Saturday 14 December 2013

Anak tidak mahu bayar denda mak khalwat

Anak enggan bayar denda kes khalwat ibu

Gara-gara tidak mahu bersubahat dengan ibunya, seorang anak gadis enggan membayar denda mahkamah yang dikenakan ke atas ibunya, setelah wanita berstatus ibu tunggal itu didapati bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Paka, awal Januari lalu.

Tertuduh perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin bersama Wan Mohd Rizal dan didapati bersalah serta didenda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.


Nor Rasidah Abd Rashid, 40, disabitkan atas kesalahan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Rasidah tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui dia bakal dipenjarakan setelah gagal menjelaskan denda mahkamah berjumlah RM1,800 namun akhirnya berjaya dibebaskan setelah seorang rakannya tampil menjelaskan denda.

Nor Rasidah bersama pasangannya, Wan Mohd Rizal Wan Ariff, 22, ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah Kemaman di sebuah rumah di Kampung Darat Kolam, sehari sebelum perbicaraan tersebut, setelah menghadapi waran tangkap kerana gagal tampil di mahkamah untuk menghadapi tuduhan khalwat yang dikenakan ke atas mereka sebelumnya.


Wan Mohd Rizal yang menghadapi tuduhan sama bagaimanapun gagal menjelaskan denda menyebabkan dia yang berasal dari Kampung Gelugor, Kerteh, Kemaman itu dihantar ke penjara Marang, untuk menjalani hukuman penjara selama dua bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog