Thursday 19 December 2013

Singapura mahu usir 53 perusuh




SINGAPURA - Pemerintah Singapura semalam merancang untuk mengusir 53 orang dan mengeluarkan amaran kepada kira-kira 200 orang lagi kerana terlibat dalam rusuhan paling buruk di negara ini dalam tempoh lebih 40 tahun pada 8 Disember lalu.
Menurut polis, semua 53 orang itu merupakan warga India namun seorang rakyat Bangladesh berada di dalam penjara dan dia tidak akan dibenarkan datang ke Singapura pada masa depan.
Dakwaan ke atas tujuh orang yang terlibat dalam rusuhan di Little India itu akan digugurkan sekali gus menjadikan hanya 28 orang sahaja yang akan didakwa melakukan rusuhan.
Kesemua 28 orang yang didakwa itu merupakan warga India.
Mereka akan dihukum tujuh tahun penjara jika disabit kesalahan.
Seramai 200 orang lagi itu akan hanya diberikan amaran oleh polis dan dibenarkan tinggal di Singapura.
Rusuhan itu berlaku selepas kira-kira 400 orang bertindak membakar beberapa buah kenderaan polis selepas seorang pekerja India mati akibat dilanggar sebuah bas. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog