Wednesday 18 December 2013

Lelaki nyaris maut kereta terbakar




GEORGETOWN - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar di tempat parkir kenderaan bertingkat di Lebuh Tek Soon, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Shamsudin Ahmad berkata sebaik sahaja pasukannya tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.19 petang,  sebahagian besar kereta itu telah musnah dijilat api.

"Ketika kejadian pemandunya baru masuk ke dalam ruang letak kenderaan tingkat empat sebelum melihat bahagian enjin depan keretanya mengeluarkan asap dan percikan api.

"Sejurus lelaki itu keluar dari keretanya, api marak dengan pantas memusnahkan lebih 70 peratus kenderaan itu," katanya ketika dihubungi.  

Katanya enam anggota serta sebuah jentera berjaya mengawal api dari merebak dalam masa lima minit dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog