Sunday 20 July 2014

ATC Ukraine yang mengarahkan terbang pada 33,000 kaki

SEPANG - Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Izham Ismail hari ini berkata, menara kawalan trafik udara (ATC) Ukraine tidak membenarkan Penerbangan MH17 terbang pada ketinggian 35,000 kaki.
Ini disebabkan katanya, menurut ATC Ukraine, laluan yang dipohon oleh MH17 itu sedang diguna dan mengarahkan pesawat tersebut terbang pada ketinggian kedua terbaik iaitu 33,000 kaki yang sebenarnya di atas altitud larangan terbang.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai tragedi MH17 di Hotel Sama-Sama di sini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Tiong Lai pula juruterbang perlu mematuhi arahan ATC Ukraine kerana laluan itu berada di bawah bidang kuasa ATC berkenaan.
Beliau juga berkata, laluan itu terletak 100 kilometer jaraknya dari kawasan larangan.
"Kawasan larangan terletak di bahagian selatan sementara laluan MH17 100 kilometer di utara dari kawasan itu,” jelas Tiong Lai lagi.
Mengenai laporan bahawa MH17 melencong daripada laluan asal untuk mengelak taufan, Izham berkata, perkara itu tidak benar dan tidak ada taufan berlaku di kawasan tersebut.
"Kami sedar tentang maklumat yang tersebar menerusi media sosial berhubung juruterbang melaporkan kepada kami tentang perubahan laluan dan maklumat itu palsu.
"Tidak ada laporan daripada juruterbang kami. MAS terbang di seluruh dunia dan aspek keselamatan amat penting bagi kami. Laluan tersebut sudah disahkan selamat untuk penerbangan,” kata Izham. - Bernama

sumber KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog