Saturday 14 December 2013

Gara-gara merajuk dengan cucu datuk minum racun

               
Gara-gara merajuk dengan tindakan cucu perempuan berusia tiga tahun yang menukar rancangan televisyen kegemaran di rumah mereka di Demak Laut malam tadi, seorang lelaki warga emas nekad minum racun rumpai hingga menyebabkan dia dimasukkan ke dalam hospital.

Ia bermula apabila lelaki warga emas ini sedang menonton saluran sukan kegemarannya apabila tiba-tiba cucunya datang menukar saluran televisyen. Ini menyebabkan lelaki tersebut naik angin lalu memarahi keluarganya, Lelaki warga emas terbabit tinggal bersama dengan keluarga anak lelakinya,

Disebabkan ayahnya tidak mahu berhenti memaki-hamun anak lelaki warga emas terbabit bertindak membawa cucunya dan menantunya keluar dari rumah dengan niat menenangkan ayahnya. Namun sebaik sahaja pulang ke rumah mangsa masih lagi mengamuk malah turut merosakkan televisyen dan perabot. 

Kemudian mangsa bertindak mengambil sebotol racun rumpai dan cuba untuk meneguknya tapi berjaya dihalang oleh menantu perempuannya. Dek kerana berang dihalang, dia mengambil kapak dan cuba untuk mencederakan keluarganya,

"Kami terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri namun selepas lima minit, kami terdengar ayah mengerang kesakitan dari dalam bilik air. Rupa-rupanya dia minum juga racun rumpai yang dirampas isteri saya itu," katanya.

Walaubagaimanapun, mangsa telah dihantar ke HUC dan telah dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog