Friday 20 December 2013

Ayah selamba buat rayuan bagi pihak anak

 Selamba rayu bagi pihak anak
BALING - Seorang lelaki terpaksa ditenangkan polis kerana menyampuk sejurus majistret menjatuhkan hukuman penjara kepada anaknya, di Mahkamah Majistret Baling di sini, semalam.

Lelaki berumur 50-an itu secara tiba-tiba bangun lalu meminta majistret, Mohd Hadi Hakimi Harun mengurangkan hukuman penjara anaknya.

Keadaan itu mengakibatkan suasana mahkamah bertukar ‘kecoh’ berikutan tindakan lelaki terbabit yang berani menyampuk hukuman yang baru sahaja dijatuhkan majistret.

Bagaimanapun, anggota polis mahkamah menasihatkan lelaki terbabit keluar bagi mengawal keadaan selain untuk meneruskan sebutan kes lain.

Lelaki terbabit kemudiannya memohon maaf kerana dia tidak mengetahui mengenai prosedur ketika berada dalam mahkamah.

Anaknya, Mohd Najib Mohd Zaid, 27, dari Kampung Bongor Tiga dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah menakutkan penjawat awam pada 18 Julai lalu pada jam 1.15 pagi di kawasan tanah lapang Batu 50 Bongor, Jalan Weng.

Menurut pertuduhan, Mohd Najib menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu dengan cubaan melanggar.

Tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan hukuman dijatuhkan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog