Friday 13 December 2013

Manusia harimau bunuh diri


Dennis Avner seorang veteran Marin US adalah seorang lelaki berketurunan Amerika-Indian yang telah menghabiskan wang yang sangat banyak dengan membuat pelbagai pembedahan untuk membuatkan dirinya dilihat seperti seekor harimau.

Lelaki berusia 54 tahun ini telah menjalani beberapa pembedahan plastik ditubuhnya, seperti merubah bentuk bibir atas, meruncingkan bentuk telinga, menanam silikon di pipi dan kening, menanam gigi, serta mentatoo dan menindik wajahnya.

Dennis yang lebih suka dipanggil dengan nama Indian-nya, ‘Stalking Cat’, juga gemar memanjat pohon dan memakan daging mentah setiap harinya, sama seperti apa yang dilakukan harimau.

“Saya keturunan Huron (salah satu bangsa Indian) dan mengikuti tradisi lama untuk mengubah diri menjadi harimau”, kata Dennis Avner.

Cuma yang membezakannya dengan harimau ialah Dennis bekerja disebuah pejabat, sedangkan harimau bekerja dan duduk didalam hutan.

Walaubagaimanapun pada tahun lepas (2012) Dennis Avner telah membunuh diri kerana sangat kecewa kerana dia tidak dapat benar-benar menjadi harimau dan ada yang mengatakan dia mati disebabkan oleh penyakit ‘tigerphobia’.

Sudah jadi manusia nak jadi binatang pulak. Macam-macam..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog