Saturday, 2 August 2014

Farish Aziz mohon maaf berselfie di tanah perkuburan


 Sekeping gambar pengacara, Farish Aziz ber’selfie’ di tanah perkuburan telah menjadi topik hangat perbualan orang ramai ketika memakan ketupat cecah rendang dengan masing-masing mengkritik perbuatan tidak kena tempat ini.

Walaupun mendapat kritikan ribuan rakyat Malaysia, pada mulanya Farish Aziz enggan mengaku perbuatannya itu adalah salah. Pengacara ini masih cuba menegakkan benang yang basah atau dalam peribahasa modennya, meluruskan monopod yang bengkok.




Namun begitu selepas kritikan demi kritikan, akhirnya terbit jua cahaya keinsafan dalam hati Farish Aziz dan dia telah tampil membuat permohonan maaf.

Semoga apa yang terjadi kepada Farish Aziz ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Nak bergambar memang boleh. Selfie pun tak ada masalah. Cuma perhatikan tempat dan keadaan sekeliling dahulu. Kalau rasa tak sesuai, batalkan sahaja hasrat murni anda itu. Tak gitu?

Pulak dah, Israel dah mula sasar Malaysia?


SHAH ALAM - Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.

Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu.

sumber SINAR HARIAN

Amar Bahrin sanggup datang ke Kedah untuk sambut raya dengan Izreen

izreen dan amar baharin
Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) sudah lama tamat. Sebelum ini gambar-gambar mesra Amar Baharin dan Izreen Azminda ‘terpaksa’ dikongsikan di Instagram mereka untuk tujuan promosi drama tersebut. Namun nampak gayanya walaupun drama tersebut telah berakhir, kemesraan antara Abang Zen dan Indah ini masih jelas terserlah. Mana tidaknya, Amar Baharin sanggup datang ke Kedah daripada KL semata-mata untuk beraya dengan Izreen.
Bukan dekat jarak perjalanan yang ditempuhi oleh Amar Baharin, namun pengorbanan yang dilakukan pasti berbaloi kerana dapat melihat wajah Izreen Azminda menyambut kedatangannya. Tulis Izreen mengenai kehadiran Amar ke rumahnya:-
Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la….so sweeetttttt…tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i…

Kalau sudah timbul perasaan sayang, pasti para peminat merestui hubungan mereka berdua. Kedua-duanya memang secocok. Gandingan mereka di dalam drama KTAR pun sudah cukup mengujakan. Kalau benar-benar bercinta, pasti manis sangat-sangat. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Izreen dan Amar. Semoga ada jalan untuk mereka berdua.

Bawa pulang walaupun secebis

Kuching: “Sekecil manapun cebisan mayat arwah (Tambi Jiee) sekeluarga ditemui, saya berharap ia dapat dipulangkan kepada kami untuk diuruskan mengikut hukum Islam, di sini,” kata Drahman Jiee, abang sulung kepada arwah Tambi, 48, mangsa nahas MH17 yang terhempas di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedia menunggu sehingga semua urusan jenazah selesai di Amsterdam dan yakin kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin mempercepatkan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.

Selain Tambi, turut terkorban dalam tragedi itu isterinya, Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13. 

Drahman, 64, berkata, pihaknya belum dimaklumkan lagi mengenai perkembangan terbaru berhubung penemuan mayat arwah Tambi sekeluarga melainkan usaha mengenal pasti semua mangsa nahas masih diteruskan.

 “Kami sekeluarga hanya mampu berdoa supaya mayat arwah dan keluarganya dapat ditemui dengan sempurna selain berharap urusan pengebumian dapat dilaksanakan segera. “Kalau ditakdirkan mayat mereka sekeluarga tidak dijumpai, kami reda. Saya percaya ini semua ketentuan Allah SWT,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini, semalam.

MAS disaran mansuhkan arak dan nilai semula pakaian peragawati

ALOR SETAR – Syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia (MAS) disaran memansuhkan hidangan arak dalam pesawat serta menilai semula pakaian pramugari yang dikatakan terkeluar dari landasan syarak.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, perkara itu wajar diberi perhatian oleh pengurusan tertingginya dengan melihat kepada aspek peringatan ALLAH SWT ekoran nahas membabitkan dua pesawat MH370 pada Mac lalu dan terkini MH17.

Beliau berkata, tragedi dan musibah yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT namun kerajaan atau MAS perlu menilai kepada aspek keagamaan, kemungkinan ada unsur peringatan-Nya berhubung apa yang berlaku dalam pesawat.

“Sebagai syarikat penerbangan sebuah negara Islam, saya kesal kerana hidangan arak tidak pernah cuba dimansuhkan termasuk aspek Islamik seperti aurat pekerja wanita serta pakaian yang disifatkan tidak mengikut landasan syarak.

“Apabila kita menaiki pesawat MAS, penumpang tidak merasai seperti pesawat itu dikendalikan sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam taranum.

Perkara ini amat mengecewakan kerana ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan ALLAH SWT,” katanya.

Ahmad Tarmizi turut memetik Firman ALLAH: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (QS Al-Baqarah 208)

“Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al- Quran. Firman ALLAH, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. ALLAH tidak lengah dari apa yang kamu lakukan (QS Al-Baqarah 85),” katanya.

Ia menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370 berhubung jualan arak dalam pesawat MAS.

“Teguran ini adalah daripada suara rakyat yang cintakan Islam. Mac lalu kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, kini pesawat MH17 pula dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ sama ada Rusia mahupun Ukraine,” katanya.

Beliau juga tidak berhasrat mempersenda insiden itu namun aspek keagamaan perlu diberi penelitian.

“Kami berasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa. Sudah tiba masanya kerajaan dan MAS melihat yang menimpa mutakhir ini dari sudut paling asas iaitu unsur ketuhanan dan kehambaan,” katanya. – Sinar Harian Online

Friday, 1 August 2014

2 pengacara baru Melodi tidak digemari penonton



Pemergian Zizan Razak sebagai pengacara Melodi baru-baru ini menyaksikan tempatnya digantikan oleh Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.Gandingan Awal Ashaari dan 2 orang pengacara baru ini telah pun ke udara untuk 2 episod. Nampak gayanya daripada maklum balas yang diberikan secara online, ia adalah satu gandingan yang mengecewakan.


Diakui bukan senang untuk mengacarakan program hiburan nombor 1 Malaysia lebih-lebih lagi jika anda adalah muka baru dalam dunia hiburan. Awal Ashaari sendiri mengakui agak sukar untuk mencari keserasian dengan Sherry dan Zulin. Menariknya komen-komen pedas dan kritikan padu yang diberikan oleh penonton Melodi telah membuatkan Sherry tersinggung. Kata Sherry menerusi Mstar Online:-

Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?
Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik.
Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.
Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.
Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu.
Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik.


Haram mengambil gambar selfie di tanah perkuburan

KUALA LUMPUR - Dua pendakwah bebas menyifatkan tindakan seorang selebriti mengambil gambar selfie di sebuah tanah perkuburan Islam baru-baru ini sebagai haram.
Perbuatan itu juga tegas salah seorang pendakwah bebas, Datuk Mohd. Dauh Che Ngah mencerminkan bahawa individu berkenaan memiliki akhlak sangat rendah dan memalukan agama Islam.
"Dia seorang artis yang dikenali ramai, bukan orang biasa, perbuatannya itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk supaya apa yang dilakukannya itu akan jadi tumpuan.
"Ia (perbuatan berselfie) sudah jatuh haram. Pada masa sama, dia telah mencemarkan kesucian Islam kerana mempamerkan sikap tidak baik kepada orang bukan Islam.
"Mereka (orang bukan Islam) akan tertanya-tanya, inikah perangai seorang Islam? Pergi ke kubur tunjuk perbuatan tidak senonoh dengan berselfie apatah lagi ada yang mendakwa dia terpijak kubur orang lain," katanya yang kurang senang dengan perlakuan artis berkenaan.

sumber KOSMO

Semuanya tinggal kenangan

Foto
“Beberapa hari sebelum kemalangan, ibu kelihatan gembira kerana langsir yang baru ditempahnya sudah siap. Namun, arwah hanya sempat mencuba memasang langsir itu pada tingkap rumah kami.
“Memang ibu kelihatan sangat teruja dan tidak sabar memasang langsir kerana mahu mencantikkan rumah sempena hari raya ini, tapi tidak sangka pula dia akan pergi sekelip mata dan lebih menyedihkan ibu pergi bersama ayah beberapa hari sebelum Aidilfitri,” kata Erin Natasha Mohamad Ujang, 14.
Erin Natasha adalah anak sulung pasangan Mohamad Ujang Jantan, 42, dan Jamilah Iswan, 36, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka untuk ke tempat kerja bertembung Perodua Viva di Jalan Bukit Cerakah, dekat Puncak Alam, di sini, 17 Julai lalu.
Mohamad Ujang dan Jamilah meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi itu ketika pasangan terbabit mahu ke tempat kerja masing-masing di Bukit Jelutong dan Padang Jawa, Shah Alam.

Pemergian sekali gus ibu dan ayahnya itu menyebabkan Erin Natasha bersama dua lagi adiknya Farah Adriana, 12, dan Danesh Rifqi, 7, menjadi yatim-piatu sekelip mata dan dirundung kesedihan ketika umat Islam lain sedang gembira menyambut Aidilfitri.
Dia yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, sambutan Aidilfitri kali ini tidak bermakna kerana mereka kini tidak dapat memohon maaf dan mencium tangan ibu dan ayahnya pada pagi raya.
“Sememangnya persiapan raya tahun ini dilakukan ala kadar saja memandangkan kami baru kehilangan datuk Iswan @ Riduan Sadri, 64, pada hari pertama berpuasa.
“Setiap kali tiba Aidilfitri, kami sekeluarga akan bersama-sama ke Jalan Taiping, Klang untuk membeli persiapan raya seperti baju baru dan kuih yang dijual di situ.

Tetapi kini, semuanya hanya tinggal kenangan yang pasti tiada gantinya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kerayong, Meru, di sini.
Ketika ditanya kenangan persiapan hari raya bersama arwah ibu bapanya, Erin Natasha berkata, ibunya antara orang paling sibuk menyiapkan segala kelengkapan.
“Ayah pula lebih tenang dan hanya membantu mengemas ruang tamu dan halaman rumah sementara kami tiga beradik akan membantu apa yang perlu.
“Sambutan hari raya puasa tahun ini tidak bermakna kerana tidak disambut bersama ibu dan ayah.

Segala persiapan hari raya juga masih tidak sempat dibuat kerana ayah dan ibu pergi mengejut,” katanya.

sumber METRO

Menteri pengangkutan akan umum maklumat pengendalian proses pengrusan jenazah MH17

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai pengendalian proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Ukraine pada 17 Julai lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, Tiong Lai akan mengumumkan maklumat itu pada masa yang sesuai kelak kerana buat masa ini proses pengecaman mangsa bencana (DVI) masih berjalan dan mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Sehubungan itu, kerajaan menerusi pelbagai kementerian, agensi dan pihak
yang berkaitan kini sedang mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dalam membincangkan persediaan pengurusan jenazah.
Beliau berkata, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph
Kurup kini masih dalam proses perbincangan dengan keluarga mangsa.
"Kami berusaha mencari kaedah terbaik dalam pengurusan jenazah bukan Islam
mengikut agama masing-masing kerana dalam masyarakat Cina tidak semuanya
beragama Buddha maka memerlukan persetujuan keluarga mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog