Thursday 19 December 2013

Nabil Raja Lawak dikecam kerana AIM20


Pada AIM20 yang lepas Nabil Raja Lawak dan Datuk Aznil Haji Nawawi telah dilantik untuk mengacara majlis itu. Tetapi Nabil telah didakwa mencemarkan anugerah tersebut apabila dia dikatakan tidak sensitif dan main sedap mulut mempersendakan artis-artis lain.

Buat lawak bukannya perkara yang mudah. Apatah lagi dalam majlis yang begitu besar begitu. Nabil juga bekerja keras untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Sebagaimana yang dinyatakan Nabil dibawah:
“Untuk mengelakkan penonton bosan, saya, Aznil dan Astro sebagai penyiar rasmi berhempas-pulas mencari idea yang menarik buat penonton” – Nabil
Pelawak yang digandingkan dengan pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi, bukan sahaja dikecam penonton acara berkenaan, malah ada rakan artis yang menganggap dirinya tidak sesuai untuk mengendalikan acara yang mengangkat martabat industri muzik tanah air.

Lawaknya yang banyak mempersendakan artis lain dianggap mencemarkan prestij yang selama ini cukup sinonim dengan AIM.-Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog