Tuesday 17 June 2014

Awie sedih digelar gengster dan tidak diberi peluang jelaskan keadaan

Entah mengapa apabila berbicara tentang Awie, pasti akan ada perkataan “pukul-memukul” di dalamnya. Kesian juga jadi Awie. Terbaru, ada desas-desus yang menyatakan Awie telah memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara baru-baru ini. Tak logik untuk lelaki semacho Awie berbuat demikian. Tidak menafikan atau mengiyakan desas-desus itu, Awie menganggap tuduhan tersebut amat melampau.
awie
Menerusi Pancaindera semalam, Awie menerangkan yang dia tidak akan melakukan tindakan yang boleh memudaratkan orang tersayang. Terang Awie:-
Dalam kes-kes yang membabitkan nama saya sebelum ini, jelas saya tidak diberi peluang untuk menjernihkan keadaan malah terus-terusan dituduh yang macam-macam. Masyarakat hanya nampak semua kesilapan saya sedangkan mereka tidak tahu tentang cerita sebenar.
Saya hanya akan bercerita jika ada bukti yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menyabitkan nama saya terhadap dakwaan tersebut. Jika tiada, rasanya tak perlu saya ulas. Kisah rumahtangga terlalu privasi buat saya. Tidak wajar digembar-gemburkan.
Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang baik orang tak nampak tapi kalau yang buruk, mudah-mudah saja buat cerita. Saya sedih apabila orang kata saya gengster yang memukul isteri sendiri. Itu bukan saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog