Thursday 4 December 2014

Ini Kuzuko Unoue, Nenek Yang Paling Cantik Di Dunia!

Sebahagian orang berfikir bahawa menjadi tua dan bertambah umur bermakna akan ada perubahan pada kulit dan penglihatan kita iaitu menjadi datuk atau nenek. Berkeriput jalan bengkok dan lemah, hal yang sangat kita takutkan. Awet muda adalah dambaan setiap wanita. 





Salah satu bukti nyata awet muda yang paling menakjubkan mungkin dimiliki oleh wanita asal Jepun yang bernama Kazuko Inoue yang berumur 42 tahun. Keawetan mudaKazuko telah menyihir warga Jepun dan pengguna internet asal China. Pasalnya melalui media sosial, beredar foto Kazuko Inoue, kedua anaknya dan tiga orang bayi yang sedang duduk berdampingan. Semula tidak ada yang istimewa dari foto tersebut kerana kelihatan seperti sekumpulan ibu-ibu muda yang membawa bayi mereka. Namun setelah dijelaskan bahawa Kazuko yang duduk di bahagian paling kanan adalah nenek kandung dari ketiga bayi tersebut, foto tersebut langsung membuat pengguna internet ingin mengetahui lebih lanjut soal sosok Kazuko. Ternyata Kazuko menjadi nenek di usia muda kerana ia berkahwin pada saat umurnya 19 tahun. Seperti diketahui bahawa warga Jepun jarang yang berkahwin dalam usia muda. Anak pertama Kazuko juga berkahwin di umur yang sama dengan dirinya.






Foto Kazuko Inoue bersama dengan kedua anaknya itu disiarkan dalam majalah Jepun lalu disebarluaskan oleh pengguna internet di China. Alhasil di negara Tirai Bambu itu, Kazuko dan keluarganya menjadi perbincangan di dunia maya. Di Jepun sendiri, Kazuko pernah memenangi pertandingan kecantikan yang ditujukan kepada wanita di atas 35 tahun berjudul Kanzai Bimajo.Kerana masih muda dan cantik, Kazuko menang dalam pertandingan tersebut.




Rahsia kecantikan Kazuko Inoue


Salah satu penyebab Kazuko masih kelihatan seusia dengan dua anak perempuannya kerana dia berkahwin di usia yang cukup muda, 19 tahun. Dia juga melahirkan anak pertamanya pada usia tersebut. Saat diwawancara oleh majalah yang memuat fotonya ini, Kazuko juga mendedahkan rahsia awet mudanya. "Selalu bersyukur dengan apa yang kamu miliki dan tunjukkan inner beauty yang kamu miliki," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog