Thursday 1 May 2014

Wanita paling gemuk di dunia tekad kurangkan berat badan untuk berkahwin

                                                      
Seorang wanita yang memegang gelaran wanita yang paling gemuk di dunia di Cedar Rapids, Iowa sedang mengalami pertarungan paling besar dalam hidupnya iaitu untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 200 pounds(90.7185 kg) dengan segera.

Charity Pierce, 38 tahun dengan berat sebanyak 765lb(347 kg)sedang mencuba untuk mengurangkan berat badannya untuk untuk menjalani pembedahan gastric bypass. Beliau percaya cuma dengan menjalani pembedahan dia akan dapat mengahwini kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 21 tahun.

“Saya sudah bertekad untuk tidak berkahwin di rumah, sebaliknya saya mahu berkahwin seperti orang lain,” beliau memberitahu Barcroft TV.
                                                 
Sauer bukanlah sekadar kekasih Pierce. Abangnya, Jimmy, pernah mengadakan hubungan dengan Pierce sehingga Pierce melahirkan anak perempuannya iaitu Charly yang kini berusia 18 tahun.

Pertemuan pertama antara Sauer dan Pierce adalah semasa Sauer berumur 8 tahun manakala Pierce pula berumur 25 tahun. Mereka bertemu semula di sebuah parti pada 3 tahun lepas.

“Selepas Charly lahir saya tidak selalu berjumpa dengan Jimmy, jadi kami bukanlah pasangan,” katanya, “Apabila saya bertemu dengan Tony, dia kelihatan sangat matang bagi umurnya jadi kami teruskan hubungan kami,”

Pierce mengalami lymphedema, satu keadaan di mana ia menyebabkan bengkak yang teruk di kaki kirinya dan pinggang.

Sauer berkata saiz badan Pierce bukanlah satu masalah, Cuma dia risau Pierce boleh mati disebabkan saiznya.

Walaupun wanita ini telah mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan hariannya dari 10 000 ke 1 200, Pierce cuma dapat menghilangkan sebanyak 22 pound(10 kg)beratnya dalam tempoh beberapa bulan. Beliau percaya dengan pembedahan gastric bypass dapat membantu, namun doktor tempatan tidak mahu menjalankan pembedahan sehingga dia dapat mengurangkan sekurangnya 200 pounds(90 kg)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog