Wednesday 18 December 2013

Penagih ketawa apabila disuruh jalani ujian mental

  • Ketawa diarah jalani ujian mentalAbdul Manaf yang tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen Butterworth diarah menjalani pemeriksaan mental selepas mengelar leher anggota polis pada 7 Disember lalu.
 1 / 1 
BUTTERWORTH - Seorang penagih dadah ketawa terbahak-bahak ketika pertuduhan dibacakan di hadapannya bagi menjalani pemeriksaan mental selama sebulan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam.

Hakim, Julie Lack mengarahkan Abdul Manaf Jasin, 32, dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak selepas dituduh mengelar leher seorang anggota polis pada 7 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melibas sebilah pisau kepada Lans Koperal Khairil Anuar Zahari sehingga mendatangkan kecederaan dengan niat menyebabkan kematian di rumahnya di Jalan Teluk Ipil, Kepala Batas.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam didakwa di bawah Seksyen 307 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ramlan.

Julie menetapkan 15 Januari hadapan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan tertuduh dan mangsa.

Dalam kejadian pada jam 12.15 tengah hari itu, mangsa yang berusia 31 tahun dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) baru selesai membuat serbuan berkaitan kesalahan dadah di rumah tertuduh.

Tertuduh bertindak agresif dengan mencapai sebilah pisau lipat dan mengelar leher mangsa menyebabkan anggota polis berkenaan menerima 21 jahitan di leher di Hospital Sungai Bakap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog