Saturday, 21 December 2013

Mangsa laki tua lahirkan kembar 3

                                                
Santo Domingo: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Republik Dominica melahirkan bayi kembar tiga hasil hubungan dengan seorang lelaki berusia 61 tahun.
Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit kini melarikan diri selepas diburu kerana dituduh memperkosa remaja bawah umur.

Jika disabitkan bersalah, lelaki itu mungkin berdepan hukuman penjara 20 hingga 30 tahun, selain turut didenda AS$2,000 - $10,000 (RM6,577 - RM32,880).
Namun, ibu muda itu dikatakan gembira dengan kelahiran tiga bayi lelakinya yang dinamakannya Samuel, Joshua dan Jovanny. Ketiga-tiga bayi terbabit kini dirawat di unit rawatan rapi kerana dilahirkan pramatang.

Republik Dominica ialah antara negara di unia yang mencatat kehamilan tertinggi di kalangan remaja. Hampir 15 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun sudah bergelar ibu di negara itu. Malah, setiap tahun beratus-ratus bayi dilahirkan oleh remaja berusia bawah 15 tahun. - Agensi

Kerat mayat ibu 5 bahagian

                                            
Cianjur: Kejam dan sadis. Seorang lelaki berusia 40 tahun, Pupun, membunuh sebelum mengerat mayat ibunya kepada lima bahagian.
Dalam keterangannya kepada polis, Pupun mengaku bertindak kejam terhadap ibu kandungnya selepas ‘bermimpi memotong ibunya.’ “Kerana mimpi itu maka saya lakukannya,” kata ketua polis Jawa Barat Brigadier Jeneral Rycko Amelza Dahniel, memetik kata-kata lelaki berkenanan.
Pupun mengerat mayat ibunya dengan membahagikannya kepada lima bahagian - kepala, tangan kanan dan kiri dan kaki kanan dan kiri.
Anggota tubuh mangsa, Anih, 65, ditemui berselerakan di kediamannya di Kampung Pasir Gombong di daerah Cianjur kelmarin.

Menurut Rycko, pihaknya yakin Pupun menghidap sakit mental.

“Dia membunuh dan memotong mayat ibunya Rabu lalu. Hari ini, (semalam) dia mengaku kepada seorang jiran bahawa dia membunuh ibunya dan mengerat mayat mangsa. “Polis bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima laporan itu dan menangkap lelaki tersebut di tempat kejadian,” katanya. - Agensi

Kahwin bogel

                             
San Francisco: Sepasang pengantin yang berkahwin dalam keadaan bogel di depan khalayak ramai ditahan di bandar raya ini semalam.
Polis menahan bekas penari bogel yang kini menjadi aktivis Gypsy Taub, 44, dan pasangannya Jamyz Smith, 20, beberapa minit selepas mereka mengucapkan ikrar perkahwinan.
Sebelum acara itu, kedua-duanya berbogel di jalanan sebagai berkempen menentang larangan yang dikenakan pihak berkuasa bandar raya San Francisco terhadap perbuatan bertelanjang di depan tempat awam.
Gypsy memberitahu hadirin: “Ini ialah bantahan terhadap larangan berbogel dan pada masa yang sama satu majlis perkahwinan. Saya tahu penduduk San Francisco menyokong saya.” Pasangan itu berbogel di luar dewan bandaraya San Francisco selepas berkempen selama setahun membantah larangan terhadap kebebasan untuk berbogel di khalayak ramai.

Mereka dikahwinkan oleh aktivis bogel George Davis, paderi di Gereja Universal Life.

Selepas sesi pembacaan daripada “buku sucinya” bertajuk ‘Seni Erotik’, Davis mengumumkan pasangan itu suami isteri. Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian mengakhiri majlis itu dengan membalut pasangan berkenaan dengan selimut sebelum membawa mereka memasuki van berasingan.
Menurut undang-undang yang dikuatkuasa Lembaga Penyeliaan dewan bandar raya San Francisco pada 2012, berbogel di jalan raya, tepi jalan, stesen persinggahan dan kenderaan dilarang. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak dan peserta perarakan yang sudah memperoleh permit. - Agensi

Pekerja restoran terkejut dapur meletup


                                                   
Kuala Lumpur: Empat pekerja restoran di sebuah pasar raya di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini melecur akibat disambar api selepas ketuhar di dapur mereka bekerja tiba-tiba meletup, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20-an sedang memasak, manakala seorang lagi bertugas di kaunter.
Seorang mangsa yang enggan dikenali namanya memberitahu, ketika kejadian dia berada di kaunter menguruskan pelanggan dan terkejut mendengar bunyi letupan kuat dari arah dapur.

“Saya terus berlari ke arah dapur dan melihat dua rakan sekerja serta penyelia sedang memadam api pada ketuhar.
“Selepas api berjaya dipadam, penyelia membuka pintu ketuhar untuk memeriksa keadaan di dalam, namun sebaik pintu dibuka ketuhar itu meletup sambil api menyambar ke arah mereka bertiga.

Menggigil jumpa mayat

                          
“Seluruh badan menggigil sebaik mendapati objek yang disangka patung yang terdampar di pantai itu sebenarnya mayat wanita dalam keadaan separuh bogel,” kata Lina Besar, 21.
Lina menemui mayat berkenaan di pantai Bernas berhampiran Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Rompin jam 12 tengah hari semalam.
Lina dan kakaknya, Zakiah, 24, ke pantai berkenaan untuk mengutip botol plastik sebelum menemui mayat wanita berusia 40-an itu dalam keadaan tertiarap.

“Sebaik mendapati ia mayat, kami terus memaklumkannya kepada penduduk kampung berhampiran sebelum mereka menghubungi polis.
“Ia pengalaman ngeri, malah kami mungkin tidak akan mencari dan mengutip botol plastik di pantai ini lagi,” katanya yang tinggal di Kampung Orang Asli Batu 3, Rompin.

Akaun FB gambar gadis ghairah

Akaun FB gambar gadis ghairah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.

Buah zakar 'berasap'

                           
Barcelona: Seorang anggota polis dihukum penjara setahun kerana mencederakan buah zakar seorang lelaki yang ingin ditangkapnya dengan bom asap.
Bom itu dicampakkan ke riba mangsa apabila lelaki terbabit enggan keluar dari keretanya ketika diarahkan berbuat demikian.
Anggota polis itu dipenjarakan setahun dan diarah membayar 168,000 Euro (RM751,675) kepada mangsa selepas mencederakan kemaluan mangsa tanpa sengaja.
Anggota polis dari Catalonia itu pada awalnya ditugaskan menahan dua pemeras ugut yang mempunyai sejarah keganasan.
Memandangkan kedua-dua suspek pakar seni mempertahankan diri dan memiliki dua anjing yang garang, pegawai atasan membenarkan anggota polis itu menggunakan bom asap jika perlu. Senjata itu direka untuk mengelirukan mangsa kerana ia menyebabkan kehilangan sementara deria pendengaran dan imbangan apabila diletupkan pada jarak dekat.
Bagaimanapun, apabila seorang daripada lelaki terbabit enggan keluar dari keretanya, anggota polis dari Barcelona itu mencampakkan bom terbabit ke atas ribanya.
Letupan itu mencederakan buah zakar lelaki berusia 25 tahun itu dan menyebabkan mangsa menjadi mandul. Mahkamah agung Sepanyol yang menjatuhkan hukuman ke atas anggota polis terbabit kelmarin berkata, insiden yang berlaku pada 2008 itu disebabkan oleh kecuaian.
Mahkamah juga mengarahkan dia digantung kerja.

Friday, 20 December 2013

Mayat wanita ditemui terdampar

                           
KUANTAN: Mayat seorang wanita yang dipercayai mati lemas ditemui terdampar di Pantai Bernas dekat Kompleks Rakan Muda, Rompin tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya, mayat ditemui orang awam dengan berseluar panjang dan baju dalam.
Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 40-an, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata juga terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

5 penyamun terperangkap selepas merompak

                          

Kuala Lumpur: Sekumpulan lima perompak diketuai seorang wanita ‘terperangkap’ hampir tiga minit apabila cubaan mereka merompak sebuah kedai pinjaman wang berlesen di Batu 4, Jalan Ipoh, di sini, dikesan pekerja premis itu, semalam.
Kumpulan perompak berusia 27 tahun hingga 40 tahun itu terperangkap di kawasan tangga premis, selepas pekerja kedai pinjaman wang itu mengunci pagar dan pintu pejabat di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.
Berang dengan keadaan itu, seorang daripada lima suspek melepaskan enam das tembakan sebelum berjaya meloloskan diri dalam kejadian jam 2.45 petang itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tembakan dilepaskan, empat pekerja premis itu membuka pagar menyebabkan penjenayah berjaya melarikan diri.
Khairi berkata, sebelum itu lima penjenayah terbabit datang ke premis berkenaan dam berpura-pura untuk meminjam wang.

Bakar kawan kerana tiru kartun

                            
Beijing: Mahkamah China semalam memutuskan penerbit rancangan kartun popular patut dipersalahkan ekoran kecederaan dialami dua kanak-kanak yang diikat kawan mereka di pokok sebelum dibakar.
Media kerajaan melaporkan dua kanak-kanak itu diikat dan dibakar rakan mereka sebagai meniru aksi yang disiarkan dalam rancangan kartun itu.
Dua beradik berusia 7 dan 4 tahun dari Jiangsu melecur teruk pada April lalu selepas dibakar kawan mereka yang berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Shun Shun. Shun Shun mengaku melakukan demikian kerana meniru babak rancangan kartun “Xi Yangyang & Hui Tailang” atau “Kambing yang baik dan Serigala besar”, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Mangsa yang berusia 7 tahun itu melecur 80 peratus di tubuhnya, manakala adiknya melecur sebanyak 40 peratus.
Siri kartun yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa itu memaparkan serigala yang memburu kambing dan cuba menghalangnya lari.
Babak disiarkan termasuk kambing itu dijerumuskan ke dalam air mendidih dan dikenakan kejutan elektrik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog