Thursday 1 January 2015

Jinggo Perjelas Bukan Tujuannya Untuk Menjatuhkan Reputasi Puteri Balqis


Agak sedih juga sebenarnya apabila pendedahan Jinggo yang dilakukan menerusi media sosial telah menyebabkan orang ramai menganggap Puteri Balqis dan pihak pengurusannya kini mula berlagak diva selepas memenangi anugerah baru-baru ini. Walaupun ibu Puteri Balqis telah tampil dan menerangkan segala dakwaan Jinggo adalah fitnah semata-mata, sedikit sebanyak reputasi pelakon cilik itu pasti tercalar dengan apa yang telah terjadi.


Tampil menerusi Mstar Online, Jinggo menerangkan pendedahannya itu dilakukan kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang mengeluarkan kata-kata kesat apabila membalas mesejnya dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Puteri Balqis. Kata Jinggo:-

Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini. Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu.

Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat. Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat.

Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan. Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran.

Lain kali pihak pengurusan Puteri Balqis kena bertegas agar tidak lagi dipermainkan sebegini rupa. Jangan kasihankan orang lain. Kepada Jinggo pulak, kalau dah beria-ia sampai kacau orang siang malam, pastikanlah janji ditepati. Kesian orang lain terpaksa menerima tawaran anda tetapi apabila sampai hari yang dijanjikan, tawaran dibatalkan begitu sahaja.

beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog