Monday 10 November 2014

PEROMPAK BONGOK: Dahlah Tertinggal Fon, Fon Papar Gambar Selfie Pulak Tu


Kelakar pula mendengar kisah perompak yang amat malang dan sadis ini kerana tindakannya meletakkan gambar selfie sebagai screensaver di telefon bimbitnya akhirnya menjerat dirinya kembali.

Perompak barangan kemas, Germain Ibrahim Fofana, 27 tahun ini dikatakan tertinggal telefon bimbit miliknya selepas merompak barang kemas bernilai RM95, 000 (£18,000) di sebuah kedai barangan kemas di New York.

Tindakannya meninggalkan telefon bimbit miliknya di tempat kejadian membuat pihak polis dengan mudah menangkapnya.

Lebih lucu, telefon bimbit itu memaparkan gambar selfie Germain sendiri.


Kini, Germain telah dibicarakan dan menerima 9 tuduhan mencuri dan 1 tuduhan cubaan mencuri. Dia bakal menerima 5 tahun hukuman penjara atas kesalahan yang telah dilakukan.

Itulah balasan atas perbuatan Germain, bak kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog