Saturday 6 December 2014

"Saya Tidak Mahu Dia Hadir Dalam Kehidupan Saya Lagi" - Awie

awie
Nampaknya kemelut rumahtangga penyanyi rock terkenal, Awie dan isterinya Rozana Misbun masih belum menemui jawapan.


Belum habis kes pukul, timbul pula kisah hak penjagaan anak, baru-baru ini, timbul berita kononnya sijil nikah Awie dan Rozana tak sah.
Namun, sebagai seorang lelaki dan juga bapa kepada anak-anaknya, Awie tak mudah melantun. Cuma Awie menegaskan dia dan Rozana tak mungkin akan bersama lagi. Amboii, kecewa nau bunyinya.
Screen-Shot-2014-09-24-at-11.22.06-AM
Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi.
Dalam pada itu, Awie turut mengakui dia tahu tentang masalah sijil nikah palsu (seperti didakwa oleh Rozana) sejak kes mereka berjalan di mahkamah.
Sebenarnya, saya sudah tahu tentang masalah sijil nikah kami sejak kes kami berjalan di mahkamah. Saya telah merujuk perkara itu kepada pihak yang berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak mahkamah.
Tidak mungkin saya buat tidak tahu. Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?
Hmm, kami pun tak tahu nak kata apa lagi. Cuma doa kami, Awie dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik.


sumber: Ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog