Monday 1 December 2014

Foto Salman Khan dan Shah Rukh Khan Bercium Tersebar

Woww! Shah Rukh Khan bercium dengan Salman Khan? Mesti ramai peminat pelakon2 Bollywood itu akan menjerit kecewa kerana menyangka mereka ada hubungan terlarang tersebar. Malah dengarnya, foto terus menjadi kontroversi hingga mendapat perhatian pihak media dan heboh diperkatakan di India.


Mana tidaknya, semua mengetahui keakraban selebriti ini dan tetiba-tiba muncul pula gambar mereka sedang berkucupan antara satu sama lain.
Muncul pula persoalan daripada peminat-peminat, sama ada dua aktor hebat sedang melakukan hubungan terlarang.
284829-patch-up-salman-srk
Ish..ish mintak dijauhkan!
Rupa-rupanya terbongkar apabila Salman sendiri mengaku mereka menjadi mangsa manipulasi gambar.
Sebenarnya gambar original adalah gambar di mana Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium dahi Arpita Khan iaitu adik kepada Salman Khan.
SRK-Salman-kiss-Arpita-Khan
Menurut Salman, orang yang memanipulasi foto tersebut tidak pandai untuk menghasilkan sebuah foto kelihatan benar.

Hasil editing yang cukup teruk. Saya ada versi yang lebih elok. Jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki.
Lihat sahaja ekspresi Shahrukh Khan. Dia seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,” ujar Salman dengan nada tertawa.
Wah, bagusnya aktor yang bernama Salman ini, sudahlah difitnah hingga menjadi kontroversi tetapi masih tetap tidak melatah dan bersikap bersahaja.
Agak-agaknya siapalah yang sanggup menfitnah dan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini. Kesian Shahrukh Khan dan Salman Khan! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog