Sunday 15 December 2013

Samsung terlalu panas sebabkan kebakaran







Tidak dapat dinafikan Samsung Galaxy S4 adalah telefon pintar yang terhangat di pasaran sekarang, tetapi lain ceritanya apabila 'hangat' itu menjadi benar, menyebabkan rumah seorang lelaki di Hong Kong terbakar.
Seorang lelaki yang sedang asyik bermain permainan ‘Love Machine’ iaitu permainan yang paling popular terkejut apabila tiba-tiba telefon Samsung Galaxy S4 miliknya meletup dan mula terbakar. Selepas mendengar bunyi ‘pop’ yang kuat, Du membaling telefonnya ke sofa, di mana api merebak dengan pantas dan menyebabkan rumahnya terbakar dan rosak. 
Walaubagaimanapun Du dan isterinya Berjaya menyelamatkan dirinya semasa kebakaran tersebut terjadi.
Unit Samsung Hong Kong akan menyiasat berhubung perkara ini.
Insiden yang sama pernah terjadi sebulan sebelum kes ini di mana seorang remaja perempuan warga Swiss menderita akibat kebakaran darjah 3 di kakinya apabila telefon Samsung S3 miliknya yang diletakkan di poket seluarnya meletup. Pada tahun 2012, kes yang sama dilaporkan apabila Galaxy S3 milik seorang lelaki terbakar di dalam keretanya.
Insiden yang lain membabitkan Apple. Laporan mengatakan seorang wanita China mati apabila terkena renjatan elektrik apabila dia sedang menjawab telefon di Iphone5 semasa telefon itu sedang dicas. Seorang lelaki yang terkena perkara yang sama pula koma. Namun ini terjadi kerana mereka menggunakan pengecas lain. 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog