Friday 9 January 2015

EUWWW! Gigi Ditemui Dalam Kentang Goreng McDonalds!



JIJIK! Portal news.com melaporkan, gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual kepada pelanggan restoran makanan segera terkemuka, McDonalds di Jepun.


Insiden ini menambahburukkan lagi jenama tersebut di Jepun setelah laporan tentang penemuan plastik dalam nugget dan kekurangan bekalan kentang sebelum ini.


Menurut timbalan presiden McDonalds Corp, Hidehito Hishinuma, gigi tersebut ditemui pelanggan yang membeli makanan dari cawangan restoran di Osaka.

“Kami tak pasti bagaimana gigi boleh masuk ke dalam kentang tersebut,” ujarnya yang pasti bahawa ia tidak dimasak bersama-sama makanan ringan itu.

Pelanggan terbabit mendakwa, “Saya hanya akan menerima permohonan maaf mereka andai pengurusnya datang sendiri ke sini.

“Pengurusnya tak banyak bercakap bagaimana gigi boleh termasuk dalam makanan tersebut dan tindakan yang bakal mereka ambil pada masa hadapan.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia menakutkan andai anak saya tercekik gigi itu ketika dia menelan makanan yang dibeli.”


Menurut McD, siasatan mendapati mereka tidak mempunyai pekerja yang kehilangan gigi di cawangan tersebut dan kemungkinan amat rendah untuk menyatakan bungkusan kentang goreng yang dibekalkan kilang di Amerika Syarikat telah tercemar dengan gigi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog