bukti-bukti dan penerangan yang diberikan menerusi akaun Instagramnya mendakwa yang Rozana Misbun telah menipu kecederaan yang dialami untuk menyembunyikan perkara sebenar. “MyGothSoul” ini dikatakan kawan baik kepada Awie dan Rozana. Tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, “MyGothSoul” tampil untuk membersihkan nama baik Awie.
Di dalam artikel di Murai, kakak kepada Rozana iaitu Haliza Misbun memaklumkan yang adiknya berada dalam keadaan sakit teramat sangat dan tidak ingat bagaimana gambar kecederaan itu boleh diambil. “MyGothSoul” tampil menjelaskan satu demi satu perkara itu.
rozana
VERSION 1: Saya rasa lama dah diam. Sebelum saya comment mohon semua faham bahawa apa yang Awie buat Tak betul Dan apa yang Rozana Buat LEBIH tak betul. Biar tuan punya badan nanti cerita di mahkhamah .
Dan saya nAk Tolong #halizamisbun mencari jawapan yang dia cari.
Perenggan pertama:
Tak tahu mana Datang gambar tu? Pasti Dari keluarga misbun sebab yang Ada collection iTu ialah #rozanamisbun especially gambar Dari semua sisi ni. Menurut Rozana dia tak pernah bagi Kat sesiapa pun sebab takut tersebar. Gambar masa hari pertama masuk hospital tak pulak dia tunjuk. Agaknya masa tu lighthing tak bagus kut jadi lebam tak nampak dramatic sangat.
Perenggan kedua:
Keberanian tu halizamisbun memang Ada. Semua org tahu halizamisbun berani. Rozana dalam kesakitan masa ambik gambar tu? Tak delah sakit mana kut Kalau dia boleh suruh maid Tolong ambik gambar tu . Apa pun gambar tu koleksi peribadi. Kalau tersebar mesti lah Dari Rozana. Tak payah lah nAk innocent sangat. Drama keluarga misbun ni Dan banyak kami Lihat maklumlah keluarga pelakon. Dalam kesakitan yang teramat sangat tapi boleh chat panjang lebar semua. Lepas tu esok boleh keluar Pergi bangsar, putrajaya semua. Wah mesti kuat kan Rozana ni. Sampai boleh Pergi Jalan lepas kena pukul.
Perenggan Ketiga:
Bak kata saya tadi, gambar tu ambik Pakai phone dia. Dalam phone dia. Dia yang tunjuk kan. Takkan lah tak ingat. Tapi saya pun Ada satu je gambar tu. Bukan Dari semua sisi . Hanya sisi depan. Di hantar melalui bbm. Cuba Tanya Kalau dia ingat. Dan Cuba Tanya Kat Siapa lagi Rozana ni mengadu domba Dan Kirim gambar gambar ni. Mungkin Dari situ dia boleh ingat.
Takkan amnesia kot. Cuba Tanya Tanya Kat Rozana brand brand handbag, atau kasut atau fesyen, ingat lagi tak? Kalau masih boleh ingat ok lagi lah tu
Satu statement Rozana buat didepan kami ialah “me ni dah terlalu banyak menipu sampai lupa apa yang me tipu”
I come from background of spouse abuse. Trust me in her case is not spouse abuse at all. Example, you caught your wife finish all your kids education fund over gambling or drug. What would you do?
“MyGothSoul” juga turut memuatkan beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit.
rozana
Malah “MyGothSoul” juga turut mempersoalkan komen salah satu anak Awie di Instagram bernama “Aleeya” yang menunjukkan sebenarnya hubungan antara Rozana dan anak-anak adalah tidak baik. “MyGothSoul” mendakwa air mata yang mengalir pada Rozana dalam video temuramah ini adalah palsu semata-mata.
rozanaAda beberapa lagi bahan bukti dan penjelasan yang ditampilkan oleh “MyGothSoul” untuk membela Awie dan menunjukkan yang Rozana telah menipu. Tapi, kita nak baca boleh percaya jangan. Biarlah kes ini diselesaikan di mahkamah. Sama-samalah kita tunggu perbicaraan. 

Pemilik kereta DAF1584 dituduh seret kucing beri penjelasan


Pemilik kereta Kancil DAF 1584 bernama Ahmad Dasuki dari Pasir Puteh ini tampil untuk membersihkan namanya. Dia memberitahu lelaki yang dilihat sedang memandu dan memegang kucing itu adalah seorang pomen dan kereta Kancil merah itu adalah miliknya.




Ahmad Dasuki mendakwa Kucing yang kelihatan diseret dalam gambar tersebut adalah sebenarnya bangkai seekor kucing yang telah membusuk hingga terpaksa dipegang menggunakan plastik. Dengan keadaan kepala yang sudah pecah dan baru yang sangat menusuk dihidung.


Ambo rasa kes panas baran perempuan cdm25 tu panass dahh..tp gak kes daf1584 lagi panah malam ni..letihh nk menjawab..kpd hok tau tu mitak tulo back up dehh..tq..parok2..nyaknyo pomen ambo kena fitnah kaw2.dia jo tulong amik kucing mapuh tu...ambo owner keta..", Jelas Ahmad Dasuki

Kadang kadang apa yang dilihat bukanlah seperti apa yang terjadi sebenarnya. Sama seperti kes ini. Sebenarnya sungguh murni hati mereka ini yang membantu mengalihkan bangkai kucing yang telah membusuk ke tepi jalan dari terus dilanggar oleh kenderaan lain. Oleh kerana bangkai sudah tentulah berbau busuk, tak ada sesiapa ingin membawa bangkai masuk ke dalam kereta. Tak semua orang punya hati murni nak alihkan bangkai haiwan ke tepi jalan.


Selepas ni diharapkan usahlah kita mudah membuat kesimpulan hanya dari sekeping gambar sebelum mendengar penjelasan dari empunya diri.

sumber OHMEDIA

Gambar-gambar terkini pesawat MH17



GAMBAR-GAMBAR TERKINI NAHAS MH17 | Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak.

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17. Cuba anda bayangkan apakah nasib penumpang di dalam pesawat ini.


































Pesawat malaysia MAS boeing 777, MH17 terhempas di Ukraine

Sebuah pesawat penumpang Malaysia dengan 295 orang penumpang di atas kapal telah terhempas selepas ditembak ke bawah timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, menurut penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine.

Pesawat terbang komersial Boeing sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, sumber itu memberitahu agensi berita Interfax.

Pesawat yang terlibat ialah Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada 12:14 waktu tempatan, 15 minit lewat daripada yang dijadualkan, mengikut rekod penerbangan.

Ia dijangka tiba di Malaysia pada 06:10 waktu tempatan, tetapi memasuki ruang udara Rusia, sumber penerbangan Rusia kepada Reuters.

Laporan Interfax berkata, pesawat itu telah turun 50 km (20 batu) pendek memasuki ruang udara Rusia. Selepas itu ia mula jatuh, selepas itu didapati terbakar di atas tanah di wilayah Ukraine," kata sumber yang tidak dinamakan.

Pesawat itu kelihatan lalu di kawasan ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine sedang berperang dengan puak pemisah pro-Rusia.

Satu sumber berasingan yang tidak dinamakan dalam sistem keselamatan Ukraine, yang dipetik oleh Interfax, pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter dimana selepas itu ia turun berhampiran bandar Shakhtyorsk.

Jurucakap Malaysia Airlines mengesahkan "insiden" yang melibatkan salah satu penerbangannya dan dijangka untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, Sky News melaporkan.......

Thursday, 17 July 2014

Remaja meninggal semasa membaca Al-Quran

Alor Setar: “Pagi tadi (semalam) arwah sempat kejutkan saya bersahur dan memang saya hairan kerana arwah tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.”
Demikian kata Ku Muhammad Luqman Ku Md Akhir, 22, abang kepada Ku Muhammad Iqbal, 14, yang dipercayai meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran di surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.35 pagi, arwah bersama pelajar lelaki dan perempuan serta guru sekolah berkenaan bertadarus al-Quran antara aktiviti setiap hari sejak awal Ramadan sebelum memasuki kelas sesi pagi.
Difahamkan, mangsa dikatakan tiba-tiba rebah ketika bertadarus al-Quran menyebabkan pelajar lain serta guru sekolah itu terkejut dengan kejadian berkenaan.
Ku Muhammad Luqman berkata, sebelum ini arwah tinggal di asrama sekolah berkenaan sejak di tingkatan satu. Bagaimanapun, kini dia berulang-alik dari rumah disebabkan kakaknya yang belajar di tingkatan enam tidak tinggal di asrama sejak Mei lalu.

Untungnya remaja ini. Meninggal dunia di bulan Ramadhan yang mulia semasa sedang membaca Al-Quran. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Wednesday, 16 July 2014

OH TIDAK! : Harga lesen memandu dah naik melambung!

Ramai yang dah sedia maklum tentang harga lesen memandu untuk kereta (kelas D) dan lessen motor (B2) telahpun dinaikkan bermula 14 Julai. Kenaikan harga lesen ini berikutan perlaksanaan Kurikulum Pendidika Pemandu (KPP) yang telah dinaiktarafkan oleh JPJ mulai tarikh tersebut.


Pembaharuan dan naiktaraf berikut merangkumi 3 elemen iaitu kelas KPP, buku teks KPK sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. 





Memang habislah sesiapa yang rancang nak buat lesen kereta.. Agak mahal yuran bayarannya. Anak-anak Datuk mampulah kot nak bayar. Orang-orang biasa macam mana nak bayar. Makin ramailah agaknya yang bawak kereta tiada lesen. Haihh

Enot dimaki doktor kerana tidak mahu mengikuti kemoterapi dan radioterapi

Sakit hati pula bila baca luahan hati Enot di mStar Online hari ini. Mana taknya, orang tu dahlah memang sakit, ditambah pula dengan makian oleh doktor yang biadab macam tu. Siapa tak marah kan?
Enot yang menghidapi penyakit kanser usus itu enggan membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana kegagalan kaedah rawatan tersebut untuk menyembuhkan ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.
Lebih menyayat hati, Enot kini yang sudah redha untuk ‘pergi’ mahu bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan anak-anaknya.
 kata Enot:
“Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.
Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu.”
Menyimpan hasrat mahu menunaikan Umrah bersama anak-anak jika berkesempatan, Enot kini hanya melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog