Wednesday 31 December 2014

Bangkai Pesawat QZ8501 Dan Mayat-Mayat Mula Dijumpai, SAR Akan Teruskan Pencarian


JAKARTA – Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 diteruskan lewat hari ini walaupun cuaca semakin gelap, kata jurucakap Tentera Laut, Manahan Simorangkir.


Pasukan mencari dan menyelamat itu akan menggunakan lampu suluh berkuasa tinggi di kawasan perairan tempat mayat dan serpihan bangkai pesawat itu ditemui, kata Manahan dalam temu bual disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, TVOne.

Pihak berkuasa telah mengesahkan penemuan sisa bangkai pesawat itu dan beberapa mayat yang terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada tengah hari ini.


Objek-objek pesawart dikesan 10KM dari lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan. Menurut laporan dari RT.com, objek-objek tersebut dikenalpasti sebagai, pelampung keselamatan, jaket keselamatan dan satu tiub oren panjang.

Gambar objek-objek tersebut telah diambil oleh salah seorang jurugambar yang berjaya merakamkan gambar tersebut dari ketinggian 5000 kaki didalam pesawat Hercules A-1319 milik TNI Angkatan Udara (AU).

Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .
Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.

Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.

"Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.

"Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan,"
katanya.

Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog