Friday 1 August 2014

Menteri pengangkutan akan umum maklumat pengendalian proses pengrusan jenazah MH17

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai pengendalian proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Ukraine pada 17 Julai lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, Tiong Lai akan mengumumkan maklumat itu pada masa yang sesuai kelak kerana buat masa ini proses pengecaman mangsa bencana (DVI) masih berjalan dan mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Sehubungan itu, kerajaan menerusi pelbagai kementerian, agensi dan pihak
yang berkaitan kini sedang mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dalam membincangkan persediaan pengurusan jenazah.
Beliau berkata, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph
Kurup kini masih dalam proses perbincangan dengan keluarga mangsa.
"Kami berusaha mencari kaedah terbaik dalam pengurusan jenazah bukan Islam
mengikut agama masing-masing kerana dalam masyarakat Cina tidak semuanya
beragama Buddha maka memerlukan persetujuan keluarga mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog