Tuesday 22 July 2014

Pekerja hartanah maut dilambung

Foto
Klang: Rempuhan kuat sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas menyebabkan seorang pekerja hartanah maut dalam kemalangan di Jalan Dato Mohd Sidin, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa, K Yoges, 34, parah di bahagian peha dan kepala dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, namun disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi, semalam.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang seorang diri dikatakan dirempuh kereta dipandu seorang lelaki berusia 69 tahun.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Jawa bagaimanapun gagal mengelak selepas kereta itu tiba-tiba memasuki laluannya.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, mangsa melambung dan tercampak beberapa meter menyebabkan dia parah di kepala dan peha.

“Motosikal ditunggangi mangsa tidak sempat mengelak kereta berkenaan yang kemudiannya merempuhnya. Mangsa yang parah bagaimanapun masih lagi bernyawa sebelum dikejarkan ke hospital.

“Sebaik tiba di hospital, mangsa yang ditempatkan di zon kritikal diberi rawatan kecemasan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 6.30 pagi akibat parah di bahagian kepala dan peha,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Rosly berkata, pemandu kereta iaitu, lelaki warga emas yang bekerja sebagai penjual pau berusia 69 tahun tidak cedera.

Katanya, ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan urusan tuntuan mayat diuruskan sebelum di bawa pulang untuk upacara pengebumian.

Katanya, pemandu kereta berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber METRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog