Sunday 15 December 2013

Jutawan letak papan iklan untuk cari teman wanita sempena Krismas



Melalui papan tanda yang didirikan di tepi jalan raya yang terletak di Interstate 5 dan 28th Street di Barrio Logan, jutawan dari San Diego, California iaitu Marc Paskin mencari teman wanita untuk bersama-sama meraikan krismas dengannya yang bakal tiba tidak lama lagi. 





Iklan papan tanda tersebut memaparkan muka jutawan tersebut dengan sebaris ayat yang menyebut “ All I want for Christmas, is a Latina Girlfriend..” Dia turut meletakkan emailnya untuk dihubungi oleh wanita Latin yang berminat untuk mengisi masa lapang bersama dengan jutawan itu.




Paskin, 63 pernah berkahwin dengan isterinya, Marsha selama 28 tahun sehingga isterinya meninggal duni pada tahun 2002 akibat komplikasi kencing manis. Beliau juga turut mempunyai dua orang anak yang sudah dewasa hasil perkongsian hidup dengan isterinya.




Paskin seorang yang suka melancong, menyanyi karaoke dan berpakaian seperti Elvis Presley. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Paskin yang menaikkan papan tanda tersebut atau beliau mengupah orang lain. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog